Tuesday, April 10, 2007

ISA ZALIM : KEDUKAAN DIWAKTU MALAM

ISA ZALIM : KEDUKAAN DIWAKTU MALAM L

Dengarlah rayuan mangsa I.S.A ini;

Di Kamar Gelap, Aku Melukis
Di Kamar Gelap, Gambar Isteri
Di Kamar Gelap, Gambar Misteri
Di Kamar Gelap, Menyediri……

Di Samar Gelap, Ayah dan Ibu
Di Samar Gelap, Anak di rindu
Di Samar Gelap, Kesudahanku..
Di Samar Gelap, Tersendiri

Chorus

Tolonglah bilang
Apa salahku
Apakah bukti kesalahanku..
Tolong jelaskan…
Apakah dosaku…
Apakah erti menghukumku..
Hakimnya tiada,
Bukti yang direka.
Apakah ini, keadilan bagiku…

Di palang ini, Aku tersaksi
Tangisan anak dan doa Isteri
Di Palang ini, Aku di Rampas
Sebuah Maruah dan Harga Diri.

v/o

Tuhanku
Kau tunjukkanlah cahaya
Berikanlah sejalur harap padaku
Yang pasrah di haribaan-Mu…..

………………………………

Isi rangkap sajak ini telah menyentuh perasaan hatiku. Ini dikeranakan ia mengingatkanku kepada sahabat-sahabatku yang telah dizalimi oleh kerajaan Islam Hadhari yang berasaskan kepada system secular ini.

Masran bin Arsyad dan Nik Abdul Rahman bin Mustafa, dua sahabat yang aku mengenali mereka semasa belajar di Pakistan. Mereka merupakan kepimpinan pelajar yang aku hormati disebabkan keilmuan yang mereka ada berbanding dengan diri ini.

Mereka di tuduh pengganas dikeranakan tuduhan palsu dari pihak kerajaan yang mendakwa mereka mempunyai hubungan dengan Osamah ben Laden….

Ini mengingatkanku sejarah hidupku yang ditahan oleh pihak Polis Bukit Aman yang mengambilku di rumah atas tuduhan seperti mereka. Pihak Polis ingin menuduhku sebagai seorang yang beraliran KMM atau JI, tetapi tuduhan mereka tidak menepati kehendak disebabkan umurku yang terlalu muda ketika itu, disamping aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajianku di Universiti Al-Azhar…

Pihak polis yang menjadi “barua” kepada kerajaan Islam Hadhari itu telah menahan Nik Abdul Rahman atas tuduhan KMM, sedangkan kalimah KMM tidak pernah aku dengari walaupun aku berada di Pakistan lebih dari 4 tahun.

Ini merupakan tuduhan palsu dan bidaah mungkarah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Islam Hadhari, tetapi tidak pernah difatwakan bidaah, sesat dan zalim oleh Mufti Perlis dikeranakan dia anak buah Naib Presiden UMNO.

ISA : Ikut Suka Aku

Mungkin itulah kandungan maksud ISA yang paling tepat. Mengikut sejarahnya, asal tertubuhnya ISA adalah untuk melawan golongan komunis yang sedang mengganggu keamanan Negara, tetapi telah disebut oleh Prof Zulkifli bahawa akta ini dibimbangi menjadi alat untuk kepentingan parti tertentu…

Kebimbangan tersebut dijamin aman oleh orang no 1 dan no 2 Malaysia ketika itu, tetapi hakikatnya “hampeh”. Selepas 3 hingga 4 tahun selepas itu, ramai pimpinan PAS di tahan di tahanan ISA. Terbukti kebimbangan Prof Zul itu terbukti…

Maka dengan itu, terbukti UMNO yang merupakan parti melayu di Negara ini sudah menjadi parti Komunis. Ini kerana, ISA yang asal digunakan untuk menangkap komunis telah di gunakan untuk menangkap Ustaz Nik Adli dan kawan-kawannya yang menyerang Komunis di Afghanistan dahulu.







MANA MUFTI SUNNAH ?

Jika hendak diharapkan kepada mufti lain, mungkin tidak perlu di “geger” kan, ini kerana, mereka lebih suka membicarakan isu erra dan yusri berbanding isu-isu yang lebih utama.

Perlantikan “mufti tabdii” di perlis di anggap dapat memberi nafas baru dalam menyerang bidaah ISA yang besar ini, tetapi hakikatnya “hampeh”….

