Friday, May 11, 2007

ANTARA ISLAM DAN “KEPARTIAN”

ANTARA ISLAM DAN “KEPARTIAN”

Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT. Selain Islam, semuanya tidak diterima.

Firman Allah;

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Maksudnya;
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”

(Surah Al-‘Imran : 19)

Firman Allah lagi;

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya;
“dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”.

(Surah Al-‘Imran : 85)

Islam tidak difahami dari melihat kepada pengiktrafan pada diri individu tertentu yang mendakwa mereka sebagai Islam, tetapi pengiktirafan islam itu mestilah dari pemahaman Islam yang sebenar, samada dari sudut perkataan, aqidah, amalan dan seluruhnya.

Seseorang yang mendakwa dirinya sebagai Islam, tetapi dia sendiri belum pernah mengakui kebenaran Islam dan ketinggian islam, maka orang tersebut tidak boleh diisytihar sebagai Islam, walaupun dia mendakwa beragama Islam. Maka dengan demikian, tidak hairan satu pengistilahan yang dikemukakan oleh Allah dengan nama “munafiq”; yang mana munafiq adalah manusia yang mendakwa Islam, tetapi keislaman mereka telah dinafikan oleh Allah.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
“Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman”

(Surah Al-Baqarah : 8)

Tindakan mereka yang mendakwa Islam tetapi amalan dan tindak tanduk mereka yang tidak berasaskan kepada Islam, maka mereka itu hakikatnya adalah kelompok manusia yang mahu menghancurkan Islam.

ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMERINTAH

Seorang ulama yang bernama Ali Abdul Raziq pernah menulis sebuah buku yang bertajuk “ Al-Islam wa usul Al-Hukm”; yang mana dalam tulisan tersebut menyatakan bahawa pemerintahan itu tidak wujud didalam agama Islam. Berbagai-bagai ulasan dan putar belit sirah Rasulullah SAW yang dilakukan oleh beliau dalam buku tersebut.

Beliau juga menyatakan didalam tulisannya bahawa Islam adalah agama dakwah sahaja, tidak termasuk didalam Islam berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran berdasarkan agama, dan Muhammad SAW merupakan Rasul yang ditugaskan untuk berdakwah kepada urusan agama yang tidak dicampuri dengan pemerintahan dan pertadbiran[1]. Seterusnya dia mendakwa lagi bahawa agama Islam ini bebas dari pemerintahan dan pemerintahan tidak berkaitan langsung dengan urusan agama ini[2].

Tindakan tersebut telah mendapat tentangan hebat dari sebilangan besar dari ulama-ulama azhar ketika itu, sehinggakan pihak Universiti Azhar sendiri telah mengambil tindakan terhadap beliau dengan memecat beliau dari Al-Azhar dan mengharamkan memegang sebarang jawatan di azhar dan mengajar di semua peringkat pengajian[3].

Akhirnya, pada tahun 1925, akhbar leverpool Post telah menunjukkan bahawa kewujudan fikrah dari Ali Abdul Raziq tersebut merupakan satu perancangan yang dilakukan oleh pihak British untuk merosakan dan mengelirukan pemahaman umat Islam kepada pemerintahan islam[4].

Pun begitu, ramai ulama-ulama yang terkenal telah mengarang kitab sebagai menjawab tulisan Ali Abdul Raziq tersebut, antaranya adalah Al-Marhum Syaikh Al-Azhar Muhammad Al-Hidzer Hussin, begitujuga As-Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang telah menolak tulisan Khalid Muhammad Khalid yang menyokong tulisan Ali Abdul Raziq[5].

Tindakan yang dilakukan Ali Abdul Raziq tersebut; dengan menafikan kewujudan pemerintahan islam tersebut adalah bercanggah dengan firman Allah;

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat”

(Surah An-Nisa’ : 105)

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa, perlaksanaan hukum Allah merupakan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seluruh manusia. Perlaksanaan tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan “teori akademi” dan “teori fatwa” semata-mata, tanpa disertai dengan usaha untuk mendapat kuasa pemerintahan.

Antara tugas pemerintahan islam adalah untuk melaksanakan al-amru bi al-ma’ruf dan an-nahyu ‘an al-mungkar, seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksudnya;
“Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan”

(Surah At-Taubah : 71)

Imam Ibnu Taimiyyah pernah menyatakan;

لأن الله أوجب الأمر بالمعروف و النهى عن المنكر , ولا يتم ذلك إلا بقوة و إمارة

Maksudnya;
“kerana Sesungguhnya Allah mewajibkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar, dan semua itu tidak akan sempurna melainkan dengan kekuatan dan pemerintahan[6]

PEMERINTAHAN TAGHUT

Disamping Allah menegaskan tentang kewajipan perlaksanaan undang-undang islam, Allah juga menjelaskan kepada kita tentang pemerintahan yang dinamakan sebagai pemerintahan Taghut.

Firman Allah;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آَمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya;
“tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.

(Surah An-Nisa’ : 60)

Firman Allah ini menjelaskan kepada kita bahawa tiada ruang untuk menggabungkan antara pemerintahan Islam dengan pemerintahan taghut. Begituga, Allah menyatakan bahawa manusia itu dilarang berhukum dengan hukuman taghut.

Definisi taghut menurut As-Syaikh Muhammad bin Ibrahim dalam kitabnya yang bertajuk “Tahkim Al-Qawanin” adalah seperti berikut;

فكل من حكم بغير ما جاء به النبى (ص) او حاكم إلى غير ما جاء به النبى (ص) فقد حكم بالطاغوت

Maksudnya;
“Setiap mereka yang berhukum dengan yang lain dari apa yang didatangkan Nabi SAW, atau berhukum kepada hukum yang lain dari yang didatangkan Nabi SAW, maka sesungguhnya dia telah berhukum dengan taghut[7]

Maka dengan demikian, Allah sendiri mencela kepada golongan manusia yang tidak berhukum dengan hukum Allah ini dengan pelbagai celaan dan panggilan. Allah memanggil mereka dengan panggilan kafir, fasiq dan zalim, iaitu didalam firman Allah dalam surah al-maidah ayat 44, 45 dan 47.

Firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya;
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”

(Surah Al-Maidah : 44)

Juga firman Allah lagi;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 45)

Juga firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”

(Surah Al-Maidah : 47)

Daripada ketiga-tiga ayat ini, iaitu surah al-maidah ayat 44, 45 dan 47 ini, Profesor Mahmud Saedon menyatakan;

“ayat-ayat ini menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan syariat Islam akan tergolong dalam salah satu daripada kumpulan yang ditegaskan oleh Allah iaitu; Kafir, jika keengganan untuk melaksanakan hukum Allah, ini kerana, keingkaran dan tidak beriman terhadap kebenaran undang-undang islam. Jika hanya menyeleweng daripada hukum atau undang-undang Islam tetapi tidak mengingkari atau mendustakannya maka mereka akan tergolong dalam golongan fasiq dan zalim. Oleh yang demikian, patuh kepada Islam dan syariahnya merupakan tuntutan agama”[8].

PEMERINTAHAN ISLAM TELAH DINAFIKAN HAKNYA

Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah Negara Islam pertama, iaitu Negara Islam madinah. Kejayaan Baginda SAW membina Negara Madinah tersebut bukanlah hasil usaha baginda sendirian sahaja, bahkan disana terdapat satu jemaah yang terdiri daripada beberapa orang sahabat-sahabat baginda yang bersama-sama baginda berusaha kearah pembentukan Negara Islam tersebut.

Didalam pembentukan Negara Islam tersebut, membuktikan bahawa Islam yang merupakan agama yang diredhai oleh Allah tersebut, bukan sekadar menjadi agama yang membincangkan perkara ibadat-ibadat khususi sahaja, bahkan Islam sudah menjadi satu agama yang memerintah.

Pemerintahan Islam yang berasaskan sistem khalifah telah melaksanakan tuntutan Islam tersebut sehinggakan pelbagai tindakan musuh Islam lakukan bagi menghancurkan pemerintahan Islam tersebut.

1924 merupakan sejarah yang tercatit didalam buku-buku dan kitab-kitab tarikh menyatakan bahawa di tarikh tersebutlah, kepimpinan islam telah berjaya dijatuhkan dengan pemikiran yang tidak berasaskan kepada Islam, iaitu fikrah secular.

Dengan kejatuhan tersebut, umat Islam seluruh dunia hidup dalam keadaan terumbang ambing, disamping kehinaan demi kehinaan datang menimpa yang menyebabkan ulama-ulama Islam terpaksa memikirkan “kaedah dan mekanisma baru” bagi menghadapi kehinaan sedemikian rupa.

Dengan keadaan sedemikian, lahirlah ulama-ulama yang kehadapan dalam menghadapi kelemahan ini seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (1906-1949[9]) yang berjaya menubuhkan sebuah gerakan islam yang terkenal di seluruh dunia, iaitu “Al-Ikhwan Al-Muslimun” pada tahun 1928; yang ditubuhkan di suatu daerah di Negara Mesir yang bernama “Ismailiyyah”; yang ketika itu, Imam Hassan Al-Banna baru sahaja berumur 21 tahun[10].

Begitujuga, lahirnya seorang tokoh didalam gerakan islam “Al-Ikhwan Al-Muslimun” yang terkenal juga; bernama As-Syaikh Said Hawa (1935-1989[11]), sebagai penerus perjuangan Al-Ikhwan Al-Muslimun yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau mempunyai keluasan ilmu dan pengalaman yang semuanya itu boleh diketahui melalui banyak tulisan-tulisan beliau.

Imam Mujahidin Al-Afghanistan As-Syahid Dr Abdullah bin Yusuf Mustafa Azzam atau lebih dikenali dengan nama As-Syahid Dr Abdullah Azzam (1941 – 1989[12]) merupakan salah satu tokoh pejuang Islam yang tidak kurang juga dikenali kehebatannya; beliau telah meninggalkan kehidupannya yang mewah di bumi Jordan dan Pakistan semata-mata mahu mentarbiyyah pemuda-pemuda Islam di lereng-lereng bukit di Afghanistan bagi meneruskan usaha untuk mengembalikan kegemilangan islam ketempatnya yang asal.

