Sunday, September 16, 2007

GERAKAN FREEMASONARY DI AFGHANISTAN !!!

PENGENALAN RINGKAS GERAKAN FREEMASONARY

- kalimahnya : "Free & Mason" dari bahasa Inggeris yang memberi makna "jurubina bebas". dalam bahasa Arab, kalimah ini diterjemahkan sebagai "masuniyah".

- gerakan ini di asaskan pada tahun 43 masihi lagi. ada pendapat kata, ianya diasaskan pada tahun 37 masihi.

- ianya dicetuskan dari dua orang yahudi yang bernama AHERAM ABYOB dan MUAB LAVI (penasihat raja Herod's Akriba/Father)

- asal penubuhannya adalah menyekat pengaruh ajaran Al-Masih (nabi Isa AS) dan untuk menjaga keselamatan Yahudi.

- pun begitu, disebabkan tentangan Islam terhadap Yahudi lebih kuat menyebabkan mereka telah beralih pandangan untuk menyerang umat Islam diseluruh dunia. ianya bermula pada tahun 1717 masihi atas idea seorang anggota Freemasonary yang bernama ANDERSON.

- cara serangan mereka kepada Islam dengan menyebarluaskan fahaman Komunis dan sekular dikalangan umat Islam.

- antara asal penubuhan gerakan ini adalah untuk memberi ruang kepada orang yahudi yang ingin mengambil tanah Palestine dan membina Haikal Sulaiman dibawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.

- berusaha hendak menguasai pemerintahan Syria, iraq, Jordan, Mesir hingga menjangkau Madinah dan Makkah.

- bergerak dalam bidang Pendidikan, Politik, Budaya dan sosial.

- menubuhkan badan-badan kebajikan dan keamanan di seluruh dunia bagi mengaburi mata masyarakat terhadap gerakan mereka.

- menghalalkan riba dikalangan manusia.

SILA LIHAT KLIP VIDEO UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA !!!!

FREEMASONARY DAN SADDAM HUSSIN



FREEMASONARY DAN AFGHANISTAN

1 comment:

Imran Azmi said...

Wah, isu menarik.

Sebenarnya gerakan Freemasonry ini sudah lama diwujudkan. Menurut Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abd. Hadi Awang dalam bukunya, 'Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam, menyebut gerakan ini wujud sejak zaman Herodus I oleh beberapa pemerintah Yahudi tahun 44 masehi. Tujuannya adalah menyekat penyebaran ajaran Nabi Isa dan mengembalikan al-Quds ke tangan orang Yahudi. Keahlian mereka adalah terdiri daripada tokoh pemimpin berkuasa dan mempunyai pengaruh baik dari segi politik atau ekonomi. Kejayaan terbesar mereka adalah menjatuhkan kerajaan berkhalifah Turki Uthmaniah dan mewujudkan negara Israel melalui Perjanjian Sykes Picot 1916 dan Deklarasi Balfour 1917. Arthur James Balfour selaku Menteri Luar Britain adalah salah seorang ahli Freemasonry. Churchill, Perdana Menteri Britain ketika itu juga adalah ahli Freemasonry kelas kedua. Setakat ini kita boleh nampak gerakan mereka yang senyap dan merbahaya.

Harun Yahya pula berpendapat Freemason berasal daripada peristwa Perang Salib pada abad ke-12. Selepas tentera salib menguasai Jerusalem, mereka melakukan pelbagai kajian termasuk mencari gali sisa tinggalan Yahudi. Mereka menemui pelbagai artifak lama yang mendedahkan pelbagai pembohongan dan mengelirukan dalam agama lama mereka. Sedikit demi sedikit mereka mula menyeleweng daripada pegangan Kristian yang sebenar dan melalukan pelbagai upacara mistik. Selepas tentera Salahuddin al-Ayubi menguasai Jerusalem, mereka masih 'mencari' dan menubuhkan gerakan yang sama dilakukan oleh Kesateria Templar. Upacara mengangkat sumpah, ritual dan sebagainya masih sama sebagaimana dilakukan oleh Freemanson hari ini.

Freemasonry susah untuk dikenalpasti kerana 'kesenyapan' mereka. Mereka bergerak menggunakan pelbagai nama pertubuhan atas nama kebajikan dan kemasyarakatan. Antara pertubuhan yang bernaung di bawah Freemasory adalah Lions Club. Kalau dilihat lambang, badge, kumpulan sasar, martabat ahli dan misi kita boleh lihat ia seakan sama dengan lambang Freemasonry. Namun pertubuhan menafikan penglibatan mereka dengan Freemasonry, sama seperti pertubuhan Freemasonry yang bergerak secara sah di beberapa negara termasuk Malaysia.

Walau apapun dakwaan mereka, paling penting adalah kita mantapkan akidah kita dan saudara kita. Sebenarnya bukan Freemason saja yang menjadi dalang pergolakan dunia. Ia disokong oleh masyarakat yang berfahaman sekularisme, hedonisme, pluralisme, komunisme, nasionalisme dan macam-macam .. me la. Jadi jalan selamat adalah kembali kepada akidah yang sebenar dan menyebarkan dakwah ini kepada semua muslim.

Wallahu a'lam