Wednesday, April 04, 2007

UMNO ADALAH MUSUH, ORANG UMNO ADALAH MADUU

UMNO ADALAH MUSUH, ORANG UMNO ADALAH MADUU

Dalam satu pertemuan dengan beberapa orang pelajar di sekitar lembah klang, seorang pelajar bangun bertanya; “apakah sikap kita terhadap orang UMNO yang lawan islam itu, adalah dia adalah musuh, atau dia adalah maduu kita?”. Aku menjawab ringkas, “UMNO adalah musuh, Orang UMNO adalah maduu”. Mendengar jawapanku, pelajar tersebut mengangguk (faham agaknya).

UMNO ADALAH MUSUH ISLAM

UMNO adalah sebuah parti Kebangsaan Melayu di Negara ini yang telah menjadikan bangsa sebagai dasar perjuangannya. Maka dengan demikian, segala usaha mereka menuju kearah kemajuan bangsa, bukan agama.

Mungkin disebabkan Melayu didefinisikan didalam perlembagaan sebagai bangsa yang beragama Islam[1], maka dengan itu, UMNO meletakan juga perjuangan agama sebagai perjuangan sampingannya selepas bangsa, tetapi apa yang penting perjuangan UMNO bukan perjuangan agama, tetapi perjuangan bangsa.

Agama didalam UMNO sebagai satu bahan sampingan semata-mata, maka dengan sebab itulah, tidak hairan mereka sanggup melihat agama di ketepikan berbanding bangsa.

Pun begitu, walaupun perjuangan bangsa itu menjadi dasar perjuangan mereka, tetapi bangsa melayu yang didokong oleh UMNO semenjak Merdeka lagi tidak menjadikan melayu sebagai bangsa yang mulia, tetapi melayu sudah menjadi bangsa yang semakin di tindas di mata-mata bangsa lain.

Lihatlah bagaimana golongan-golongan kaya di Negara di kuasai oleh bangsa-bangsa yang bukan berbangsa melayu. Yang ada pada melayu hanyalah “balaci-balaci” kepada bangsa-bangsa yang tidak melayu. Semua ini hasil perjuangan jahat UMNO yang merupakan penyambung perjuangan penjajah British barat yang lebih sesat dari barat yang sediakala sesat.

Bangsa melayu semakin hari semakin dihina, dajal-dajal rempit (mengikut istilah Mufti Perlis), bohsia, bohjan, bosdesh dan berbagai-bagai lagi semuanya dijuarai oleh bangsa melayu dibawah kepimpinan UMNO Laknatullah. Ini adalah kerana, perjuangan bangsa tidak dapat memberi kebahagian kepada sesuatu bangsa, tetapi bangsa boleh dimajukan sekiranya mereka berpegang kuat dengan Islam.

Saidina Omar bin Al-Khattab pernah berkata di atas mimbar masjid Al-Aqsa semasa menguasai kota Bait Al-Muqaddis dari kekuasaan Nasrani dengan katanya;

إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله

Maksudnya;
“Sesungguhnya kita dahulu adalah bangsa yang paling hina, lalu Allah muliakan kita dengan Islam, sekiranyanya kita mencari kemuliaan dengan cara yang lain Allah muliakan, nescaya Allah akan hinakan kita”[2]

Kata-kata keramat ini merupakan bukti yang paling kukuh untuk menyatakan bahawa, jika bangsa melayu mahu dijadikan bangsa yang mulia, maka hendak bangsa melayu berpegang kuat dengan islam. Jika tidak, kehinaan demi kehinaan akan menimpa kepada bangsa melayu.

Bukan sekadar itu sahaja, UMNO telah membuka ruang kepada non muslim untuk mempertikaikan Islam dari segala sudut, sehinggakan sebilangan dari pemimpin-pemimpin Negara yang tidak Islam sudah berani untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri untuk dimansukhkan kalimah islam didalam perlembagaan.

Semua ini berpunca dari UMNO yang mengambil sikap untuk tidak menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka. Maka dengan demikian, UMNO telah memusuhi Islam dari sudut dasar perjuangan.

FAHAMAN KEBANGSAAN MELAYU DAN ISLAM TIDAK BOLEH DI SATUKAN

Satu perkara yang mustahil boleh berlaku apabila fahaman kebangsaan itu hendak digabungkan didalam agama Islam. Perjuangan Islam dan kebangsaan melayu adalah dua perjuangan yang berbeza, ini kerana, bangsa adalah sesuatu yang asing dengan agama.

Banyak perkara-perkara yang bercanggah antara bangsa Melayu dengan Islam. Antaranya adalah seperti semangat “adat pepatih” yang masih subur di Negeri Sembilan yang tidak memberikan hak faraidh kepada anak lelaki. Hal ini bercanggah dengan Islam yang memberi hak kepada anak lelaki berbanding anak perempuan dalam faraidh.