Dan banyak lagi tokoh-tokoh pejuang Islam yang lahir setelah kejatuhan kerajaan Osmaniyyah tersebut, yang ini membuktikan kebenaran hadis Nabi SAW yang bersabda;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“sentiasa ada dikalangan umatku satu golongan yang terang-terangan berperang di atas kebenaran hingga hari kiamat[13]

TERTUBUHNYA PARTI ISLAM DI MALAYSIA

Tidak ketinggalan juga dalam melawan gerakan syirik secular ini terdiri dari pejuang-pejuang yang berasal dari tanah melayu. Maka dengan itu lahirlah sebuah jemaah Islam yang bernama “Hizbul Muslimin” yang telah diharamkan oleh British pada tahun 1948, yang kemudiannya diusahakan oleh sebilangan ulama-ulama dari “hizbul muslimin” itu untuk mengembalikan pergerakannya sehinggalah lahirnya PAS pada bulan ogos 1951 dengan nama “persatuan Islam se-Malaya”, yang kemudiannya ditukarkan namanya kepada Parti islam Se-Malaysia pada bulan November 1951[14] dan didaftarkan secara rasminya pada tarikh tersebut[15].

Memandangkan musuh islam di Negara ini adalah “anak-anak buah” British yang sedang memerintah, maka pihak PAS terpaksa menggunakan kaedah atau mekanisma dalam menghapuskan fahaman syirik secular yang merupakan mungkar dengan pelbagai tindakan.

Maka dengan demikian, PAS melihat musuh-musuh Islam tersebut menggunakan medan “kepartian”, maka PAS telah didaftarkan sebagai sebuah parti islam bagi melawan fahaman secular ini.

Tindakan PAS menggunakan sistem kepartian adalah tidak menyalahi syarak. Ini kerana, Allah menyatakan didalam firmannya.

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“oleh itu sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Begitujuga, berdasarkan kepada kata-kata qadi Iyad sebagai mensyarahkan maksud hadis Nabi SAW; daripada Abu Said yang berkata;

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda; barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya, dan demikian merupakan selemah-lemah Iman[16]

Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan[17]

Dari kata-kata Qadi Iyad ini menjadi bukti atas tindakan PAS yang berusaha hendak menghapus maksiat syirik yang berlaku dikalangan umat Islam. Kadar kemampuan yang maksima; mampu PAS berikan adalah dengan menyertai Pilihanraya dengan mewujudkan “parti” bagi mendapatkan kuasa memerintah yang memungkin kepada PAS untuk menghapuskan segala maksiat-maksiat dikalangan manusia di Negara ini, daripada sekecil-kecil maksiat sehinggakan sebesar-besarnya.

Tindakan tersebut telah terbukti hasilnya dikala PAS memerintah Kelantan dan Terengganu yang bukan sekadar berjaya menerapkan kefahaman kepada rakyat tentang kesesatan secular, bahkan berjaya mengharamkan Judi, arak, penindasan kepada rakyat dan sebagainya.

PENUTUP

Dari ulasan ini difahami bahawa, Islam merupakan satu agama yang wajib memerintah. Pemerintahan Islam di tanah melayu tidak mampu dilaksanakan melainkan dengan melibatkan diri dengan pilihanraya yang memestikan kewujudan parti-parti.

Justeru, Parti islam se-Malaysia (PAS) di tubuhkan bagi memenuhi syarat untuk melawan musuh islam ini. Disamping ianya merupakan wadah untuk melaksanakan undang-undang islam di Negara ini. Kejayaannya telah terbukti di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dari dahulu sehingga sekarang.

Maka dengan demikian, berusaha menghancurkan PAS (dalaman atau luaran) bermakna berusaha kearah untuk menghancurkan perjuangan melawan kemungkaran yang berleluasa di Negara ini, samada mungkar tersebut dari sudut aqidah, syariah dan agama itu sendiri.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com



[1] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 70.
[2] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 71.
[3] Sistem Pemerintahan Negara Islam : m/s 20.
[4] Sistem Pemerintahan Negara Islam : m/s 22.
[5] Sistem Pemerintahan Negara Islam : m/s 22 dan Al-Imamah Al-‘Uzma : m/s 72.
[6] Al-Imamah Al-‘Uzma : m/s 59.
[7] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 101-102.
[8] Al-Ahkam (jilid 5) penghakiman dan kepeguaman : m/s 3.
[9] 30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : m/s 506.
[10] 30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : m/s 509.
[11] Jihad dalam Politik & persoalan Negara Islam mengikut Pandangan Sa’id Hawa : m/s 16-39
[12] Abdullah Azzam : merintis khilafah yang hilang : m/s 1-8.
[13] Sahih Muslim : 1/137 : hadis no : 156.
[14] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 13
[15] Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) : bab pertama fasal 1: m/s 1
[16] Sahih Muslim : 1/167 : hadis no : 70.
[17] Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 1/131

No comments: