Friday, September 07, 2007

PELEPAH TAMAR DAN BACA AL-QURAN : IMAM AL-QURTUBI KATA ADA KAITAN

PELEPAH TAMAR DAN BACA AL-QURAN : IMAM AL-QURTUBI KATA ADA KAITAN

Seorang sahabat menghantar e mail untuk merujuk satu tulisan yang termaktub dalam salah satu laman web yang terkenal juga, iaitu lamanweb al-ahkam. Disana terdapat satu tulisan yang bertajuk, “TIADA KAITAN ANTARA HADIS PELEPAH TAMAR DAN KONSEP MENGHADIAHKAN PAHALA KEPADA SI MATI” tulisan seorang ilmuan Islam yang bernama Muhammad Hanief Awang Yahya.

Padaku, tulisan tersebut menggambarkan sikap “berkeras” dalam perkara khilafiyyah, sedangkan perkara ini telah diulas oleh sebilangan ulama-ulama yang lebih mu’tabar dari sebilangan mereka yang didakwa sebagai ulama hatta mufti atau maulana sekalipun.

Walaubagaimanapun, pada pendirianku, aku tidak akan mengatakan pandangan al-fadhil al-ustaz itu salah, bahkan tetap mengakui kebenarannya, tetapi yang ingin aku tekankan adalah, perbincangan ini masih lagi dibawah perkara khilafiyyah.

Jika al-fadhil al-ustaz menyatakan tiada hubungan antara hadis pelepah tamar dan konsep baca al-quran untuk si mati, maka disini aku akan mengemukakan ulasan oleh seorang ulama yang dii’tiraf kealimannya oleh ulama seluruh dunia, iaitu Al-Imam Al-Qurtubi yang pandangannya agak bercanggah dengan pandangan al-fadhil al-ustaz.

HADIS PELEPAH TAMAR

Ulama berkhilaf berkenaan dengan tindakan Nabi SAW yang memacak pelepah tamar yang masih basah pada kubur. Ada ulama menyatakan, ianya adalah khususiyyat Rasulullah SAW. sebilangan ulama yang lain pula menyatakan, ianya adalah perbuatan Rasulullah SAW yang merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas dari itu[1].

Antara ulama yang menyatakan tindakan Nabi SAW itu merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas nabi adalah Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran” atau dikenali sebagai “Tafsir Al-Qurtubi”. Pengakuan Imam Al-Qurtubi tersebut bukan sekadar menyatakan bahawa perbuatan itu boleh diamalkan bahkan beliau menyatakan juga;

اذا خفف عنهم بالأشجار فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآن

Maksudnya;
“Apabila di ringankan (azab) daripada mereka dengan pokok-pokok, maka bagaimana dengan bacaan Al-Quran dari lelaki yang mukmin?[2]

SEMUA BENDA BERTASBIH?

Firman Allah;

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya;
“langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun”

(Surah Al-Isra’ : 44)

Golongan yang menyatakan pelepah tamar yang basah itu tidak dapat mengurangkan azab si mati adalah bersebab dengan khususiyyat Rasulullah SAW menyatakan bahawa, firman Allah ini adalah pembuktian bahawa, tidak semestinya dengan pacak pelepah tamar sahaja, bahkan memadai dengan tanah dan pasir-pasir untuk bertasbih.

Adapun mengikut pandangan Al-Qurtubi, benda yang bertasbih adalah benda yang “jenis hidup” dan “jenis berkembang”. Adapun benda yang berbentuk “jamad” atau "benda yang mati atau keras”, maka ianya tidak bertasbih.

Oleh itu, Al-Qurtubi menyatakan bahawa, dengan hadis pelepah tamar dengan kata Nabi SAW;

لَعَلَّهُ يُخَفِّف عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

Maksudnya;
“Mudah-mudahan diringankan dari kedua-duanya selama ianya belum kering”

dari hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyatakan, hadis ini merupakan isyarat, selama ianya basah, maka ia akan bertasbih, dan sekiranya ia sudah kering, maka jadilah dia sebagai “jamad” (tidak bertasbih)[3]

PENUTUP

Perdebatan dikalangan ulama dalam menyatakan hukum adalah perkara lumrah dalam pengajian Fiqh. Kekhilafan bukanlah sebagai modal bagi kita untuk kita berpecah atau kita melupakan tugasan kita yang paling utama.

Begitulah halnya berlaku dalam perkara khilafiyyah dalam “mengistidlalkan” hukum pacak pelepah tamar ini. Mungkin ada dakwaan menyatakan, kaedah qiyas yang digunakan oleh Imam Al-Qurtubi adalah salah, yang ianya dikira sebagai qiyas ma’a Al-Fariq.

Padaku, tuduhan yang menyatakan ianya adalah qiyas ma’a Al-Fariq adalah tuduhan yang tidak tepat. Ini kerana, maksud Al-Qiyas ma’a Al-Fariq adalah illah antara Asl dan Furu’ tidak mempunyai kesamaan atau wujudnya percanggahan antara illah asl dan illat furu’.

Tetapi dalam hal bacaan Al-Quran muslim dan tasbih pelepah tamar, illatnya bukannya bercanggah, tetapi ianya sekadar menyatakan kelebihan bacaan Al-Quran dari mukmin berbanding tasbih pelepah tamar. Maka dengan itu, ianya tidak dipanggil sebagai Qiyas ma’a Al-Fariq, tetapi ianya disebut sebagai qiyas al-aula atau qiyas jali.

Begitujuga, tuduhan yang menyamakan antara amalan ini dengan amalan kristian merupakan tuduhan ghulu yang seakan-akan mengkategorikan Imam Al-Qurtubi sebagai orang yang mencetuskan pemikiran separa kristian ini.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan disisi Allah, disamping tidak melalaikan tugasan untuk mendaulatkan Islam di muka bumi Allah ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Taisir Al-‘Allam Syarh Umdah Al-Ahkam : 1/27.
[2] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : 10/267.
[3] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : 10/267.

9 comments:

pejuang kebenaran said...

Persolan khilafiyyah terus di warkan2 seolah-olah bodohnya imam 4 mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi.Saya katakan kepada Anda.Anda boleh teruskan pembohongan dan ingatlah Anda bertanggungjawab di akhirat kelak.Sekali lagi entah ke berapa kali saya mencabar buatkan satu buku mana-mana 4 mazhab yang mengatakan 'Bolehnya tahlilan sebagaimana dilakukan oleh rakyat malaysia.Satu buku yang mempunyai rujukan yang baik bukan sekadar sehelaian kertas dan merasa bangga mewar2kan bahawa ini masalah khilafiyyah, kerana di malaysia kita berpegang kepada mazhab baru iaitu mazhab malaysia boleh.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

nampaknya anda terus berkeras mengatakan ianya sampai.

anda menyatakan yg ianya sampai adalah dgn qiyas.

Kenapa tidak nabi sahaja yg melakukan zikir itu. bukankah nabi lebih mulia. maka tentu lebih sampai akan zikirnya?

Kenapa tidak juga para sahabat?

Syaikh Al-Bakistani said...

a.segala tulisan ana, ana bertanggungjawab.

b. masakan ana menipu, sedangkan hujjah ana ada nas dan kaedah usul fiqh dan kaedah fiqhiyyah.

c.tulisan ini bukan untuk berbangga, tetapi sekadar penjelasan atas kekepala batunya sebilangan pihak atas membidaahkan sesuatu amalan.

d. masalah qias dalam melakukan ibadat. cadangan kepada Ibnu Subandi, jangan dok belajar Al-Quran dan As-Sunnah sahaja, kena belajar alat untuk faham Al-Quran dan As-Sunnah juga, iaitu Ilmu Usul Fiqh.. tak cukup ngaji Usul Fiqh dengan ngaji kitab Al-Wajiz, tetapi kena ngaji kitab "Al-Mahsul", "baidhawi" dll.

e. yang dok qias tu bukan ana, tetapi Imam Al-Qurtubi. ana tak nampak ustaz Rasul Dahri tu lagi alim dari Imam Al-Qurtubi....

f. tuduhan ustaz Haneaf bahawa, qiyasan baca Al-Quran manusia dengan pelepah tamar adalah qiyas maa al-fariq adalah satu penipuan dan kejahilan, bahkan ianya bukan qiyas maa al-fariq tetapi Qiyas Aula.. kaedah ni dii'tiraf seluruh ulama Mazhab....

sekian

Maaf

Syaikh Al-Bakistani said...

satu lagi lupa...

apabila berbincang perkara khilafiyyah, ianya tidak dibataskan kepada 4 mazhab sahaja, bahkan ianya melebihi itu...

nak faham lagi, baca kitab Fiqh Al-Ikhtilaf, karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

al-Qaradhawi membenarkan kenduri arwah ke?

anda mengambil pendapat terkuat atau sengaja mencari-cari pendapat yang lemah... asalkan (janji) pendapat ulama... kita boleh ambil, macam tu ke kirenya?

jangan jadi astora jabat sudahler...

