MENGAPA PAS MENJADI PILIHANKU?
Aku mengenali PAS semasa di dalam pengajianku di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Ini dimungkinkan kerana Tuan Guruku, iaitu tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman adalah seorang ahli PAS dan mempunyai hubungan sahabat yang terlalu rapat dengan Mursyid Al-Am PAS, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, menyebabkan aku merupakan penyokong kuat PAS ketika itu.
Semasa menyambung pengajian di Pakistan, pendedahan keilmuan hadis dan tafsir di sana membuatkan aku membuka minda; di samping pelbagai jemaah yang wujud di sana, seperti jamaah Ghuraba’ yang di dokong golongan “Ghair Muqallid”, Jamaat Islami yang di asaskan oleh Maulana Maududi, Sipahi Sahabat yang diasaskan untuk menentang syiah, Lasykar taiba, tabligh dan berbagai lagi.
Dengan pengalaman inilah menyebabkan aku mula mempelajari dan membaca buku-buku haraki, bagi memastikan aku berada dalam jemaah yang betul, iaitu jemaah yang bersesuaian dengan kehendak Nabi SAW, disertai perbahasan fiqh waqi yang di sesuaikan dengan situasi tempat.
ILTIZAM DENGAN JEMAAH ISLAM
kepentingan melazimkan diri dengan jemaah islam adalah untuk menyelamatkan diri dari fitnah.
Ini didasari kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Khuzaifah bin Al-yaman;
كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ
Maksudnya;
“manusia bertanya Rasulullah SAW berkenaan kebaikkan. Aku pula bertanya kepada baginda berkenaan kejahatan, kerana bimbang menimpa diriku. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami dalam jahiliyyah dan kejahatan, lalu Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini (islam), maka adakah wujud kejahatan selepas dari kebaikan ini? Menjawab baginda SAW; ya (ada). Aku berkata; adakah wujud kebaikan selepas kejahatan itu? Menjawab baginda SAW; ya (ada), padanya dakhan (perkara yang tidak disukai), aku berkata; apa itu dakhan? Berkata Nabi SAW; kaum yang mencari petunjuk tidak dengan petunjukku, kamu kenal mereka dan kamu ingkari (mereka). Aku berkata; adakah wujud kejahatan selepas kebaikan itu? Menjawab baginda SAW; Ya (ada), iaitu penyeru-penyeru ke Pintu neraka, barangsiapa menyahut seruan mereka, nescaya mereka mencampaknya kedalam neraka. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, nyatakan sifat mereka kepada kami !! berkata Nabi SAW; kulit mereka serupa dengan kulit kita, bercakap dengan bahasa kita. Aku berkata; apa suruhan kamu sekiranya kami berjumpa dengan mereka? Bersabda Nabi SAW; iltizamkan diri kamu dengan Jemaah Muslimin dan (taat) imam mereka (muslimin. Aku berkata; sekiranya tiada jemaah dari kalangan mereka (muslimin) dan tiada imam? Bersabda Nabi SAW; berenggang dirilah kamu dari puak-puak itu semuanya, walaupun kamu terpaksa mengigit akar pokok sekalipun, hinggalah kamu mati[1]”.
Didalam mensyarahkan hadis ini, Imam Ibnu Hajar menukilkan ulasan Qadhi iyadh; yang mana, Qadi Iyyad memaksudkan dengan “kejahatan” didalam hadis ini adalah kejadian selepas kematian Saidina Osman. Adapun “kebaikan selepas dari kejahatan” yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah pemerintahan Omar bin Abdil Aziz. Dan maksud dengan “kamu mengenali mereka dan kamu ingkarinya” adalah pemimpin selepas daripada pemerintahan Omar bin Abdil Aziz, yang mana, ada dari kalangan pemimpin ketika itu yang berpegang kuat dengan sunnah dan ada yang menyeru kepada bidaah dan melakukan kezaliman[2].
Melihat kepada tafsiran Qadhi Iyyad, difahami bahawa maqasid di sebalik ulasan ini adalah fitnah yang telah menimpa di zaman selepas kewafatan Nabi SAW.
Maka dengan demikian, suruhan nabi SAW beriltizam dengan jemaah muslimin adalah bagi menyelamatkan diri umat islam daripada terjerumus kejurang fitnah yang berlaku di zaman tersebut.
APAKAH FITNAH UMAT ISLAM MALAYSIA KINI
Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapat bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303.
Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga.[3]
Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam zaman Abbasiah. Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal dari turki selepas mereka menguasai kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan Khalifah Abbasiah[4].
Kalimah “sultan” juga di gunakan dizaman pemerintahan osmaniyyah turki sebagai ganti kepada penggunaan kalimah Khalifah.
Empayar osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi menghapuskan penjajah yang sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan dengan sokongan kesultanan melayu terhadap empayar osmaniyyah turki yang ketika itu menyokong jerman dalam peperangan dunia pertama[5], pada bulan ogos tahun 1914[6].
Pada tahun 1924, khalifah Osmaniyyah di turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh secular turki yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan “garbie doegroe” yang memberi maksud “berarak menuju barat[7]” telah memberi tamparan hebat terhadap dunia Islam termasuk alam melayu. Ini kerana, ketika itu kesultanan-kesultanan melayu ini mendukung system kekhalifahan yang berpusat di turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut berpayung[8].
Dengan kejatuhan khalifah osmaniyyah itu, maka bermulalah fitnah secular didalam system pemerintahan dunia Islam, yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah Malaysia. Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia Islam, seperti lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.
Melihat suasana di Malaysia kini, fitnah yang paling berbahaya yang sedang menimpa umat Islam bukanlah amalan bidaah dalam perkara furu’, seperti talkin, tahlil dan sebagainya, tetapi fitnah yang paling besar adalah “fitnah syirik secular” yang sedang menyerang masuk kedalam jiwa-jiwa umat Islam di Malaysia.
Bagi mengatasi perkara tersebut, perlu kepada satu gerakan islam yang dapat menghapuskan kesyirikan ini, yang jika di perhatikan bahawa semua ini tidak mampu di atasi oleh jemaah-jemaah selain dari PAS.
PENUTUP
Jika di perhatikan kepada ulasan ini, didapati bahawa maksud dengan jemaah muslimin yang disabdakan oleh Nabi SAW, yang jika di nisbahkan di Malaysia adalah jemaah yang dapat menyelamatkan manusia dari belenggu kesyirikan secular.
Di Malaysia, jemaah yang dapat menyelamatkan ini adalah PAS, tidak lainnya. Maka dengan sebab itulah aku memilih PAS sebagai wadah perjuangan Islam bagi merealisasikan maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Khuzaifah bin Al-Yaman RA.
Sekian
Wallahu ‘Alam
One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com
barangsiapa yang mahu mendalami ilmu Fiqh, Hadis, Tafsir dan Aqidah, sila layari http://one-g.blogspot.com
e-Mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com
[1] Sahih Al-Bukhari : 21/478 : hadis no : 6557.
[2] Fath Al-Bari : 13/36.
[3] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 2.
[4] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 4
[5] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6.
[6] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka : m/s 24.
[7] Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : m/s 58.
[8] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6
Tuesday, March 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment