Friday, March 23, 2007

TUDUHAN PAS SEBAGAI SYIAH : SIAPA YANG TANGGUNG DOSA?

TUDUHAN PAS SEBAGAI SYIAH : SIAPA YANG TANGGUNG DOSA?

Secara tidak disangka-sangka, sebuah blog baru diwujudkan dengan bermotif jahat; dengan menuduh PAS sebagai sebuah parti syiah di Negara ini.

Dari fikiran ini, ada dua anggapan terhadap kewujudan blog jahat ini, samada ianya adalah provokasi dari pihak musuh Islam yang bernama UMNO atau ianya lahir dari pendakwa-pendakwa pejuang salafi setelah melihat “kebingungan” pengendali harakahdaily yang menukilkan tulisan-tulisan Faisal Tehrani yang dikenali sebagai pendakyah fahaman syiah disebalik tulisan novel, article dan cerpen.

Mungkin anggapan ini salah, atau kemungkinan juga anggapan ini telah terkena sasarannya. Walaubagaimanapun, pendirian ini lebih mahu menyalahkan kepada “pencetus” kepada tuduhan karut ini, yang pada pandanganku, tuduhan “pencetus” tersebut bermula dari ketidak fahamannya terhadap kewujudan PAS di Negara ini.

KEWUJUDAN PAS ADALAH TANGGUNGJAWAB SYARA’

PAS di tubuhkan bukanlah kerana “frust” kepada kepimpinan Negara terdahulu, seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam UMNO dan BN, tetapi kewujudan PAS merupakan salah satu “mata-mata rantai” perjuangan Rasulullah SAW, yang berusaha kearah mendaulatkan Islam di muka bumi, khususnya di Malaysia, sebagai menunaikan tanggungjawab khalifah Allah di muka bumi ini.

Firman Allah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”

(Surah Al-Baqarah : 30)

Khalifah yang dimaksudkan adalah seperti yang telah didefinisikan oleh ulama iaitu;

نيابة عن الشارع في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Maksudnya;
“pengganti syari’ didalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya (agama)”[1].

Jika diperhatikan secara mendalam, kewujudan PAS adalah bagi memberi penjagaan dari “fitnah syirik” yang paling utama; dan yang sedang menimpa umat Islam di dunia Islam kini, iaitu “fitnah secular” yang sedang hebat menyerang aqidah umat Islam.

Aqidah “politik suku, agama suku” merupakan kesesatan yang merungsingkan pendakwah-pendakwah yang ikhlas dengan tugasan dakwah Islamiyyah.

Dengan kesedaran ini, maka tertubuhlah PAS (yang ketika itu tidak menggunakan nama PAS lagi) sebagai sebuah jemaah islam yang berusaha kearah menjaga umat Islam di Negara ini – khususnya ahli-ahli PAS – daripada dihinggapi syirik secular ini. Maka dengan Ini, kewujudan PAS merupakan tuntutan syarak yang wajib dihormati oleh setiap pendakwah-pendakwah Islam di seluruh dunia.

Melihat kepada “waqi” Malaysia, pembawa bendera syirik secular ini bukanlah dari kalangan manusia biasa, tetapi pembawa bendera syirik secular ini adalah system yang memerintah, maka dengan itu, tindakan yang sepatutnya adalah dengan “menyertaikan” diri bersama-sama dengan lapangan politik Malaysia bagi berusaha kearah menyampaikan mesej dakwah Islamiyyah, yang tidak dapat tidak mesti masuk kedalam system demokrasi berperlembagaan.

PAS MEMBIMBING DEMOKRASI, BUKAN MENGIKUT DEMOKRASI

Tindakan PAS masuk kedalam lapangan politik dengan bersama-sama menggunakan system demorasi bukanlah satu perkara yang bercanggah dengan syariah, ini kerana, perbahasan berkenaan demokrasi yang hendak dibawa oleh PAS tidaklah seperti demokrasi yang diperjuangkan barat, iaitu PAS bersama dengan demokrasi, bukanlah untuk mengikut acuan demorasi barat, tetapi PAS membimbing demokrasi supaya mengikut acuan Islam.

Ini dapat di buktikan, bagaimana tindakan Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Nikmat (Mursyidul Am PAS) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) didalam pemerintahan mereka di Kelantan dan Terengganu.

Tindakan mengharamkan penjualan arak, mengharamkan lesen judi dan sebagainya; semuanya berdasarkan kepada perinsip Islam, tanpa merujuk kepada pandangan rakyat semata-mata.

Pernah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat memberitahu tentang tindakan beliau di awal pemerintahan Islam di kelantan, iaitu dalam awal tahun 1990; iaitu tindakan mengeluarkan wang kerajaan negeri dari Bank Konvesional dengan alasan bimbang murka Allah terhadap pengisytiharan perang dari Allah terhadap manusia yang bermain-main dengan riba. Tindakan tuan guru Menteri Besar tersebut, di kecam hebat oleh sebilangan pakar-pakar ekonomi di Negara ini, tetapi memikirkan ini adalah tanggungjawab yang perlu di lakukan oleh kerajaan Islam, maka kepimpinan PAS di Kelantan tidak mengendahkan kecaman tersebut.

Tindakan kepimpinan PAS di Kelantan itu membuktikan bahawa, demokrasi yang dibawa oleh PAS, bukanlah seperti demokrasi barat, ini kerana, PAS telah berjaya “mengislamkan” pemikiran demokrasi tersebut dengan menjadikannya sebagai medan dakwah islamiyyah.

KETERBUKAAN PAS

Melihat kepada keadaan PAS yang merupakan satu jemaah yang mahu menjaga pengikut-pengikutnya dari “syirik secular”, maka dengan itu PAS membuka ruang yang luas kepada sesiapa sahaja yang mahu kepada penjagaan ini. Mengisi borang PAS bermakna, berusaha kearah menyelamatkan diri dari fitnah secular.

Keterbukaan PAS itu, tidak dibataskan kepada sesiapa, bahkan bagi mereka yang pernah mendapat tarbiyyah dari JIM, ABIM dan UMNO pun, diterima sebagai ahli PAS, selagimana mereka adalah orang Islam.

Setelah masuk berdaftar sebagai ahli PAS, maka PAS menyediakan program-program berbentuk tarbiyyah kepada ahli-ahlinya, sebagai tindakan “follow up” terhadap ahli-ahli PAS. Maka dengan itu, setelah masuk kedalam PAS, segala fikrah-fikrah terdahulu perlu dihapuskan didalam pemikiran ahli-ahli agar usaha melenyapkan aqidah secular yang masih berbaki didalam jiwa ahli-ahli tersebut dapat di hapuskan.

Di sebalik keterbukaan PAS tersebut, terdapat juga sebilangan ahli-ahli yang “keras kepala”, iaitu setelah mereka masuk kedalam PAS, mereka membawa juga agenda-agenda peribadi mereka, samada agenda peribadi itu berbentuk keuntungan individu, ataupun berbentuk keuntungan kepada fikrah mereka yang terdahulu.

Begitujuga, PAS menerima ahli-ahlinya yang sebelum itu berfahaman syiah, tetapi bukan bermakna PAS mengiktiraf aqidah syiah. Tindakan PAS menerima ahli-ahlinya yang syiah adalah untuk membaiki balik kefahaman mereka terhadap fahaman Ahl sunnah wa Al-Jamaah.

Jika ada dakwaan yang menyatakan bahawa PAS adalah syiah, maka ini menandakan bahawa dakwaan tersebut tidak berpijak kepada fakta dan kefahaman yang jelas terhadap PAS, ini kerana, PAS sudah mempunyai sejarah memecat “Ustaz Hassan Salleh” dari Ahli PAS, semata-mata pegangannya terhadap aqidah syiah di awal tahun 1990 an terdahulu.

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN DISEBALIK TUDUHAN INI

Pada pandanganku, Kewujudan blog yang menyatakan bahawa PAS adalah syiah mesti bermula dengan beberapa cetusan pemikiran. Cetusan tersebut, samada datang dari pihak musuh Islam sendiri atau datang dari mereka yang tidak memahami gerak dan perjalanan PAS.

Pada kiraanku, keberanian sebilangan manusia melakukan tuduhan palsu ini bermula dengan dakwaan tidak berfakta dari mufti perlis didalam akhbar berita minggu yang bertarikh 14 januari 2007, yang mendakwa dengan kenyataannya seperti berikut;

“pembangkang di Malaysia (PAS) dikuasai kumpulan dan fahaman, tetapi yang saya tahu kumpulan Syiah paling aktif[2]

Dakwaan tersebut dipenuhi dengan prejudis benci terhadap PAS, tanpa disertai dengan bukti-bukti fakta bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Dakwaan sebegini sebenarnya bercanggah dengan Islam, ini kerana Islam telah meletakan kaedah;

البينة على المدعي واليمين على من أنكر

Maksudnya;
“Bukti dari pendakwa dan sumpah atas orang yang mengingkarinya[3]

Setiap dakwaan yang di buat oleh mufti tidak memadai dengan mengatakan “setahu saya”, ini kerana, mungkin pengetahuan mufti terhadap gerakan Syiah itu hanya tuduhan dari orang-orang yang membencikan PAS dan hendak merosakan PAS.

Maka demikian, tuduhan mufti perlis tersebut hendaklah disertai dengan bukti yang berfakta, barulah segala dakwaan itu boleh di nyatakan didalam media Massa.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain”

(Surah Al-Hujurat : 12)

Ayat ini dengan jelas menyatakan dosa terhadap orang yang berpurbasangka terhadap manusia, lebih-lebih lagi kepada satu organisasi yang mahu memperjuangkan Islam.

Amat memelikan, mufti Perlis sekadar mengambil “istidlal” dari ayat ini dari sudut larangan mengintai semata-mata, tetapi dalam masa yang sama, mufti tidak membaca kandungan awal ayat ini yang melarang mengadakan tuduhan palsu, terutama terhadap PAS itu sendiri.

Maka dengan itu, kewujudan blog yang menuduh PAS sebagai syiah bermula dari kenyataan media massa dari Mufti Perlis yang mewajibkan kepada mufti menarik balik kenyataannya itu melainkan mufti dapat mendatangkan fakta-fakta tuduhan tersebut.

Jika mufti tidak berbuat demikian, maka ingatlah peringatan dari Rasulullah SAW;

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang mengikuti didalam Islam ikutan yang baik, maka baginya pahala dan pahala mereka yang beramal dengannya selepasnya, tanpa dikurangkan sedikitpun balasan mereka itu. Dan baransiapa mengikuti didalam Islam ikutan yang jahat, maka atasnya tanggungang dan tanggungan mereka yang beramal dengannya selepasnya, tanpa dikurangkan sedikitpun dari tanggungan tersebut”[4]

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

sesiapa yang mahu mendalami pengajian fiqh, aqidah, hadis dan tafsir, sila layari : http://one-g.blogspot.com

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com








[1] Badai’ As-Suluk : 1/192.
[2] Berita minggu : ahad : 14 januari 2007 : hlmn 12.
[3] Tabsirah Al-Hukkam : 1/236
[4] Sahih Muslim : 5/198 : hadis no : 1691.

6 comments:

Unknown said...

salam. penjelasan yg menarik. saya terkejut dgn isu yg dihuraikan dalam blog pasitusyiah.blogspot.com. well, seem ada penjelasan ni, bleh la saya amik modal ni utk jawab if ada orang tanya, "pas itu syiah?"

islah said...

salam. pd pdgn saya, kita perlu melihat dengan tenang dan teliti isu syiah ini. pas adalah alat dan bukan matlamat.mmg syiah semakin menular di dlm pas samada

1-dah menganut mazhab syiah
2-x bermazhab syiah TAPI mempunyai kefahaman syiah SPT MUAWIYAH JAHAT DAN KHIANAT, ABU HURAIRAH MENCIPTA HADIS sehinggalah kpd MENGANGGAP UMMUL MUKMININ AISYAH SBG PEREMPUAN JAHAT

tanyalah pada ajk dewan ulama masing2.

Promosi Tajdid Segar said...

ya tak ya jugak... aku pun dapat maklumat bahawa TUAN GURU KITA HADI AWANG itu salah seorang pejuang penyatuan Mazhab Syiah dan Sunni, mereka bertungkus-lumus menyatukan dua mazhab yang bertentangan ini.. kita pun jadi pening... sila lihat jawatannya (Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.)

Sila rujuk: http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang


Satu lagi yang kita musykil kenapa MAT SABU sujud di atas batu Karbala ya?

Sila rujuk: rakan kita yang pernah solat bersama MAT SABU.


adakah ini juga fitnah?

Shamsul Bahrain said...

PAS, UMNO. sama jer.

jenazah sepi said...

Kalau dikatakan pas ingin hapuskan sistem riba dikelantan pada awal 90an.maka apa terjadi selepas itu!
Adakah berjaya atau diketepikan demi menjaga kuasa memerintah ?
Seperti juga hudud yang akhirnya "ditangguh"(diketepikan) atas alasan takut darurat diistihar dan kuasa akan hilang?
Hudud sebahgian sebahgian(suku suku) yang hendak dilaksana itu dialasankan atas "maqasid syariah "ditolak mudarat atas kemampuan dan bidang kuasa yang ada"
Dan hudud juga ditangguh atas alasan maqasid menolak mudharat dan bidang kuasa yang ada?

Adakah mereka anggap hudud sepenuhnya itu membawa mudharat? lalu disuku suku dan dipinda pinda yang sukunya disesuaikan.dengan perlembagaan dan suku lagi ditinggalkan atas alasan mudharat!

Bahkan mereka lebih gemar menghina umayyah ketika melaung kehebatan.iran hizbullah(baca sebagai hizbullat).mrk menyanjung khomeini yang menyesatkan.

jenazah sepi said...

Ulama ahli sunnah wal jamaah kebiasaan tidak memperbesar isu perang jamal dan shiffin kerana kedua dua perang itu terjadi dari fitnah syiah yang menjadi dalangnya.jauh sekali aswaj hendak mengatakan puak yazid menderhaka atau puak ummul mukminin bersalah.
Tetapi tuan guru dari pas berbangga mengulang ulang puak yazid dianggap.derhaka.puak siti aisyah bersalah!
Tanpa pernah kata puak.syiah bersalah.
Fikir fikirlah