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

tuduhan ustaz Haneaf bahawa, qiyasan baca Al-Quran manusia dengan pelepah tamar adalah qiyas maa al-fariq adalah satu penipuan dan kejahilan, bahkan ianya bukan qiyas maa al-fariq tetapi Qiyas Aula.. kaedah ni dii'tiraf seluruh ulama Mazhab....

------------------

imam mazhab yg mana? enta sudah berbohong atas nama "ulama seluruh mazhab"

memang ada kaedah ini. namun dalam hal pelepah tamar ini... adakah ia dipegang seluruh ulama mazhab sepertimana yg enta pegang?

benarkah ianya merupakan khilaf?

siapakah ulama yang menyatakan hal kirim pahala itu sebagai sampai berdasarkan pelepah tamar itu?

sila bawakan hujahnya?

ana sedia maklum, dalam qaul syafi'e ada jadid dan qadim dalam hal ini.

Syaikh Al-Bakistani said...

a.kalau anta baca tulisan ana, ana sendiri lebih bersetuju tidak diamalkan kenduri arwah ini, tetapi ana tetap mengambil sikap hormat pandangan ulama yang menyatakan boleh.

b. qardhawi mengulas berkenaan perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya khilafiyyah. tidak timbul, adakah qaradhawi menerima pandangan yang menyatakan kebenaran mengamalkannya.bahkan, kalau qaradhawi tarjih pandangan ulama yang mengatakan tidak boleh buat tahlil, itu pandangan yang dihormati, no problem, tapi kita tahu, yang Alimnya bukan Qaradhawi jer, ulama lain pun alim juga. lagipun, Rasul Dahri pun kritik Qaradhawi sebab Qaradhawi Ikhwan muslimin. tapi antara Qaradhawi ngan Rasul Dahri itu, alim Qaradhawi lagilah, mungkin kadar Alimnya qaradhawi dengan Rasul Dahri tu 90% barangkali :)

c.walaupun sesuatu pandangan ulama itu lemah, tidak semestinya pandangan itu batil. selagimana ianya ada dalam batasan Ijtihad, maka pandangan itu boleh di hormati dan haram dibatalkan.

kaedah fiqh menyatakan;
Sesuatu ijtihad tidak boleh di batalkan dengan Ijtihad yang lain.

d. pelepah tamar : Imam Al-Qurtubi yang menyatakan boleh....ana bagi dan sumber rujukkan. cari kitab kemudian baca...

e. jangan taasub.... gi belajar lagi sebelum nak kritik ulama-ulama hebat........

f. jangan dok ngaji Rasul Dahri jer, ngan ulama lain pun kena ngaji juga, kemudian banding, siapa yang tepat, sapa yang tak reti.

sekian

pejuang kebenaran said...

Kebanggaan apakah yang boleh kita nilaikan kalau keempat-empat mazhab dikatakan bodoh tentang masalah tahlilan sebagaimana dilakuka oleh rakyat malaysia.Malah Dr yusof al qardawi diangkat melebihi 4 mazhab.Saya katakan kepada ANDA ,Anda boleh terus war2kan anda lebih pandai dari 4 mazhab maka perlu ditinggalkan persoalan Tahlilan kerana ia masalah khilafiyyah berdasarkan pendapat mazhab al bakistani.Saya cabar sekali lagi kepada ANDA jgn sekadar selesai kertas anda campak sejumlah besar karangan 4 mazhab tentang persoalan ini.

Syaikh Al-Bakistani said...

ana menghormati pandangan ulama-ulama mazhab, maka sebab itulah ana akan meraikan pandangan mana-mana ulama. ana tidak akan memperlekehkan pandangan ulama yang tidak sehaluan dengan pandangan ana, tidak seperti sesetengah pihak tertentu.

anta tak payah cabar ana tulis buku, yang perlu anta buat adalah, anta tulis satu kritikan sihat atas tulisan ana. itupun sudah dikira sihat mengikut keilmuan islam.....

ana dah sebut dalam tulisan ana, tulisan ana bukan sesuatu yang qatii atau putus, tetapi tertakluk kepada kritikan... sapa nak kritik, silakan, tapi kritikan yang sihat....

silakan mengkritik dengan hujjah...