SERANGAN NABAWI TERHADAP SEKATAN MEDIA
Berdakwah merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh setiap mereka yang telah menyebut syahadah. Dakwah adalah dengan mengajak manusia kepada islam dan pengamalannya, samada dari sudut aqidah, syariat dan seluruhnya.
Dalam melakukan dakwah memerlukan kepada beberapa tindakan sebagai penyempurna kepada rukun-rukun dakwah itu sendiri. pelancaran dakwah tanpa mengikut rukun-rukunnya, samalah seperti menunaikan solat tanpa menunaikan rukun-rukun solat, yang solat tersebut akan berakhiri dengan kebatalan yang mewajibkan “I’adah” atau “qada’”.
APAKAH RUKUN-RUKUN DAKWAH
As-Syaikh Daud bin Abdillah Al-Fatani didalam kitab karangannya yang bertajuk “maniyyah al-musalli” menyatakan bahawa, rukun diumpamakan seperti kepala bagi jasad[1], yang mana, ketiadaan kepala mengakibatkan jasad tidak bernyawa.
Jika dalam kitab “maniyyah Al-Musalli” tersebut, focus perbincangannya berkaitan dengan solat, tetapi dalam rukun dakwah, ianya mempunyai keadaan yang sama.
Jika diperhatikan dalam tulisan-tulisan yang membicarakan berkenaan dakwah, pelbagai ulasan yang akan ditemui. Antara tulisan yang banyak menjadi sumber rujukan untuk memahami dakwah ini adalah tulisan Dr Abdul Karim Zaidan didalam tulisannya yang bertajuk “Usul Ad-Dakwah”.
Jika membaca buku “Usul ad-Dakwah” kita adakan dapati bahawa Dr Abdul karim Zaidan telah mendatang beberapa rukun-rukun dalam berdakwah, ianya adalah seperti berikut;
a. Pendakwah
b. Sasaran Dakwah
c. Metode dakwah
d. Uslub ad-dakwah[2].
Perbincangan dalam tulisan ini tidak melibatkan kepada semua rukun, tetapi sekadar mengulas berkenaan uslub ad-dakwah sahaja.
HUBUNGAN MEDIA DENGAN USLUB AD-DAKWAH
Dakwah bermaksud mengajak manusia kepada Allah. ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Maksudnya;
“125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk”
(Surah An-Nahl : 125)
Firman Allah ini menjelaskan kepada kita bahawa didalam usaha hendak mengajak manusia kepada Allah memerlukan kepada cara dan kaedah yang tepat bagi menghasilkan dakwah yang berjaya.
Imam Ibnu Kathir ada menukilkan kata Ibnu Jarir dalam menafsirkan maksud “peringatan yang baik” dalam ayat ini. Imam Ibnu Jarir menyatakan, yang dimaksudkan dengan “peringatan yang baik” adalah mengajak manusia bersesuaian dengan keadaan dan reality manusia (sasaran dakwah)[3].
Maka dengan demikian, jika diperhatikan kepada keadaan peralatan moden yang ada kini, uslub dakwah yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan saluran media, samada berbentuk TV, Internet dan sebagainya.
MEDIA MERUPAKAN ALAT UTAMA DAKWAH
Peringatan Allah perlu sampai kepada setiap manusia. Peringatan tersebut tidak akan dapat sampai kepada manusia sekiranya media tidak berfungsi untuk dakwah.
Jika dilihat kepada keadaan masyarakat Malaysia pada hari ini, didapati bahawa, rata-ratanya berfikiran hiburan yang berbentuk melalaikan. AF 1,2,3,4 dan 5 menjadi tarikan hiburan yang diminati dikalangan budak-budak muda yang tidak ketinggalan juga dikalangan “budak-budak tua”.

Akhirnya, “kempen membaca” yang dianjurkan oleh pihak kerajaan yang memakan belanja berjuta-juta ringgit tidak menghasilkan satu natijah yang baik, bahkan meninggalkan kehampaan dan kelesuan. Apabila di selidiki, didapati bahawa Media yang merupakan “peranan utama” tidak digunakan sepenuhnya untuk “kempen membaca” tersebut, tetapi lebih digunakan kepada program-program yang melalaikan.
Hari ini, jika ditanya kepada kebanyakan remaja berkenaan cita-cita mereka dalam kehidupan ini, ada sebilangan mereka yang sanggup menyatakan bahawa mereka mahu menjadi seperti Mawi dan juara-juara AF lain, sedangkan menjadi juara AF tidak perlu kepada pengajian ke peringkat yang tinggi, tetapi disebabkan kuasa media telah menguasai pemikiran masyarakat, walaupun mereka berkelulusan sehingga ke Tahap PHD pun sanggup menyatakan demikian.
Ini menggambarkan bahawa, media merupakan kuasa yang dapat mempengaruhi pemikiran manusia, yang dengannya dapat menentukan hala tuju kemajuan sesuatu masyarakat, bangsa dan Negara.
Justeru itulah, Islam sebagai satu agama yang syumul turut menekankan kuasa media untuk dalam menyampaikan risalah Allah ini.
PUNCA PEPERANGAN MU’TAH ADALAH MEDIA
Membaca sirah Rasulullah SAW, didapati bahawa berlakunya peperangan mu’tah pada bulan Jamadil Awal tahun ke – 8 hijrah, bersamaan bulan ogos atau September tahun 629 Masihi adalah berpunca dari pembunuhan “media” atau utusan Rasulullah SAW yang bernama Al-Harith bin ‘Umair Al-Azdi yang membawa surat Rasulullah SAW kepada pemerintah Busro yang menjadi wakil kerajaan Rom timur[4].
Al-Harith bin ‘Umair Al-Azdi tersebut telah dibunuh oleh seorang yang bernama Syurahbil bin Amr Al-Ghasani ketika beliau dalam perjalanan ke Rom Timur ketika itu[5].
Mengetahui pembunuhan “media” Rasulullah SAW tersebut, Rasulullah SAW telah menyiapkan seramai 3000 orang pejuang dan memilih tiga orang sahabat untuk memimpin pasukan tersebut, iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah[6].
Sebelum tentera Islam bertolak, nabi SAW ada berpesan kepada pasukan perang mu’tah agar tidak membunuh sebelum mengajak musuh kepada Islam terlebih dahulu. jika musuh masih lagi berkeras tidak mahu memeluk islam, maka ketika itu dibenarkan menyerangi mereka disamping memohon bantuan daripada Allah SWT[7].
PENUTUP
Dari perbincangan ini didapati bahawa, betapa besarnya peranan media dalam menyampaikan dakwah islamiyyah kepada manusia. Kepentingan itu sehingga islam mempunyai sejarah tersendiri dalam menyerang golongan yang telah menyekat kekuasaan media.
Maka dengan itu, jika diperhatikan kepada sikap kerajaan UMNO/BN, didapati bahawa mereka telah menggunakan kuasa yang mereka ada dengan menyekat media dari digunakan untuk disampaikan didalamnya berkenaan isu-isu yang berkaitan Islam.
Apa yang lebih menyedihkan, wartawan yang sepatutnya menjadi golongan yang amanah dalam menyampaikan berita sudah menjadi “barua” kepada pemerintah dengan menyembunyikan banyak fakta-fakta penyelewengan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN, bukan sekadar itu sahaja, mereka sendiri menjadi penyebar fitnah terhadap tindakan pihak pembangkang, yang fitnah tersebut dipelopori oleh pihak kerajaan yang memerintah
Maka hayatilah kepentingan media ini mengikut kacamata islam, mudah-mudahan dakwah islamiyyah untuk mendaulatkan islam dapat dicapai
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/
e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com
[1] Maniyyah al-musalli : m/s 4.
[2] Sila baca buku “Uslub Ad-Dakwah” (terjemahan) pada halaman 110, 118, 169 dan 225.
[3] Tafsir Ibni Kathir : 2/592.
[4] Fiqh Al-harakah dari Sirah Nabawiyyah : 3/17-18.
[5] 10 Pahlawan penyebar islam : m/s 12.
[6] 10 Pahlawan penyebar islam : m/s 12.
[7] Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah : 3/18.

2 comments:
Aduhai Tuan, cetek sangatlah cara pandang seumpama ini. Tidak nampak macam "baca buku", lebih Fantasia tuan ini kelihatannya!
Menulis, bercakap macam orang tidak pernah sekolah! Aduhai Tuan. Persoalan ini besar, luas dan dalam. Jika tuan menulis begini, tidak ubahlah mereka yang asyik dan khayal dengan AF itu, tuan!
Aduhai Tuan, rujukan tuan itu sendiri menunjukkan tuan tidak membaca, atau tidak banyak rujukan yang bagus.
Tuan, persoalan ini persoalan media, persoalan komunikasi, Tuan. Satu buku pun tuan tidak rujuk.
Tuan, persoalan AF ini persoalan budaya pop dan hiburan pop. Satu buku atau artikel atau analisa yang baik pun tuan terlupa rujuk!
Tuan, kalau beginilah nasib kita, tuan menyalahgunakan media bukan untuk berdakwah tetapi melemahkan fikiran pembaca.
Tuan, besarlah kiranya tanggungjawab Tuan itu (dan juga saya) dalam persoalan ini.
Aduhai Tuan, maaflah hamba berkata-kata. Tolonglah baca semula artikel tuan ini, macammm selepas menonton hiburan!
faomar@yahoo.com
terima kasih atas komentar.
tetapi, komentar anta ini menampakkan anta tidak berfikiran "profesional"dan "intelek", tetapi lebih berfikiran "hiburan".
tulisan ana ini sekadar pandangan peribadi, inilah fikrah ana.
tulisan ana ini lebih melihat kepada kesan kuasa media, bukan isu hiburan yang dikemukakan...
hiburan boleh menguasai pemikiran manusia adalah disebabkan kuasa media.
maka begitjugalah dalam perkara yang berkaitan dengan dakwah dan kempen membaca yang dicanang oleh kerajaan.
ingat !! tulisan ana ini bukan memfokuskan kepada hiburan, tetapi kuasa media yang menyebabkan masyarakat terlalu "sayang" kepada hiburan berbanding dengan lainnya.
sekian
Post a Comment