Sunday, September 09, 2007

EPISOD UMNO MENGGUNAKAN POLIS BERMULA LAGI DAN SEMAKIN MENGGILA!!!

tulisan ini dinukilkan tanpa izin dari blog saudara ketua Pemuda PAS Negeri Johor, iaitu Saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil....

lihat dan fikirkan, betapa jahatnya BN/UMNO yang memerintah menggunakan kaedah ala Firaun menyerang Nabi Musa disebabkan tidak berdaya menghadapi dakwah Nabi Musa yang sudah mendapat tempat di jiwa Bani Israel ketika itu.

berikut tulisan Saudara Khairul Faizi ;

Saya mula menerima maklumat daripada sahabat daripada Trengganu malam semalam berkaitan dengan gangguan terhadap ceramah di Batu Buruk, Trengganu. Saya menghubungi Ust Azman Syafawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Trengganu, Naib Ketua DPP Pusat) untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kejadian tersebut.

Pagi tadi, Ust Azman memaklumkan bahawa dua orang telah ditembak oleh polis semasa kejadian malam semalam. Saya cukup terkejut dengan maklumat ini kerana tergamak juga akhirnya polis menggunakan sebegitu rupa kekerasan terhadap rakyat.

Harakahdaily telah mengeluarkan berita tentang kejadian tersebut.

Rekod 50tahun merdeka: Polis guna PELURU HIDUP surai demo!
Detikdaily.net Sun Sep 09, 07 03:09:01 PM
Buat pertama kali dalam sejarah 50 tahun merdeka, polis gunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi!

-------------------------------------------------------

Tiada apa yang dapat saya tuturkan pada permulaan tulisan ini selain daripada mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekerasan terhadap rakyat untuk menyuraikan perhimpunan aman!

KEJAM, ZALIM, BIADAP, TAK BERTAMADUN, GILA DAN BODOH.

KEJAM kerana menggunakan peluru hidup untuk menembak dua orang rakyat, ZALIM kerana menghalang himpunan aman, BIADAP kerana tidak berketika ketika menjalankan tugas, TAK BERTAMADUN kerana tidak rasional dalam membuat keputusan, GILA kerana tidak waras dan BODOH kerana mengikut arahan tanpa menggunakan akal.

Kenapa perlu menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan yang diadakan oleh rakyat? Adakah kerana sudah tidak ada pilihan ataupun atas arahan pemimpin UMNO yang gila kuasa? Ataupun kerana ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini?Kenapa?Saya cukup hormat andaikata polis bertindak berani demi menjaga keselamatan, sanggup menggadaikan nyawa untuk kebaikan rakyat Malaysia, sanggup bersengkang mata demi menangkap penjenayah tetapi saya cukup benci kepada polis jika menggunakan kekerasan kepada rakyat dalam keadaan seperti ini.

Apakah polis tidak perasan bahawa jenayah semakin lama semakin meningkat di Malaysia? Apakah polis tidak tahu bahawa gejala sosial semakin membimbangkan? Apakah polis terlupa bahawa rasuah sedang membarah dalam negara?Sampai bila?Sampai bila polis hendak menjadi pak turut kepada kezaliman kerajaan UMNO/BN dalam Malaysia, sampai bila?Sampai bila polis ingin terus disumpah seranah oleh rakyat, sampai bila?Sampai bila polis terpaksa mengerahkan anggotanya terus menggunakan belantan, gas pemedih mata dan senjata untuk menyakitkan rakyat, sampai bila?Sampai bila polis akan terus diperbodohkan demi kepentingan politik UMNO/BN, sampai bila?Cukuplah wahai polis, janganlah bertindak zalim kepada rakyat.

Ingatlah doa orang yang dizalimi amat mustajab, ingatlah!Saya pasti bahawa sekiranya himpunan aman tersebut tidak diganggu oleh mana-mana pihak, kejadiaan yang tidak diingin akan dapat dijauhkan. Tetapi inilah yang sebenarnya diinginkan oleh Idris Jusoh dan sekutu-sekutunya.