Bidaah makruh tanzih dan tahrim sudah dianggapnya sebagai makruh mukaffarah, disamping bidaah mukaffarah sudah dianggap sunnah.

Ekoran dari itu, menyebabkan serangan beliau kepada talqin, tahlil, selawat dan sebagainya menjadi agenda utama beliau, sedangkan ISA yang sememangnya zalim; dijadikan alat ugutan pemerintah terhadap musuh-musuh politik sudah dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh di kondem, jika tidak menyalahi “ulil Amri”…

Takkan Pak Lah pun Ulil Amrii… inikah pemikiran mufti tabdii? Jika benar inilah pemikirannya, maka sememangnya pemikiran ini adalah pemikiran hampeh….

Apakah ini yang di katakan sebagai sunnah????????????

Jika majlis kempen BN di Machap boleh dihadiri oleh beliau, seakan-akan memberi isyarat bahawa beliau telah terjatuh kedalam kolam najis khinzir yang perlu di samak sebanyak tujuh kali air bersih dan salah satu daripadanya dengan air tanah (mengikut pendapat syafiiyyah)

Mungkin beliau memakai mazhab maliki yang menyatakan bahawa najis babi tidak dikira sebagai najis mughallazah, atau beliau mempunyai mazhab sendiri yang mempunyai ijtihad sendiri?????

Maka dengan demikian, kehadiran beliau kedalam majlis BN itu tidak memberi apa-apa kesan kepada imej beliau.. mungkin inilah tajdid dan ijtihad baru yang dipelopori oleh beliau???????

ISA ADALAH ZALIM : WAJIB LAWAN BN DAN UMNO

Disebabkan ISA adalah sesuatu yang zalim, maka menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO adalah sesuatu yang wajib. Jika tidak, kita adalah orang yang bersekongkol dengan kezaliman.

Ingatlah pesan Allah yang bermaksud;

“jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, nescaya kamu akan disambar oleh api neraka”…

Maka dengan demikian, memenangkan UMNO dan BN merupakan satu dosa. Wajib kepada semua Umat Islam menjatuhkan kerajaan syaitan ini….

Jika BN dan UMNO masih menang, maka itu memberi isyarat keredhaan pemangkah kepada kezaliman ISA, maka pemangkah itu sama-sama dibawah kategori maksud kandungan ayat Al-Quran yang tersebut diatas.

PENUTUP

Selagi UMNO dan BN menang, maka selagi itu Umat Islam di Malaysia berada dalam dosa….

Sekian

p/s : tulisan larut malam ini merupakan luahan isi hati yang sudah lama terpendam……

One_G

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

e- mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com






7 comments:

pejuang islam said...

maaflah sbb baru tau yang u.wan jie ada blogger sendiri..gane citer u.masran ngan u.nikme lo ni?dah tubik ko?ana dapat blogger ni dari u.pu..doakanlah kami kat mesir ni berjaya.....

pejuang islam said...

pejuang islam said...

maaflah sbb baru tau yang u.wan jie ada blogger sendiri..gane citer u.masran ngan u.nikme lo ni?dah tubik ko?ana dapat blogger ni dari u.pu..doakanlah kami kat mesir ni berjaya....

Unknown said...

salam..
sama macam orang lain kita menentang bende2 yg zalim dpd mana2 pihak.tp x adil la kalo kita serang satu pihak je.sekurang2 nye mufti perlis dah try wat banyak bende.ajk fatwa perlis pn hampir 2 kali ganda jumlah ahli nye ngan negeri2 lain. mana mufti2 lain x di komen sikit pun? mufti negeri kelantan pun x pernah cakap apa2 pun.mufti negeri lain org x kenal lgsg sbb bnyk diam je. x kan sorang je yg diserang? sy x sokong mana2 pihak.tp mintak adil dalam komen apa2..bukan pihak PAS saje ye nakkan Islam.

mfrstudio said...

ustaz tulis:
Maka dengan demikian, memenangkan UMNO dan BN merupakan satu dosa. Wajib kepada semua Umat Islam menjatuhkan kerajaan syaitan ini….

