Wednesday, September 05, 2007

BICARA TAMBAHAN

ada beberapa perkara yang perlu difahami dari tulisanku;

1.pertikaian tersebut jangan dilibatkan kepada imam abu daud, kalau tidak dapat di buktikan sumber rujukan ABu Daud Sendiri...walaubagaimanapun, apabila kalimah "imra atin" bersifat nakirah, ianya mengandungi makna yang umum. maka dengan demikian, ianya tertakluk kepada tafsiran yang pelbagai...

maka dengan demikian, tak ada sebab kita mentarjihkan pandangan ulama yang bersesuaian dengan kehendak kita disamping kita perlekeh pandangan yang tidak sehaluan dengan kita atau bahasa mudahnya, membidaahkan pandangan ulama yang tidak sehaluan dengan kita, seperti pandangan Al-Qari yang menafsirkan makna "imra atin" itu adalah isteri kepada si mati....itulah yang disebut khilafiyyah dalam penafsiran hadis....

2. ana mempertikaikan dakwaan Maulana Asri yusuf dengan dakwaannya, hadis ini tidak mahfuz di bahas oleh Imam Abu Daud. persoalannya, dimanakah rujukannya??? kalau ulama lain yang mendakwa demikian, pada ana itu perkara biasa, tetapi jika dinyatakan demikian tanpa di datangkan bukti, ini merupakan penipuan fakta dalam menyampaikan ilmu.....

3. ana menerima ulasan dari pengarang kitab Tuhfah Al-Ahwazi yang menyatakan, kedaifan hadis yang diirwayatkan dengan penggunan kalimah "imra aTIH" (penambahan hi dhamir yang ditambah dalam kitab Misykat), tetapi perkataan "qultu" atau "aku berkata" itu dirujuk kepada pengarang kitab Tuhfah Al-Ahwazi, bukannya Imam Abu Daud.

sekian

Wallahu 'Alam

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

4 comments:

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Hadis yg dimaksudkan itu dikatakan diriwayatkan oleh banyak ahli hadis. Menurut Al Syeikh Muhammad Ali Al Maliki dalam Bulughul-Umniah, halaman 191 dan 194, hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi dalam Kitab Dalilun-Nubuwah dan juga oleh Iman Abu Daud, juzuk 2, halaman 218 dan oleh Al Syeikh Waliyudin Muhammad Tibrizi dalam Misskatu Al Masyabih, halaman 544 dan -lain ulama hadis.

Prof.T.M. Hasbi Ash-Siddieqy dalam Koleksi Hadis-Hadis Hukum (6:258) menegaskan bahawa pengarang kitab Subulus Salam (3:97) menegaskan hadis itu tidak soheh. Beliau juga menyebut ( Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:258) bahawa dalam kitab Mizanul Iktidal oleh Az- Zahabi disebutkan telah berkata Imam Yahya Al- Qattan: Saya tidak mendapati seorang yang bernama ‘Asim melainkan saya mendapatinya seorang yang tidak baik hafalannya.

Dalam kitab yang sama (Mizatul Iktidal) juga disebutkan Imam Ibn Madiniy berkata bahawa ‘ Asim bin Kulaib adalah orang yang kita tidak dapat berhujah dengan dia apabila sesuatu hadis itu dia saja yang meriwayatkannya ( Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:258-259).

Maksudnya , kalau ada satu riwayat dari jalan ‘ Asim bin Kulaib itu dan tidak ada riwayat melalui jalan lain, maka riwayat atau hadis itu tidak boleh menjadi alasan. Dengan kata lain hadis yang diriwayatkan dari ‘Asim adalah lemah dan tidak boleh dijadikan alasan sesuatu hukum.

Sesudah jelas hadis tersebut dhaif, perlu pula dijelaskan sedikit tentang hadis tersebut yang dikatakan diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Daruqutni, sebagaimana yang disebutkan...

Terdapat perbezaan kalimat dalam hadis yang menjadi pokok permasalahan itu. iaitu pd teks;

“Maka di waktu Nabi pulang [dari penguburan jenazah], beliau bertemu dengan seorang pemanggil [penyeru] perempuannya iaitu isteri si mati.’’.

Dalam Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 244, hadis nombor 3332 di bawah Kitab Al Buyuk, kalimah tersebut tidak sebagaimana yang disebutkan...

“Maka di waktu Nabi pulang [dari penguburan jenazah], beliau bertemu dengan seorang pemanggil [penyeru] perempuan.”

Ringkasnya dalam Sunan Abi Daud yang asal tidak terdapat kalimah “da’i imra’atihi” [seorang penyeru perempuan yakni isteri si mati itu] tetapi terdapat “ da’i imra’atiin [seorang penyeru perempuan].

Dengan demikian, hadis tersebut, kalaupun dapat dipandang sahih padahal tidak, kerana ia diriwayatkan melalui ‘Asim bin Kulaib, seorang yang dikatakan tidak aik [lemah hafalannya], tidaklah pula menunjukkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya pergi ke rumah si mati atas undangan isteri si mati itu.

Hanya saja hadis itu menunjukkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya pergi ke rumah seorang perempun [ bukan isteri si mati] atas undangan perempuan itu sekembalinya Nabi s.a.w. dari menguburkan jenazah [Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6 :259]

Dalam Kitab Subulus Salam [3.93] kalimah tersebut berbunyi: “da’i imra’atiin” [sesungguhnya seorang wanita memanggilnya[Nabi s.a.w.] kepada satu perjamuan]

Dalam Kitab Nailul Autar [6:69] kalimah tersebut berbunyi: ”da’i imra’ atiin” [seorang penyeru wanita]. Kalimah yang serupa itu juga terdapat dalam kitab Muktasar [terjemahan Indonesia] Nailul Autar [4:1931]. Dalam Kitab Al Muntaqa [ 2: 406], kalimah tersebut juga berbunyi : “da’i imra’atiin” [seorang penyeru perempuan].

Ringkasnya dalam kitab-kitab Subulus Salam [3:93], Nailul Autar [6:69, Muktasar [terjemahan Indonesia], Nailul Autar [4:1931], Al-Muntaqa [2:406],kalimah yang menjadi pokok permasaalahan itu hanya menunjukkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya pergi ke rumah seorang perempuan atas undangan perempuan itu sekembalinya Nabi s.a.w. dari menguburkan jenazah.

Tambah pula menurut sambungan hadis tersebut, Nabi s.a.w. tidak makan di rumah perempuan itu, hanya beliau kunyah-kunyah sahaja, lantas beliau bersabda ; “........kambing ini diambil dengan tidak izin tuannya ......”.

Jadi perempuan yang mengundang Rasulullah s.a.w. itu ialah isteri orang yang mempunyai kambing dengan tidak seizin tuannya itu. Dan sekali-kali tidak terdapat qarinah [petunjuk] yang menunjukkan perempuan itu adalah isteri si mati tersebut.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah membawa hadis ini untuk menerangkan hukum orang yang merampas kambing orang lain, lalu disembelih, dipanggang dan dimasaknya. [Terjemahan Muktasar Nailul Autar 4:1933]

Didalam kitab Nailul Autar, hadis ini diletakkan di bawah bab ‘Kambing rampasan yang telah disembelih,dipanggang atau dimasak’ [hal.1931-1934]

Oleh hal yang demikian penggunaan hadis tersebut sebagai hujah untuk mengharuskan, apatah lagi untuk menyunatkan kenduri arwah atau kenduri arwah baik untuk upacara hadiah pahala adalah jauh dari mendekati kebenaran, disebabkan oleh beberapa faktor .

Oleh itu jelaslah sudah bahawa tiada alasan yang membolehkan atau menyunatkan kenduri arwah itu. Pengarang Asy-Syamil menyebutkan iaitu “Adapun bermasak ahli mayat akan makanan dan dihimpunnya orang-orang memakannya maka kerja itu tiada dinaqal daripada sesuatu. Maka [perbuatan itu, iaitu kenduri arwah] ialah bid’ah yang tercela.” [Bahrul Maazi 7:130]

Pengarang Asy-Syamil mengambil dalil bagi pendapatnya itu dengan hadis Jarir bin Abdullah r.a. katanya; Adalah kami [ para sahabat ] menganggap perbuatan berkumpul di rumah ahli mayat dan membuat makanan [ kenduri arwah] sesudah ditanam mayat itu termasuk dari ratapan.” [R.Ahmad dan Ibn Majah. Ini adalah riwayat Ahmad, sahih. Adapun dalam riwayat Ibn Majah tidak terdapat kalimah ‘ sesudah ditanam mayat itu ‘, juga sahih]

Berkata pula Prof.T.M.Hasbi Ash Shiddieqy dalam kitabnya Al Islam [2:245];”Tidak ada perselisihan antara para ulama yang muktabar bahawa mengadakan maktam [ menjamu makan] pada malam yang pertama [dari kematian] atau malam yang ketiga dari kematian seseorang, suatu bid’ah. Mengadakan maktam itu suatu perbuatan yang tidak pernah sekali-kali dilakukan [dibenarkan] oleh syarak.” Ia tidak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat bila berlaku kematian. Ini bukan masaalah khilafiah.

Berkata pula Ibn Qudamah;” Adapun keluarga simati membuat makanan untuk orang ramai (kenduri arwah) maka yang demikian itu dimakruhkan, kerana perbuatan itu meyerupai perbuatan orang-orang Jahiliah.” ( Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:255)

Ibn Qudamah mengambil dalil bagi pendapatnya itu dengan riwayat daripada Jarir bahawasanya Jarir r.a. pernah datang kepada ‘ Umar r.a. lalu bertanya: adakah diratapkan atas mayat (dalam kaum / di tempat) kamu?Jarir menjawab: Tidak.’ Umar bertanya lagi: Adakah mereka ( kaum tempat kamu) berkumpul di rumah ahli mayat ( keluarga si mati ) dan mereka membuat makanan ( untuk orang berkumpul itu )? Jarir menjawab: Ya. Maka berkatalah ‘ Umar: Yang demikian itulah ratapan.

Dari kedua-dua riwayat [hadis] tersebut [oleh Ahmad dan Ibn Majah dan oleh Ibn Qudamah] terbuktilah sudah bahawa para sahabat Nabi telah sepakat [ijmak sahabat] melarang diadakan kenduri arwah itu, bahkan mereka menamakan yang demikian itu sebagai ratapan, sedangkan ratapan itu hukumnya haram, berdasarkan beberapa hadis diantaranya; “Wanita yang meratap apabila tidak bertaubat sebelum matinya, maka dia dibangkitkan kelak pada hari kiamat dalam keadaan baju aspal dan penuh kudis.”[R.Ahmad dan muslim]

Diterangkan pula oleh Imam Ahmad bahawa memberi makanan kepada orang yang berkumpul di rumah keluarga si mati adalah satu dari perbuatan kaum Jahiliah. Ahmad sangat keras membantah perbuatan ini. (Prof.T.M.Hasbi Ash Shiddieqy, Hadis-Hadis Hukum, hal.256)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/06/topic-007-mambantah-bab-berdoa-kepada.html

Mambantah Bab Berdoa Kepada Allah Melalui Perantara Orang Yang Mati (Bertawassul)

Oleh:Nuur Fakhrul as-ShiddiQ
http://groups.yahoo.com/group/pmh-uitm

Maka sesungguhnya kamu tidak akan mampu menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli dapat mendengar seruan, apabila mereka itu berpaling membelakang. (ar-Ruum (30): 52)

Berikut saya bawakan petikan daripada Tafsir al-‘Azim (oleh al-Hafizd Ibnu Katheer), edisi English, berkenaan ayat di atas:

Allah says, `just as you are not able to make the dead hear in their graves, or to make your words reach the deaf who cannot hear and who still turn away from you, so too you cannot guide the blind to the truth and bring them back from their misguidance.' That is a matter which rests with Allah, for by His power He can make the dead hear the voices of the living if He wills. He guides whom He wills and sends astray whom He wills, and no one but He has the power to do this. Allah says:

(you can make to hear only those who believe in Our Ayat, and have submitted (to Allah in Islam).) means, those who are humble and who respond and obey. These are the ones who will listen to the truth and follow it; this is the state of the believers; the former (being deaf and blind) is the state of the disbelievers, as Allah says:

(It is only those who listen will respond, but as for the dead, Allah will raise them up, then to Him they will be returned.) (6:36) `A'ishah, the Mother of the faithful, may Allah be pleased with her, used this Ayah -- (So verily, you cannot make the dead to hear) as evidence against `Abdullah bin `Umar when he reported that the Prophet had addressed the slain disbelievers who had been thrown into a dry well three days after the battle of Badr, rebuking and reprimanding them, until `Umar said, "O Messenger of Allah, are you addressing people who are dead bodies'' He said:

(By the One in Whose Hand is my soul, you do not hear what I say any better than they do, but they cannot respond.) s`A'ishah interpreted this event to mean that the Prophet was making the point that now they would know that what he had been telling them was true. Qatadah said: "Allah brought them back to life for him so that they could hear what he said by way of rebuke and vengeance.''

“Dan tidaklah (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada mampu menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar. (Faathir (35): 22)

Berikut pula adalah nas-nas daripada hadis-hadis yang menolak kebolehan orang yang mati itu mendengar doa (permintaan) daripada orang yang hidup, selanjut menolak hujah bahawa kita boleh bertawassul kepada orang yang telah mati:

Narrated Hisham's father:

It was mentioned before 'Aisha that Ibn 'Umar attributed the following statement to the Prophet "The dead person is punished in the grave because of the crying and lamentation Of his family." On that, 'Aisha said, "But Allah's Apostle said, 'The dead person is punished for his crimes and sins while his family cry over him then." She added, "And this is similar to the statement of Allah's Apostle when he stood by the (edge of the) well which contained the corpses of the pagans killed at Badr, 'They hear what I say.' She added, "But he said now they know very well what I used to tell them was the truth." 'Aisha then recited: 'You cannot make the dead hear.' (30.52) and 'You cannot make those who are in their Graves, hear you.' (35.22) that is, when they had taken their places in the (Hell) Fire. (Bukhari :: Book 5 :: Volume 59 :: Hadith 316)

Narrated Abu Talha:

On the day of Badr, the Prophet ordered that the corpses of twenty four leaders of Quraish should be thrown into one of the dirty dry wells of Badr. (It was a habit of the Prophet that whenever he conquered some people, he used to stay at the battle-field for three nights. So, on the third day of the battle of Badr, he ordered that his she-camel be saddled, then he set out, and his companions followed him saying among themselves." "Definitely he (i.e. the Prophet) is proceeding for some great purpose." When he halted at the edge of the well, he addressed the corpses of the Quraish infidels by their names and their fathers' names, "O so-and-so, son of so-and-so and O so-and-so, son of so-and-so! Would it have pleased you if you had obeyed Allah and His Apostle? We have found true what our Lord promised us. Have you too found true what your Lord promised you? "'Umar said, "O Allah's Apostle! You are speaking to bodies that have no souls!" Allah's Apostle said, "By Him in Whose Hand Muhammad's soul is, you do not hear, what I say better than they do." (Qatada said, "Allah brought them to life (again) to let them hear him, to reprimand them and slight them and take revenge over them and caused them to feel remorseful and regretful."). (Bukhari :: Book 5 :: Volume 59 :: Hadith 314)

Narrated Ibn Umar:

The Prophet stood at the well of Badr (which contained the corpses of the pagans) and said, "Have you found true what your lord promised you?" Then he further said, "They now hear what I say." This was mentioned before 'Aisha and she said, "But the Prophet said, 'Now they know very well that what I used to tell them was the truth.' Then she recited (the Holy Verse):-- "You cannot make the dead hear... ...till the end of Verse)." (30.52) (Bukhari :: Book 5 :: Volume 59 :: Hadith 317)

---------------

Hadis-Hadis Yang Lain:

Hadits yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahih-nya dari Buraidah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sering mengajarkan kepada mereka (para sahabatnya) jika mendatangi pekuburan agar mengucapkan;

“Ertinya: Keselamatan atas kalian, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin. Kami insya Allah akan menyusul kalian. Kalian adalah pendahulu kami. Aku meminta kepada Allah kesejahteraan untuk kami dan kalian” (Ahmad II/300, 375,408. V/353,359,360. VI/71,76,111,180,221. Muslim dengan Syarh Nawawi VII/44,45. Nasa’i IV/94 dan Ibnu Majah I/494)

Para Khalifah yang Empat dan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain serta Tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik telah menjalankan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tersebut, iaitu dengan berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan diri sendiri dan untuk orang yang telah pergi (meninggal dunia) dan bukan sebaliknya dengan meminta (bertawassul) kepada orang yang di dalam kubur itu. Hadis di atas tidak langsung menunjukkan bahawa orang yang mati itu mendengar apa yang kita perkatakan.

Penyalahgunaan ayat 169 Surah Ali Imran

Ada sebahagian kelompok, menyatakan bahawa orang yang mati itu hidup, terutamanya para ‘anbiya’, ulama, para syuhada, wali, dan lain-lain dengan berdasarkan ayat 169 daripada surah ali Imran. Dengan itu, mereka menyatakan bahawa kita boleh menjadikan mereka sebagai perantara untuk memperkenankan doa kita dengan menjadi penghubung kita dengan Allah kerana mereka berada di sisi Allah.

“Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka...” (Ali Imran: 169)

Sebenarnya, di dalam ayat ini sendiri tidak langsung menyatakan bahawa orang yang syahid dan hidup di sisi Allah itu mampu menjadi perantara untuk memperkenankan doa. Dan selanjutnya, kita sendiri tidak tahu mereka berada di mana di sisi Allah itu. Sedangkan para malaikat sendiri yang naik kepada Allah pun tidak mampu menjadi perantara kita dengan Allah, inikan pula orang yang telah mati yang kita tidak tahu mereka di mana. Tidaklah lain, sebenarnya mereka hanya menggunakan akal dan sangkaan nafsu semata-mata mentakwil ayat tersebut.

“Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai (Nya). (an-Najm (53: 26)”

Berkenaan Pergi Ke Kubur Dan Bertawassul Dengan Orang Kuburan:

Allah s.w.t. berfirman:

“Ertinya: Katakanlah, ‘Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai bahan sembahan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya” (Saba (34): 22)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Ertinya: Janganlah kalian jadikan rumah kalian sebagai kuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan (beribadat), dan bersalawatlah atasku, sesungguhnya shalawat kalian sampai kepadaku bagaimanapun keadaan kalian” (Hadits Riwayat Tirmidzi V/157, Abu Dawud II/534, dan Ibnu Majah I/348 di dalam Sunan)

Sedangkan yang berkenaan dengan beribadah kepada Allah di kuburan, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang yang demikian itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah).” (Hadits Riwayat Bukhari da Muslim)

Larangan menjadikan kubur sebagai masjid (tempat ibadah) mengandungi larangan menjadikan kubur sebagai tempat beribadah kepada Allah atau untuk beribadah kepada selain-Nya, sama saja apakah terdapat bangunannya ataupun tidak.

Adapun (perbuatan) mendatangi penghuni kubur lalu berdoa kepadanya dan meyakini bahwa dia memiliki manfaat dan mudharat (bahaya), maka perbuatan ini adalah syirik besar. Melalui hadis tersebut juga Nabi s.a.w hanya menyatakan bahawa yang sampai adalah selawat ke atas beliau (Nabi s.a.w) dan bukannya doa atau pun sebarang permintaan.

Firman Allah s.w.t:

“Ertinya: Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” (Al-Ikhlas (112): 4)
Dan di dalam hadits qudsi;

“Ertinya: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang didalamnya dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya.” (Hadits Riwayat Muslim)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi;

Janganlah kamu meninggalkan gambar kecuali engkau telah menghancurkannya dan tidak pula kubur yang diagungkan melainkan engkau telah meratakannya” (Imam Ahmad I/96, 129. Muslim dengan Syarah Nawawi VII/36. Nasai IV/88,89 dan Tirmidzi III/366.)

Dan telah tetap dari Nabi s.a.w. bahawa beliau melarang mengapuri kubur, duduk di atasnya, dan dibuat bangunan di atasnya. (Lihat Hadits Riwayat Imam Ahmad III/295, 399. Muslim dengan Syarah Nawawi VII/37. Tirmidzi III/368. Abu Dawud III/552. Nasai IV/86,87. Ibnu Majah I/498)

Allah menghendaki Kita Bertawakkal dan berserah hanya kepada Allah s.w.t:

“Ertinya: Maka bertawaqallah kamu kepada Allah menurut kesanggupannmu” (At-Taghabun: 16)

“Ertinya: Katakanlah, ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (Al-An’am: 162-163)

Berdoalah Kepada Allah (Allah mengarahkan agar berdoa kepada-Nya secara terus tanpa ada tawassul kepada zat selainnya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah (2): 186)

Tidak Berdoa Dan Beribadah Sambil Menyekutukan Allah:

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. "Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan Ibadat kepada-Nya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan Aku tidak mempersekutukan-Nya Dengan sesiapapun". (al-Jin (72): 18-20)

Berkenaan Syafa’at Daripada Nabi s.a.w.:

Dalam hal ini, adalah sebenarnya syafa’at belum diberikan kepada sesiapa pun lagi pada masa ini. Maka, adalah suatu tindakan yang batil apabila seseorang itu berdoa memohon syafa’at daripada Rasulullah s.a.w ketika di waktu ini. Sedangkan perihal syafa’at itu hanyalah berlangsung di hari kiamat kelak. Dalilnya adalah hadith riwayat Muslim daripada Kitab al-Iman, dan ad-Darimi bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Aku adalah orang yang pertama yang memberi syafa’at di syurga dan aku adalah nabi yang paling banyak bilangan pengikutnya.”

Malah di dalam hadis-hadis yang lain di dalam sahih Muslim, kitab al-Iman (oleh Imam Muslim) menyatakan bahawa manusia pergi kepada nabi-nabi bermula dengan Adam a.s., Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., dan ‘Isa a.s., untuk mendapatkan syafa’at melalui mereka supaya mempercepatkan hisab di hari kiamat serta dimasukkan ke dalam syurga. Kesemua nabi-nabi tidak mampu melakukannya melainkan setelah Rasulullah s.a.w. menyembah Allah s.w.t. lalu dikurniakan syafa’at kepadanya. Di dalam bab yang sama juga, imam Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah, hadith berikut:

“Bagi setiap nabi (telah diberi peluang) permintaan yang dikabulkan. Maka setiap nabi yang lain telah mempercepatkan permintaannya masing-masing. (Tetapi) sesungguhnya aku (nabi s.a.w.) telah menyimpan permintaan aku (untuk mendapatkan) syafa’at bagi umatku di hari kiamat kelak dan ia (syafa’atku ini) adalah dikurniakan jika dikehendaki Allah s.w.t. kepada sesiapa yang mati dari umatku yang tiada mensyirikkan Allah dengan sesuatu.”

Hadis-hadis yang lain:

“Sesungguhnya syafa'atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

ahyimy said...

Isu yg ditimbulkan oleh Al-Bakistani masih belum dijawab. Beliau tidak mempertikaikan pihak yg memberi dalil mengharamkan kenduri arwah, TETAPI ISUNYA IALAH DARI SUMBER MANA MAULANA ASRI AMBIL UNTUK MENGATAKAN BAHAWA "IMAM ABU DAUD MENGATAKAN BAHAWA HADIS TERSEBUT TIDAK MAHFUZ" JAWAB LA SOALAN DIA DULU..

ahyimy said...

Al-Bakistani nak tau Maulana Asri ambil dari rujukan kitab mana. Oleh itu yg boleh menjawab isu ini ialah samada
1. Maulana Asri sendiri; atau
2. Mereka yg pernah mendengar perkataan Maulana Asri dari sumber mana perkataan tst diambil.

Mereka yg hanya membuat anggapan tidak layak beri kenyataan.