Di antara semangat kebangsaan lain ialah, tidak ada perbicaraan pahala dan dosa, ini kerana, kebangsaan adalah aliran pemerintahan yang diasaskan kepada Negara bangsa yang mahu melahirkan kesejahteraan kepada rakyat berasaskan kepada nilai-nilai murni setempat berpandukan lojik akal yang anjal[3] dan pragmatik[4] demi mencari cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerajaan yang di tegakkan atas fahaman kebangsaan tetap bersifat sekular walaupun dimana sahaja ia berada.

Hal ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, merupakan salah seorang menteri dalam kerajaan Islam Hadhari yang mengatakan bahawa tiada soal dosa dan pahala dalam urusan politik, dengan katanya pada sidang akhbar selepas melawat peti undi Kubang Gatal, Pasir Mas dalam pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir yang lalu;
``Tidak ada mana-mana fatwa pun yang menyatakan bahawa undi Pas dapat pahala, undi Barisan Nasional (BN) dapat dosa ataupun undi Pas masuk syurga, undi BN masuk neraka.
``Ini semua adalah mainan politik karut marut yang sebenarnya tak masuk akal dan saya percaya pengundi Pengkalan Pasir tidak akan termakan dengan hujah-hujah seperti ini,''[5]
Sekiranya unsur-unsur agama ada dalam kebangsaan, itu hanyalah secara kebetulan atau penyamaan atau pinjaman yang dilakukan dari Islam yang syumul.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang mencampur adukkan antara kebatilan dengan kebenaran, sedangkan perbuatan tersebut sangat-sangat dilarang dalam Islam.

Firman Allah;

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Dan Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan hak itu sedang kamu mengetahuinya”

(surah al-Baqarah : 42)

ORANG UMNO ADALAH MADUU KITA

Dari perbahasan lepas, permusuhan kita bukanlah kepada orang UMNO, tetapi permusuhan kita adalah kepada ajaran UMNO yang menyesatkan.

Orang UMNO atau Ahli UMNO, sekali-kali tidak boleh dianggap sebagai musuh, hatta kepada Presiden UMNO sekalipun, bahkan orang UMNO selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam.

Islam adalah satu agama yang syumul. Kesyumulan Islam tidaklah dibataskan kepada ajarannya sahaja, bahkan kesyumulan islam menjangkau kepada penerima-penerima-Nya. Maka dengan sebab itulah, Islam menerima bangsa-bangsa yang lain untuk memeluk Islam, tidak kira ianya berbangsa melayu, India, cina dan sebagainya. Bahkan, sekiranya seorang yang berbangsa Israel pun yang hendak memeluk islam, Islam tetap menerimanya dengan berlapang dada.

Ini dibuktikan dengan penerimaan Rasulullah SAW terhadap Abdullah bin Salam atas kemasukannya kedalam Islam, walaupun beliau adalah seorang yang berbangsa Israel[6]. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan islam telah memuliakan beliau dengan dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai salah seorang daripada sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga di masa hidupnya lagi[7].

Ini membuktikan bahawa, Islam tidak memusuhi manusia, tetapi islam memusuhi system, perangai, akhlak yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.

PENUTUP

Dengan penulisan ringkas ini, membuka jalan kepada perbincangan yang lebih luas bagi melihat kejayaan Islam bersesuaian dengan kehendak Allah SAW.

Sekian
Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

barangsiapa yang ingin mendalami pengajian Fiqh, Hadis, tafsir dan Aqidah, sila layari http://one-g.blogspot.com

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Fasal 160 : Perlembagaan persekutuan (hingga 15hb September 2003) : m/s 238
[2] At-Tarhib wa At-targhib : 3/351 : hadis no : 4393.
[3] Anjal : mudah berubah menjadi bertambah atau berkurangan mengikut perubahan : “kamus Dewan” edisi ketiga: m/s 51
[4] Pragmatik : mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu daripada cirri-ciri teori, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau akan timbul : “kamus Dewan” edisi ketiga:m/s1054.
[5] Lihat “Utusan Malaysia” : 3 disember 2005.
[6] Lihat perbahasan Hadis Sahih Bukhari berkenaan punca Abdullah bin Salam masuk islam. Sahih bukhari : 3/1211 : hadis no : 3151.
[7] Fadhail As-Sahabah : 1/45

1 comment:

Syazwina Saw said...

Alhamdulillah. Saya setuju dengan pandangan ustaz. Sesetengah orang niatnya tersasar terlalu jauh, hingga kita lupa, kalau mahu bawa kebaikan, islam menganjurkan untuk membawa orang lain bersama.

InsyaAllah.