Saya menyebut kepada Ustaz Azman bahawa yakinlah bahawa detik kemenangan PAS di Trengganu semakin hampir. Pastinya rakyat dapat melihat kerajaan pimpinan UMNO/BN semakin tersepit dan menggunakan tindakan zalim untuk mengekalkan kuasanya.

Islam pasti akan menang di Trengganu, tunggulah masanya akan tiba. Semoga pimpinan PAS/BA di Trengganu akan teruskan usaha kerana yakinlah bahawa Allah pasti akan bersama dengan kebenaran.Allahu Akbar! Allahu Akbar Allahu Akbar!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/
9 September 2007, 4.09 petang

21 comments:

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

as-Salaamu 'alaikum,

inilah akibanya jadi kelompok manusia yg suka cari pasal. pihak berkuasa dah arahkan bersurai secara aman...

tapi, yg hang duk mengamuk tu sapa suruh.

kalau-lah bantahan dilakukan dgn kaedahnya sunnah, insyaALLAH ia akanm berlangsung dgn baik. hubungan rakyat dgn pemerintah pun akan berlangsung dgn baik.

ingatlah sahabat2 ku, dalam menuruti sunnah itu lebih utama.

tinggalkanlah menurut nafsu.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Wahai org PAS & UMNO/semua org:

“Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (al-Baqarah, 2:208)

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran, 3:10)

Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama muktabar yang boleh dijadikan hujjah oleh para pemimpin Islam dalam usaha untuk menyatu-padukan rakyat di bawah pimpinannya.

Berkata Imam Badruddin Ibnu Jamaah ketika menjelaskan hak-hak penguasa atau pemimpin:

“Hendaklah difahami bahawa penguasa mempunyai hak-hak yang sangat agung dan wajib dihormati serta dimuliakan, kerana taraf dan jawatannya sebagaimana yang telah Allah anugerahkan kepadanya. Oleh yang demikian, para ulama dahulu sentiasa memuliakan dan menghormatinya serta memenuhi undangannya dengan tetap menjaga sikap zuhud dan wara, juga tidak pernah mengharapkan imbalan darinya. Sedangkan apa yang dilakukan oleh orang yang menganggap dirinya sebagai orang yang zuhud dengan berbuat lancang (suka mencaci, maki-hamun dan mengutuk) terhadap penguasa, maka itu bukan dari sunnah yang suci” (Tahrirul Ahkam fi Tadbir Ahli Islam, hlm. 63. Tahqiq Dr Fuad Mun’im. Cetakan Qatar.)

Beliau menegaskan lagi:

“Hendaklah disatukan hati yang telah terlanjur bercerai-berai dan dikumpulkan rasa cinta masyarakat kepada penguasa kerana yang demikian membawa kebaikan bagi rakyat dan membawa mereka kepada kehidupan yang berdisiplin dan tertib. Mereka juga berhak dibela dengan perkataan dan perbuatan serta disokong (ditolong) dengan harta, jiwa dan keluarga secara terang-terang atau sembunyi-sembunyi”. (Tahrirul Ahkam fi Tadbir Ahli Islam hlm. 64. Tahqiq Dr. Fuad. Terbitan Qatar)

Perkataan Badruddin Ibnu Jamaah di atas ada dasarnya, kerana Allah berfirman:

“Bertolong-tolonganlah kamu atas kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu sekalian bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan”. (al-Ma’idah 5: 2)

Ayat ini menunjukkan bahawa mentarbiyah rakyat untuk bertolong-tolongan yang membawa kepada kebaikan seperti membantu kerajaan dan mencintai pemimpin adalah dituntut. Inilah tugas para ulama yang sebenar, tetapi melakukan yang sebaliknya seperti membenci kerajaan, penguasa dan pemimpin sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Khawarij dan ulama suk adalah bertentangan dengan ayat di atas. Ia adalah perbuatan bid’ah yang diharamkan oleh syara.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Hubungan ulama dalam menasihati pemerintah:

Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:

“Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Tafsir Ibnu Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. Lihat: Ad-Darrul Mansur 2/285-286. Cetakan Darul Fikr.)