Jika BN dan UMNO masih menang, maka itu memberi isyarat keredhaan pemangkah kepada kezaliman ISA, maka pemangkah itu sama-sama dibawah kategori maksud kandungan ayat Al-Quran yang tersebut diatas

-------------

ini bukan kali pertama ayat di atas dikeluarkan di dalam blog ustaz ini.

mewajibkan orang melawan BN ertinya, mewajibkan orang lain mengundi PAS atau Barisan Alternatif.

kerana menurut pimpinan PAS, mereka memilih demokrasi berpilihanraya untuk menjatuhkan kerajaan sekular yg ada dan menaikkan kerajaan islam, ertinya, menjatuh atau melawan BN hanya dengan cara mengundi PAS atau BA.

situasi di atas akhirnya mengulang kembali cerita-cerita "kafir siapa yang mengundi BN","tertutup pintu syurga buat para pengundi BN","undi PAS masuk syurga dan dapat pahala","tak halal sembelihan para penyokong dan pengundi BN","solat di belakang imam yang mengundi BN adalah tak sah atau batal" dan sebagainya.

saya memang tahu ustaz sangat cenderung kepada haji hadi.

ibnyaacob said...

MUFTI PERLIS KEMPEN BN ?

Ustaz ! Mufti Perlis berkempen untuk BN di Machap Melaka ! ... begitulah ayat yang agak memeranjatkan saya dari seorang yang saya pun tidak begitu mengenalinya .

Spontan saya menjawab : " Saya tak percaya ! " . Beliau lantas menunjukkan saya satu gambar bagaimana Dr. Asri bersama beberapa pimpinan UMNO seperti Najib dan Khairy dalam satu majlis.

Setelah saya mengamati gambar yang mungkin diambil dari keratan akhbar , memanglah saya dapati itu gambar Dr. Asri. Tetapi tidak bermakna gambar itu memberi maksud Dr. Asri turun berkempen untuk BN.

Saya tidak mengetahui bagaimana Dr. Asri boleh berada dalam majlis tersebut dan apa tujuannya. Kemungkinan saya boleh menghubunginya selepas ini. Tetapi hati kecil saya tidak boleh menerima tanggapan sedemikian.

Sekurang - kurangnya beliau adalah seorang yang berilmu dan beliau tahu apa yang beliau lakukan .

Secara umumnya , gambar tersebut memanglah meninggalkan seribu satu persoalan . Tanpa sebarang urusan , tak mungkin Dr. Asri boleh berada dalam satu majlis dengan Najib dan Khairy .

Namun begitu , saya cukup yakin bahawa kehadhiran Dr. Asri bukanlah untuk berkempen bagi pihak BN. Saya juga berharap agar sahabat - sahabat tidak cepat melatah dan membuat tanggapan yang melulu .

Barangkali kedudukan beliau sebagai Mufti yang membawa beliau sampai ke majlis tersebut dan tidak pula menunjukkan beliau membaca doa selamat untuk BN atau sebagainya. Maka tidak adil membuat sebarang spekulasi mengenai Dr. Asri hanya dari gambar seperti itu.

Saya percaya , Dr. Asri akan terus berperanan sebagai seorang yang tidak berpihak kepada mana - mana parti politik dalam keadaan beliau sebagai Mufti Kerajaan Negeri.

Berada dalam majlis UMNO tidak bermakna beliau sudah masuk UMNO atau berkempen bagi pihak UMNO.

Saya berharap agar Dr. Asri lebih berhati - hati dalam meniti hidup sebagai seorang Mufti agar tidak diperalat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan dan agenda yang tidak baik terhadap agama .

Ilmu yang dimiliki oleh beliau insyaallah akan memandu gerak langkahnya dan sebagai seorang sahabat , saya senantiasa berdoa agar beliau terus dipelihara oleh Allah swt. dan kita semua terus dikurniakan kekuatan untuk membina ummah agar menjadi ummah yang berdaulat dan bermaruah bersama kalimah Allah swt.

Buat sahabat semua , renungilah satu firman daripada Allah swt. agar ia dapat memandu cara kita bertindak :

يا يها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهدآء بالقسط و لا يجرمنكم شنئان قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى و اتقوا الله إن الله خبير بما تعملون

Wahai orang - orang yang beriman ! Hendaklah kamu tegak kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Janganlah kamu terpengaruh kerana kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa dan takutlah kepada Allah . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.

Surah al - Maaidah : 8

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 1:01:00 AM

Muhamamd Firdaus said...

hati hati sikit syeikh..jangan kerana emosi dan prasangka berlebihan kita menyebabkan fitnah polis kepada saudara akhirnya menampakkan kebenarannya. Maksud saya lebel ektrimis yg diberikan tu.

Adelaidiyy said...

Enta bila nak belajar fiqh ad da'wah ?

Tak boleh ke fikir selain dari politik?

Apa sumbangan enta pada Ummah.