PENIPUAN TEHRANI UNTUK MEMBURUKKAN IBNU TAIMIYYAH
Amat mengejutkan tentang article at-tehrani yang bertajuk “rujukan wahabi : Syaikhul Khawarij, Ibnu Taimiyyah dan Khawrij” yang menyebabkan diri ini mula membelek-belek kitab Ibnu taimiyyah yang bertajuk “minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” bagi mendapat kepastian yang sebenar terhadap tulisan At-Tehrani tersebut.
Maka dari itu, ulasanku adalah seperti di bawah;
Kenyataan At-Tehrani;
Ibnu Taimiyah dalam rangka membela kelompok sesat Khawarij mengatakan: “Dahulu, kelompok Khawarij adalah sebaik-baik anggota masyarakat dari sisi pelaksanaan salat, melakukan puasa dan membaca al-Quran. Mereka baik secara zahir mahupun batin telah melaksanakan agama Islam”. (lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 4 halaman 37)
(Jika di lihat dari kitab di tanganku, ianya di jilid 4 halaman 38)
Ulasan;
Jika di baca dari kitab asal, didapati bahawa Imam Ibnu taimiyyah bukanlah memuji Khawarij, tetapi ulasan Imam ibnu taimiyyah adalah untuk meletakan perbezaan antara golongan Syiah yang melampau yang jika di bandingkan dengan Khawarij, maka Khawarij lebih baik sedikit berbanding dengan Syiah.
Ini di buktikan dengan ungkapan Ibnu Taimiyyah disambungan dari nukilan At-tehrani yang ianya adalah seperti berikut;
وأما الخوارج فلا يكفرهم إلا من يكفر الإمامية فإنهم خير من الإمامية وعلى رضى الله عنه لم يكن يكفرهم ولا أمر بقتل الواحد المقدور عليه منهم كما أمر يتحريق الغالية
Maksudnya;
“Adapun Khawarij, tiada sesiapa yang mengkafirkan mereka melainkan golongan yang mengkafirkan Imamiyyah. Sesungguhnya mereka adalah lebih baik berbanding Imamiyyah. Begitujuga, Ali tidak pernah mengkafirkan mereka, dan tidak pernah menyuruh membunuh seorangpun dari kalangan mereka seperti menyuruh membakar golongan yang melampau[1].
Bahkan, jika di perhatikan tulisan Ibnu Taimiyyah dari kitab “minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” secara menyeluruh, didapati bahawa Imam Ibnu Taimiyyah sendiri telah menyerang Khawarij. Ini dibuktikan dengan tulisan beliau yang seperti berikut;
فالخوارج مع أنهم مارقون يمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية وقد أمر النبي (ص) بقتالهم واتفق الصحابة وعلماء المسلمين على قتالهم وصح فيهم الحديث عن النبي (ص) من عشرة أوجه رواها مسلم في صحيحه
Maksudnya;
“Khawarij adalah kelompok yang terkeluar daripada Islam, seperti terkeluar anak panah dari busurnya. Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerangi mereka dan telah sepakat sahabat dan Ulama Muslimin atas serangan terhadap mereka. Telah sahih berkenaan mereka (Khawarij) oleh hadis Nabi SAW daripada sepuluh wajah yang telah meriwayatkannya oleh Muslim didalam sahihnya”[2].
PENUTUP
Apa sebenarnya agenda At-Tehrani yang sengaja menukilkan tulisan ibnu Taimiyyah “sekerat-sekerat”, tanpa menukilkan secara menyeluruh.
Apakah tujuan sebenar At-Tehrani memburukan Ibnu Taimiyyah dengan sebegini penipuan. Apakah kritikan Ibnu Taimiyyah terhadap Syiah itulah yang menyebabkan At-Tehrani berpendirian sedemikian.
Maka dengan demikian, “madrasah fitnah” yang dikemukakan oleh At-Tehrani sebenarnya bermula dari diri At-Tehrani sendiri.
Sekian
Wallahu ‘Alam.
One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com
sesiapa yang mahu mendalami ilmu Fiqh, Hadis dan Tafsir, sila layari : http://one-g.blogspot.com
[1] Minhaj As-Sunnah An-nabawiyyah : 4/38.
[2] Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah : 1/68.
Sunday, March 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Assalamualaikum wrt wbt
Tahniah dengan jawapan segera enta. Teruskan lillahi taala.
Jazakallah.
bole copy paste ke?sy sendiri x cukup ilmu nak tulis sendiri..
tiada hak cipta terpelihara dalam blog ini, semuanya untuk kebaikan Islam....
Post a Comment