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka”. (Ali Imran, 3:105)

Kisah di atas ini adalah contoh tauladan kepada umat Islam, bahawa para ulama Salaf as-Soleh dahulu kala mendidik rakyat jelata agar memelihara hak-hak pemimpin. Dengan ini adalah wajib bekerjasama dan tolong-menolong antara para ulama dengan penguasa, terutama dalam usaha mengislah rakyat dengan konseptualisasi siyasah as-Syariyah mengikut manhaj Salafiyah, kerana kaum Salaf as-Soleh selain membid’ahkan perpecahan, mereka mewajibkan bekerjasama dengan pemimpin negara Islam, berjamaah dengan mereka dan menyemai rasa persaudaraan di bawah bumbung pemimpin negara berdasarkan firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat,49:10)

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Tiga perkara yang menyelamatkan hati seseorang Muslim dari kedengkian: Ikhlas dalam beramal kerana Allah, menasihati penguasa dan komitmen dengan jamaah kaum Muslimin”. (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad 4/80-82)

Kapasiti pemikiran rakyat perlu diisi dan diyakinkan oleh pemerintah dengan kerjasama ulama dengan pengisian siyasah (politik) yang sejajar dengan kehendak agama, agar generasi yang bakal pewaris pemerintahan dapat disalurkan ke destinasi dan dimensi pemahaman siyasah as-syariyah menurut al-Quran dan as-Sunnah yang autentik. Kerana keberkesanan dan keagungan siyasah Islamiyah yang telah ditunaikan oleh para Salaf as-Soleh terutama pada zaman generasi awal, kedua dan ketiga selepas kewafatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjadi bukti untuk meyakinkan rakyat.

Siyasah Islamiyah dengan kerjasama umara (penguasa/pemerintah) dan hukama (para ulama) dapat menyatukan hati rakyat untuk mentaati pemimpin kerana itu adalah perintah Allah kepada orang-orang beriman sebagaimana dijelaskan melalui firmanNya:

“Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (pemerintah) antara kamu”. An-Nisaa, 4:59.

Berkata Abdus Salam bin Bajras bin Hashir Ali Abdul Karim:

“Antara perintah Allah dalam ayat ini ialah mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala mensetarakan ketaatan kepada pemimpin dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini semuanya menunjukkan betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya”. (Mu’amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was-Sunnah. Hlm.50)

Al-‘Izz bin Abdussalam rahimahullah juga menegaskan:

“Sepakat kaum Muslimin bahawa taat kepada kekuasaan pemimpin termasuk ketaatan kepada Allah”. (Qawa’idul Ahkam fi Masalihul Anam. 1/104)

Sehingga mentaati pemerintah dalam urusan puasa di bulan Ramadan dan berhari raya adalah wajib mengikut kesepakatan para Salaf as-Soleh. Imam Ahmad rahimahullah berkata:

“Berkorban (berhari raya korban/hari raya haji), berbuka (berpuasa dan berhari raya Idil Fitri) terserah kepada pemimpin. Jika pemimpin berbuka, maka rakyat wajib berbuka. Jika pemimpin berkorban, maka rakyat wajib mengikutinya. Dalam hal solat juga wajib mengikut pemimpin”. (as-Sunnah, hlm. 4. Hadis Riwayat Abu Bakar al-Khallal)

Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Sikap (taat kepada pemimpin) termasuk kewajipan terhadap agama yang agung”. (Majmu’ al-Fatawa 28/390)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

BAGAIMANA KITA NAK NASIHATI PEMERINTAH:

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itu diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)

Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:

“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah disaat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Tanbihul Ghafilin ‘An A’ma lul -Jahilin wa-Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)

Syara tidak pernah menghalalkan sesiapapun dari kalangan umat Islam untuk mengumpat, membongkar keburukkan, mencari cacat-cela, sengaja menghina, mengkafirkan dan mereka-reka fitnah terhadap pemerintah, lebih-lebih lagi jika bertujuan untuk menjatuhkannya. Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mewajibkan umat Islam mematuhi dan mentaati pemerintah Islam demi menjaga dan memelihara kesatuan umat, keutuhan agama dan martabat Islam:

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya Allah rela atas kamu dalam tiga perkara: Hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah-belah, dan hendaklah kamu sekalian saling menasihati dengan orang yang diangkat Allah untuk memegang urusanmu (pemimpin kamu)". (Musnad Imam Ahmad, 2/376)

Maksud "Pemimpin kamu" ialah "Para pemimpin yang beragama Islam". Dalam hal ini al-Allamah As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz berkata:

“Bukanlah termasuk uslub (metode) salaf perbuatan mendedahkan aib pemimpin dan menyebutkannya di atas mimbar (atau pentas), kerana hal ini hanya menimbulkan kerusuhan dan hilangnya ketaatan rakyat terhadap pemimpin, juga menyebabkan banyak persepsi dan pandangan yang merbahaya yang tidak mendatangkan manfaat”.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya". (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya ada termaktub:

“Apabila kemungkaran itu dilakukan oleh seorang pemimpin atau selainnya, hendaklah dia dinasihati dengan lemah lembut dan secara rahsia sehingga tidak diketahui oleh seorangpun, dengan harapan dia mahu menerimanya. Jika dia enggan, maka mintalah bantuan seorang untuk menasihatinya dengan bersembunyi-sembunyi agar dia menerima nasihatnya. Jika sekiranya dia menolak juga, maka kita boleh secara terang-terangan mengingkari sifat pemimpin seperti itu”. (Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya. Hlm. 49)

Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata:

“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (publik). Namun hendaklah dia berbincang secara empat mata dalam menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak melekehkannya sebagaimana terdapat dalam hadis”. (Sail al-Jarrar 4/556. Asy-Syaukani)

Ini bermakna, sesiapa yang berpakat untuk menjatuhkan pemerintah atau pemimpin Islam adalah menyalahi pegangan para Salaf as-Soleh. Begitu juga, mereka yang suka melontarkan kata-kata kotor, membuat tuduhan palsu, memfitnah dan mengkafirkan para pemimpin Islam adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Maka kepada mereka yang terlibat dengan pekerjaan mungkar ini, hendaklah bertaubat dan merubah niat kepada nasihat, kerana telah berkata Abu Usman az-Zahid:

“Nasihatilah para penguasa, perbanyakanlah doa untuk mereka agar mereka melakukan kebaikan dan kebenaran dalam beramal dan menjalankan hukum. Sesungguhnya jika mereka baik, maka akan baiklah rakyat. Hati-hatilah kamu! Jangan sampai kamu mendoakan keburukan atau melaknat mereka, kerana yang demikian hanya akan menambah kerosakan keadaan orang-orang Islam. Tetapi mintakanlah ampunan kepada Allah untuk penguasa (pemerintah dan pemimpin), semoga mereka meninggalkan perbuatan yang tidak baik, kemudian dihilangkanlah musibah dari kaum Muslimin”. (Al-Jamii Li Syu’abil Iman. 13/99. Al-Baihaqi. Cetakan Dar as-Salafiyah)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat kezaliman dan mereka tidak mencegah dengan tangannya, maka dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka keseluruhannya".

Berkata Ibn Abil 'Izzii rahimahullah:

"Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah telah menunjukkan atas kewajipan menasihati pemerintah dan seterusnya taat kepada pemerintah selama dia tidak memerintahkan agar melakukan kemaksiatan".

Ibnu Nahhas berkata:

“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan publik. Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Tanbih al-Gafilin an-A’malil Jahilin wa-Ta’zirus Salikin Min Af’alil Halikin. Hlm. 64)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

ANCAMAN Rasulullah terhadap penentang pemerintah:

. Ibnul Abil Izz radiallahu anhu berkata:

“Diwajibkan taat kepada pemerintah walau mereka zalim dan melampaui batas, kerana sikap membangkang menimbulkan kerosakan yang berganda jika dibandingkan kezaliman pemerintah itu sendiri, bahkan di dalam kesabaran ada ganjaran yang boleh menghapuskan dosa serta menggandakan pahala”. (Muamalatul Hukkam fi-Dhauil Kitab wa-Sunnah. Hlm.155. Abdus Salam bin Bajris bin Nasir Ali Abdul Karim. Cetakan Kelima l996M-1417H)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"Sesiapa yang datang kepada kamu sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah-belahkan kamu, maka bunuhlah dia". (Hadis Riwayat Muslim. No. 1856)

Syaikh Al-Bakistani said...

ulasan ni semuanya tidak merujuk kepada fiqh waqi'.... lepas tu mengulas ikut zahir nas..

ulasan ni adalah ulasan golongan zahiri....

Syaikh Al-Bakistani said...

bukankah nabi SAW pernah berucap atas bukit safa, kemudian dibaling batu oleh Abu Lahab??

bukankah masa mengisyttiharkan dakwah terang-terangan, sahabat-sahabat keluar beramai-ramai bersama Rasullullah menyatakan keislaman mereka, sampai ada sebilangan sahabat yang luka disebabkan dilempar dengan batu?.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

nampaknya anda cakap ikut emosi ni...

nabi kene baling? Apa nabi buat ye?

Nabi memberontak ke? Anda baca tak surah abasa?

Mana qaul yg awal, mana qaul yg terkemudian?

apa kene dgn fiqh waqi'?

Adakah anda puak batiniyah?

Tafsir ayat ikut perasaan?

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Apakah sikap imam ahmad terhadap pemerintah?

imam nawawi?

adakah mereka menyerukan kalimah "memberontak dan menimbulkan huru-hara?" adakah mereka mengajak rakyat mencaci maki kerajaan? berdemonstrasi?

mana perginya hujah anda dalam memegangi sunnah dalam berhubung dgn pemerintah?

Syaikh Al-Bakistani said...

a. waqii sekarang adalah waqii di zaman yang ketiadaan khalifah...

hadis nabi yang dinyatakan adalah teguran pemimpin dikala masih wujudnya lagi khalifah Islam.

ingat khalifah Islam telah jatuh pada tahun 1924.

jika penafsiran pimpinan Islam itu terletak pada solatnya. apakah Nabi pernah menceritakan kesyirikan orang yang menghalalkan perkara yang Allah haramkan?

kesyirikan ini sudah berlaku kepada orang yang solat juga.

dan nabi ada sebut dalam hadis tirmizi (kalau tak silap), wajib dilucutkan pemimpin yang syirik.

b. antara ulama yang kuat menkritik golongan zahiri moden adalah Dr Yusuf Al-Qaradhawi.. adakah disebabkan dia kritik, maka dia adalah golongan batiniyyah???

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

so, kenapa anda menggelarkan saya mengambil hujah puak zahiri? mana rujukan anda?

then, anda tidak melihat ke kepada hadis di mana seorang sahabat yg mengkritik khatib yg sedang memberi khutbah?

Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kalimah penguasa/pemimpin/ adalah umum..

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

bagaimana hadis ini?

“Ibnu Abi Asim menyatakan, telah menceritakan kepada kami Hadiyyah bin Abdil Wahab, telah menceritakan kepada kami al-Fadl bin Musa, beliau menceritakan kepada kami dari Husain bin Waqid, dari Qais bin Wahab dari Anas bin Malik dia berkata: Para pembesar (penguasa) kami dari kalangan sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah melarang kami tentang beberapa hal: (1) Jangan kamu mencela (menghina) pemerintah (penguasa). (2) Jangan berbohong dengannya dan (3) Jangan menentangnya tapi bersabarlah, serta takutlah kamu kepada Allah, maka sesungguhnya perkara Nya itu dekat. (As-Sunnah 2/488. (Sanadnya baik, semua perawinya siqah))

Dan ini:


“Dari as-Sahmi berkata: Aku mendatangi Abu Ummah, lantas dia berkata: Janganlah kamu mencela/mengutuk/menghina al-Hajjaj, kerana dia adalah penguasamu dan bukan penguasaku. (Perkataan beliau: Dia bukan penguasaku, kerana Abu Ummah tinggal di Syam sedangkan al-Hajjaj Gabenor di wilayah Iraq”. (Riwayat Bukhari. (Rujuk: At-Tarikhul Kabir 7/18)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Abi Ishak as-Sabaii telah menjelaskan:

“Tidaklah suatu kaum mencela/menghina dan menentang pemimpinnya, melainkan mereka akan terhalang dari kebaikan” (Riwayat Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid 21/287)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Kriteria/syarat asas sebuah negara Islam:

http://an-nawawi.blogspot.com/2007/07/kriteria-asas-sebuah-negara-islam.html

Syaikh Al-Bakistani said...

akhirnya, semuanya rujukkan dari Rasul Dahri. dia beranggapan, sebuah negara Islam itu terletak kepada seorang pemimpin yang menunaikan solat.

hujah lapok. orang dah berdebat sakan dah....

kalau anta malas nak baca, ana cadangkan anta suruh Tok Guru anta baca kitab-kitab yang dinyatakan;

Al-Imamah Al-Uzma.... As-Siyasah As-Syariyyah Ibnu Taimiyyah...

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

hujah lapok?

adakah dari saya atau anda?

saya membawakan hujah... lalu dituduh lapok...

itu je ke alasan anda? hanya setakat dua ayat berbunyi "HUJAH LAPOK"?

ha tu burhanukum inkuntum sodiqin...

Syaikh Al-Bakistani said...

sebab apa ana kata lapok, sebab semuanya ana ulas dah dalam blog ana... anta jer tak baca...

sila rujuk balik;

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/07/khalifah-islam-dan-khalifah-syaitan.html

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/01/komen-terhadap-artikel-sikap-terhadap.html

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

ALHAMDULILLAH ANA DAH BACA...

DI MANAKAH DALILNYA YG MEMINTA KITA MENJATUHKAN PEMIMPIN?

KENAPA TIDAK DI-IMBANGI DENGAN DALIL2 YANG MEMINTA KITA SUPAYA MENASIHATI PEMERINTAH DGN AS-SUNNAH?

“Barangsiapa taat kepada penguasaku maka dia telah taat kepadaku. Barangsiapa yang bermaksiat kepada penguasaku, maka dia telah bermaksiat kepadaku”. (Muttafaq ‘Alaihi. Dari jalur Abu Hurairah. Lihat: al-Muzakkir wat-Tazkir waz-Zikra. Hlm. 42-43. Ibnu Abu Asim)

Imam Bukhari telah mengkhususkan satu bab tentang hadis ini dalam pembahasan al-Ahkam dari kitab sahihnya, iaitu bab firman Allah yang bermaksuad: “Taatilah Allah dan Rasulnya serta Ulil Amri antara kamu”.

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah:

“Di dalam hadis ini disebutkan tentang wajibnya mentaati para pemimpin, tetapi ia terbatas dalam hal-hal yang bukan maksiat”. Dan lafaz dari Muslim:

“Kecuali apabila kamu melihat bahawa pemimpin itu telah kafir secara terang-terangan dengan bukti (kenyataan dalil) dari Allah”. (Sahih Muslim 3/1470)

Taatilah seruan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam sabda baginda:

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyeru kami (agar patuh dan taat), maka kami pun membaiatnya, dan baginda meminta dari kami adalah: Agar kami membaiatnya atas dasar mendengar dan taat dalam suka maupun duka, dalam keadaan susah ataupun senang dan dalam keadaan tidak kita sukai atau kita suka serta supaya kita tidak merampas kekuasaan dari ahlinya. Kemudian baginda bersabda: Kecuali kamu melihat kekafiran yang telah nyata oleh kamu dengan pembuktian dari Allah Ta’ala (dalil dari al-Quran yang membuktikan kekafirannya)”. (Syarah Muslim. Kitabul Imarah, bab Wujubu at-Taah al-Umara fi Ghairi Masiyah wa-Tahrimuha fi al-Masiyah. Oleh Imam Nawawi. H/R Muslim)

Para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah mewajibkan taat kepada para pemimpin Islam dan bersatu di bawah kepimpinan mereka selagi mereka tidak menyatakan (mengiklankan) secara terang-terangan kekafirannya di khalayak ramai. Atau selagi tidak ada pembuktian melalui ukuran (penilaian) dari al-Quran atau as-Sunnah yang membuktikan ia telah benar-benar kafir. Dalam hal ini telah berkata Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad asy-Syihhy:

“Sesungguhnya akidah kami sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap hukama (para pemimpin Islam negara) kami, bahawa kita tidak boleh keluar dari ketaatan kepada mereka, walaupun pada mereka terdapat kezaliman, kepalsuan (pembohongan) kefasikan dan tidak berlaku adil. Kami wajib taat selagi mereka tidak mengumumkan secara terang-terangan di khalayak ramai bahawa mereka tidak menghendaki dan tidak menyukai syariat Allah Ta’ala, kami wajib taat selagi mereka tidak kafir terhadap Allah dengan kekafiran yang dapat dibuktikannya dengan jelas melalui petunjuk dari Allah Ta’ala dan dalil dari kitab dan sunnah. Maka jika seandainya mereka berbuat demikian, bolehlah untuk keluar dari ketaatan terhadap mereka denga syarat yang kedua, iaitu kita memiliki kemampuan dan kekuasaan untuk menggulingkan mereka, tanpa mengakibatkan kerosakan yang lebih parah dari yang pertama. Kalau tidak demikian, kami Ahli Sunnah wal-Jamaah bekerjasama dengan pemimpin Islam dengan doa dan nasihat kepada mereka dengan cara hikmah, penuh bijaksana dan nasihat yang baik, tidak dengan revolusi dan pemberontakan”. (Hiwar Hadi Ma’ Ikhwani. Hlm. 30. Abi Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syihhy, Cetakan Pertama. 1415H-1995M)

Seterusnya beliau berkata:

“Dan kita taat kepada mereka dalam suka ataupun duka, kecuali dalam kemaksiatan, maka tidak ada ketaatan kepada mereka. Maka kami pun memberi peringatan kepada orang yang keluar dari ketaatan terhadap mereka dari kalangan kaum muslimin”. (Hiwar Hadi Ma’ Ikhwani. Hlm. 30. Abi Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syihhy, Cetakan Pertama. 1415H-1995M)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

sememang itu tindakan imam nawawi. tetapi iaitu menyatakan yg salah adalah salah, yg benar adalah benar. namun, adakah beliau menggugurkan ketaatan beliau terhadap pemerintah?

adakah beliau mengajak/menyeru kepada melakukan pemberontakan kpd pemerintah? beliu terus sahaja melakukan nasihat dgn sebaik mungkin, tanpa keluar dari jema'ah pemerintah. malah apabila beliau sendiri dibuang negeri, apakah beliau menubuhkan suatu bentuk kumpulan yang baru bagi menunjukkan tanda protes kpd pemerintahan masa itu?

Syaikh Al-Bakistani said...

hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi, sabda Nabi SAW;

أَيُّهَا الناس اتَّقُوا اللَّهَ وَإِنْ أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجَدَّعٌ فَاسْمَعُوا له وَأَطِيعُوا ما أَقَامَ لَكُمْ كِتَابَ اللَّهِ

Maksudnya;
“Wahai Manusia ! takutlah kamu kepada Allah, walaupun kamu dipimpin oleh Hamba Habsyi yang besar hidungnya, maka dengarlah dan taatlah kepadanya selama dia melaksanakan kitabullah"

mafhum mukhalafahnya, jika tidak melaksanakan Kitabullah, maka haram kita melakukan ketaatan kita kepadanya.

yang keduanya;

pemahaman syirik yang dilihat dari sudut uluhiyyah sahaja adalah fahaman sekular. disana ada syirik yang disebut sebagai syirik dari sudut rububiyyah Allah.

maka dengan demikian, semua ulama sepakat menjatuhkan pemimpin yang syirik. ini didasarkan kepada firman Allah surah an-nisa' : 41

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/08/anak-menjadi-murtad-sebab-bapa-buat.html

menghalalkan perkara yang telah Allah Haramkan dan mengharamkan perkara Allah halalkan adalah syirik.... boleh dengar ceramah tok guru yang mengulas tulisan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam tajuk syirik undang-undang. boleh didengar dari siri ceramah dalam blog ini juga, iaitu di ruangan "Fahamilah islam"

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

dalam hal ini, jika benar sekalipun, ulama tetap tidak membenarkan kita menjatuhkan pemimpin selagi mana kita tidak memiliki kekuatan.

malah andainya lebih byk mendatangkan mudharat dari mafsadah, maka... tidak harus kita berusaha menjatuhkan pemimpin..

tapi, teruskanlah mendidik rakyat malahan kpd pemimpin. Dan menjalankan mu'amalah dgn pemimpin dgn cara yg ma'ruf.