Tuesday, May 29, 2007

DOKTRIN AHLI HADIS MALAYSIA YANG TIDAK MEMAHAMI FIQH

DOKTRIN AHLI HADIS MALAYSIA YANG TIDAK MEMAHAMI FIQH

Mingguan Malaysia pada hari ini, iaitu bertarikh 27 Mei 2007, mendedahkan tulisan mufti Perlis yang bertajuk “antara pengampu dan pencerca”. Padaku, tulisan itu amat menarik dan banyak pengajaran yang perlu di ambil perhatian oleh setiap pejuang-pejuang islam, tetapi padaku, tulisan tersebut memerlukan kepada banyak lagi rujukan Ilmiyyah, samada dari sudut ulasan hadis melalui syarah-syarahnya, kaitan dengan hadis-hadis yang lain, amalan salaf soleh, fakta sejarah dan memahami waqii sesuatu tempat. Ini adalah dengan tujuan bagi memastikan ulasan tersebut berada dalam penghujahan yang tepat dan dapat memberi keuntungan kepada Islam dan umatnya.

Sebelum ini, di akhbar yang sama juga, Mufti perlis ada mengkritik sebilangan penceramah-penceramah di semua peringkat disebabkan banyak mengemukakan ulasan-ulasan yang merujuk kepada riwayat-riwayat israeliyyat.

Padaku, ulasan tersebut juga amat baik, tetapi tidak memenuhi keperluan maqasid siasi, disebabkan ulasan tersebut tersebar dalam akhbar bacaan umum yang tidak tertumpu kepada golongan penceramah-penceramah sahaja, bahkan kepada mereka yang memusuhi Islam.

Apakah Mufti Perlis tidak melihat keadaan serangan agama yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap islam. Mereka membenci penceramah-penceramah agama, disebabkan golongan ini antara golongan yang sering mengkritik tindakan mereka. Maka dengan demikian, apabila kritikan Mufti perlis itu disebarkan melalui akhbar bacaan umum, maka musuh-musuh Islam ini akan mendapat satu “bantuan modal” untuk tidak menerima kritikan dari penceramah-penceramah ini.

Mengapa Mufti Perlis tidak mengkritik para penceramah melalui media majalan yang disering menjadi bacaan golongan terpelajar, seperti majalah I, Majalah Al-Islam dan sebagainya? apakah sebenar doktrin mufti Perlis yang hendak dikemukakan oleh Mufti Perlis? Apakah Mufti Perlis ingin menanam doktrin kepada semua masyarakat menganggap bahawa mufti perlis sahaja ulama yang mempunyai “footnote” dan “research” dalam penulisan dan ceramah, sedangkan ulama-ulama yang tidak sealiran dengan mufti tidak mempunyai tindakan seperti mufti?

TINDAKAN YANG TIDAK MEMAHAMI KONSEP MAQASID

Pengajian fiqh ada menyatakan tentang keperluan maqasid dalam melakukan tindakan, terutama dalam bidang siasi. Tindakan tersebut bukan satu perkara yang dirujuk dari amalan-amalan ahli-ahli politik barat, tetapi ianya merujuk kepada siasi Rasulullah SAW sendiri.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Aisyah R.Ha;

أَلَمْ تَرَيْ أَنْ قَوْمَكِ بَنَوْا الْكَعْبَةَ وَاقْتَصَرُوا عن قَوَاعِدِ إبراهيم فقلت يا رَسُولَ اللَّهِ ألا تَرُدُّهَا على قَوَاعِدِ إبراهيم قال لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ

Maksudnya;
“Adakah tidak kamu melihat, sesungguhnya kaum kamu telah membina Kaabah dan membataskan kepada Qawaed Ibrahim. Lalu aku (Aisyah) berkata, Wahai Rasulullah SAW, apakah tidak kamu menjadikannya atas Qawaed Ibrahim? Menjawab (Rasulullah SAW), kalaulah tidak kerana kaum kamu baru dengan Islam[1].

Dari hadis ini dapat dilihat betapa siasinya Nabi SAW dalam melakukan sesuatu tindakan untuk menjadikan islam menjadi agama yang diterima dari pihak masyarakat dan musuh-musuh islam. Walaupun mengubahkan tapak kaabah itu satu keperluan, tetapi tidak dilakukan oleh Nabi SAW, disebabkan kecekapan Nabi SAW dalam menguruskan siasi islam.

Perbahasan hadis ini banyak terdapat dalam kitab-kitab yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan maqasid syariah, seperti al-muwafaqat karangan Imam As-Syatibi, fi al-ijtihad at-tanzili karangan As-Syaikh Dr Basyir Jahisyh dan sebagainya.

Maka dengan demikian, tulisan Mufti perlis yang menkritik penceramah-penceramah melalui media umum seperti akbar Mingguan Malaysia menggambarkan betapa lemahnya pengetahuan mufti perlis berkenaan dengan maqasid syariah itu sendiri.

ISLAM DI HINA OLEH ORANG ISLAM SENDIRI

Kejatuhan kerajaan Osmaniyyah di Turki pada tahun 1924 telah menyebabkan Islam yang telah berjaya membina tamadunnya sendiri telah menjadi satu agama yang disering di pandang hina oleh manusia dunia. Sesungguhnya, Islam tidaklah hina, tetapi ianya dipandang hina disebabkan umatnya sendiri.

Kejatuhan kerajaan Osmaniyyah turki merupakan punca utama berlakunya kehinaan ini, yang dengannyalah bermula berbagai-bagai kehinaan terhadap umat Islam dan Islam itu sendiri.

Orang yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan kerajaan Islam ini adalah Mustafa kamal Ar-Tarturk, merupakan seorang yang mendakwa beriman kepada Allah, tetapi hakikat sebenarnya, dia merupakan musuh Islam yang paling nyata.

Sejarah telah membuktikan, bagaimana Islam telah disekat penyebaran dan pengamalannya setelah kejatuhan kerajaan turki tersebut, sehinggakan ketika itu, azan tidak diizinkan dilaungkan dalam bahasa arab, muslimat dilarang menutup aurat dan sebagainya.

Apa yang pasti, Mustafa Kamal art-tarturk merupakan seorang yang mendakwa beragama Islam, berkeluarga Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, dakwaannya, status keluarganya dan ucapan syahadahnya tidak menggambarkan dia orang beragama Islam, bahkan dia merupakan musuh Islam yang paling nyata di bumi turki ketika itu.

Keadaan yang sama juga berlaku di Negara ini. Pembawa “bendera-bendera syirik” ini dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional yang mementingkan pembangunan kebendaan disamping pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh kepimpinan dan pemimpin Barisan Nasional.

Membaca sirah juga, didapati bahawa serangan secara terang-terangan, bukan sekadar ceramah, bahkan serangan berbentuk peperangan telah dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kepimpinan Kuffar di zaman Baginda SAW. Semua peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah SAW adalah bersebab kerana serangan dari pihak musuh Islam terhadap Islam itu sendiri.

Di Malaysia, serangan Islam ini bukan sekadar dari orang non muslim, tetapi serangan terhadap islam ini adalah dari orang Islam sendiri. Tragedi “lina Joy” sudah membuktikan bagaimana sebilangan peguam yang mempertahankan kemurtadan Lina adalah mereka yang terdiri dari kalangan orang mendakwa beragama Islam.

Begitujuga, serangan terhadap pengamalan islam terdiri dari kalangan golongan-golongan agamawan yang berkepakaran dalam pengajian islam. Menganggap solat dan zakat merupakan dua unsure dalam agama yang remeh dan sebagainya.

Tindakan mereka ini hakikatnya telah berlaku kepada golongan ahli-ahli kitab terdahulu yang dirakamkan oleh Allah dalam firman-Nya;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Maksudnya;
“159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk”

(Surah Al-Baqarah : 159)

Begitujuga dalam firman Allah yang lain;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

(Surah Al-Baqarah : 174)

Dan banyak lagi firman-firman Allah yang menggambarkan perbuatan golongan-golongan agamawan yang menyembunyikan hukum Allah.

Apa yang lebih teruk dari ini adalah, apabila golongan agamawan sendiri sudah meng”kondem” agama dan undang-undang islam. Tindakan mereka ini mendapat murka Allah sehinggakan Allah menafikan kelayakan ruh mereka untuk kelangit setelah kematian mereka.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan”

(Surah Al-‘Araf : 40)

TIDAK SYARII MENGKRITIK PEMERINTAH?

Tulisan Mufti Perlis pada 27 mei 2007 seakan-akan menggambarkan bahawa kritikan terhadap kepimpinan secara terang-terangan tidak dianggap sebagai syarii. Kritikan terhadap pemimpin Negara yang dianggap syarii pada mufti perlis berbentuk “dalaman”, yang hanya diketahui oleh pemimpin tersebut sahaja.

Beliau juga menukilkan satu hadis yang berbunyi;

من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية ، ولكن يأخذ بيده فيخلوا به ، فإن قبل منه فذاك ، وإلا كان قد أدى الذي عليه

Maksudnya;
“Barangsiapa yang mahu memberi nasihat kepada mereka yang mempunyai kuasa, maka janganlah menzahirkan secara terang-terangan, tetapi peganglah tangannya dan bersendirian dengannya. Sekiranya dia menerima, maka itulah (kejayaan), sekiranya tidak, maka sesungguhnya dia telah menunaikan tugasnya[2]

Apa yang diperhatikan dari hujjah mufti perlis ini adalah, beliau hanya membaca satu hadis ini, dan menukilkan hujjahnya dengan merujuk kepada firman Allah yang berbunyi;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“43. "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya.44. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

(surah Taha : 43-44)

Sedangkan beliau tidak merujuk kepada ulasan tafsiran dari maksud firman Allah dan perbuatan salaf soleh.

ULASAN DARI MAKSUD SURAH TAHA

Melihat kepada maksud firman Allah dalam surah Taha ayat 43-44 itu, Penafsiran ayat فقولا له قولا لينا mengandungi beberapa maksud, iaitu seperti berikut:

1. ajak firaun kepada kalimah tauhid.
2. peringatkan mereka kepada syurga.
3. pangil firaun dengan gelaran bukan nama sebenar.
4. kata lembut dan manis.

Mufti perlis hanya menyebut قولا لينا dengan makna keempat sahaja. Sedangkan adab kita dalam khilaf yang tidak bercanggah dengan nas, ialah tidak menyalahkan pihak lain yang berpegang dengan pendapat yang lain.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang menyatakan قولا لينا dengan makna kata-kata lembut, adakah menegur dengan kata-kata keras dan tegas adalah salah dari sudut syariat?

Jawapannya adalah tidak: Antara yang menyebut kata-kata lembut adalah peringkat pertama teguran ialah penafsiran hasan Al-Basri

لا تقل أنت يا موسى وأخوك هارون : أهلكه قبل أن أعذر إليه

Sebab jika haram berkata keras dan tegas, nescaya nasnya berbunyi:

لا تقل أنت يا موسى وأخوك هارون : أهلكه ولكن قولا: أعذر إليه

Maksudnya;
“Jangan kamu berkata: musnahlah kamu, tetapi carilah kemaafan untuknya[3]

ULASAN DARI KANDUNGAN HADIS DARI KITAB AS-SUNNAH IBNI ABI AL-‘ASIM

Antara hujjah yang dikemukakan oleh mufti perlis adalah dengan mengungkap hadis yang dinukilkan dari kitab as-sunnah, karangan Ibni Abi Al-‘Asim.

dalam nukilan tersebut, mufti perlis tidak melakukan “research” berkenaan dengan maksud kandungan hadis tersebut yang sebenar.

Kandungan hadis ini boleh diihtimalkan berlaku di zaman pemerintahan yang sudah mempunyai khilafah Islam dan perlembagaannya masih berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Adapun di zaman pemerintahan yang tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah (seperti UMNO/BN), kritikan kepada pemerintah ketika itu berbentuk serangan nabi SAW terhadap kepimpinan Makkah di awal-awal islam dahulu.

Jika diperhatikan, kritikan Nabi SAW bukan sekadar tidak menggunakan perkataan yang lembut, tetapi kritikan itu sudah menjangkau kepada tindakan serangan peperangan yang sehinggakan kita mengetahui bahawa berlakunya peperangan badar, peperangan uhud dan sebagainya.

Begitujuga, hadis ini boleh diihtimalkan maksudnya adalah menegur pemimpin hendaklah melalui salurannya. Ini kerana, jika diperhatikan kepada perbuatan sebilangan salaf soleh, banyak dikalangan mereka yang mengkritik dan menegur kepimpinan Islam ketika itu secara terang-terangan.

Antara buktinya adalah seperti berikut;

Said Al-Musayyab: merupakan ulama tabiin yang paling alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah adalah tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Adakah Said Al-Musayyab silap kerana tidak berjumpa dengan khalifah dan menyatakan "perlantikan anda tidak sah" dan "tidak memegang tangan (penguasa itu) dan bersendirian dengannya", bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah.
Imam Ahmad bin Hambal: Menolak serta menyatakan keburukan pegangan khilafah pada masa itu berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir terbunuh. Jika "mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf, nescaya imam ahmad dan ulama sezaman dengannya menyembunyikan hakikat al-Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T. yang qadim.
Imam Nawawi: Fatwanya jelas dan diketahui umum bahawa mengenakan cukai daripada rakyat adalah haram. Fatwanya ini mempengaruhi orang ramai sehingga berlaku tekanan kepada sultan zahir bebrus yang ketika itu memerintah kerajaan mamalik mesir menentang tentera monggol. Kenapa Imam Nawawi tidak menyembunyikan fatwa haram mengutip cukai dan mengambil sikap berdiam diri selepas Sultan Zahir bebrus menolak fatwa imam Nawawi?

Di sana masih banyak contoh-contoh yang lain menunjukkan tindakan ulama menentang kebatilan pemimpin di zaman mereka secara terang-terangan, bukan secara bersembunyi dan bersekongkol dengan pemimpin. Bahkan ada dikalangan mereka yang menolak jawatan-jawatan kerajaan sehingga dipenjarakan kerana menolak jawatan qadhi kerana jawatan tersebut dijadikan platform untuk menarik pengaruh orang ramai menyokong dasar kerajaan yang zalim sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam Abu Zahrah di dalam kitab “Tarikh”nya.

Antara perkara terpenting yang perlu kita fahami ialah, perbezaan antara orang Islam yang memegang pemerintahan Islam di zaman lampau dan zaman sekarang. Orang Islam (khalifah-khalifah) Islam di zaman lampau dianggap sebagai zalim kerana mereka tidak menjalankan hukum Islam yang menjadi perlembagaan negara. Sebagaimana hajjaj bin yusof membunuh Said Al-Musayyab kerana dakwaan Bughoh tanpa membicarakannya menurut undang-undang Islam yang menjadi paksi kepada sistem negara. Tidak pernah berlaku di zaman lampau orang Islam memerintah berteraskan sistem rom atau sistem parsi atau sistem monggol atau sistem selain Islam. Yang berlaku ialah tidak melaksanakannya, bukan tidak berteraskan sistem Islam atau meragui keadilannya. Dan inilah yang diistilahkan sebagai pemerintah yang zalim.

Tetapi di zaman ini menyaksikan suasana yang amat berbeza, di mana orang Islam memerintah dan menggubal sistem negara berteraskan sistem samada barat yang sekular atau rusia yang ilhad, atau mencampurkan sistem Islam dengan sistem yang selainnya. Sesuatu yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah.

Tidak ketinggalan juga Negara yang tidak mengamalkan sistem pemerintahan islam adalah Malaysia, walaupun kepimpinannya terdiri dari kalangan orang yang beragama islam.

Juga perlu di fahami, Negara ini mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan kepada demokrasi yang memberi saluran kepada rakyat untuk mengkritik kepimpinan Negara secara bebas atas nama “kebebasan bersuara”. Perkara ini jelas, sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dalam fasal 10 (1) (a) (b) (c) yang berbunyi;

“Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran; semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata; semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan[4]

Maka dengan demikian, kritikan terhadap pemimpin Negara dengan mengadakan ceramah di padang-padang dan sebagainya merupakan saluran dalam melakukan kritikan kepada pemimpin yang ianya tidak bercanggah dengan kandungan hadis yang dinukilkan dalam kitab as-sunnah karangan Ibni Abi al-‘Asim.

PENUTUP

Melihat kepada tulisan mufti perlis ini, aku agak berfikir tentang methodology apa yang digunakan oleh beliau dalam tulisan beliau ini. Tulisan beliau ini menggambarkan beliau bukanlah seorang yang didakwa salafi dan golongan ittiba’ as-sunnah, tetapi lebih menggambarkan beliau seorang yang beraliran “zahiri” yang pernah dikategorikan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagai golongan “zahiri jadid[5]

Ada kemungkinan kebenaran disebalik kata-kata seorang sahabat kepada mufti Perlis yang pernah memberi tahu kepadaku, bahawa Mufti Perlis adalah seorang yang belajar hadis, tetapi tidak mendalami fiqh, maka dengan demikian, tulisan beliau lebih menampakkan kedangkalan beliau dalam memahami fiqh. Inilah masalah seorang ahli hadis yang tidak mendalami fiqh.

Atau; apakah agenda disebalik tulisan beliau ini. Apakah dibelakangnya terdapat “manusia-manusia hitam” yang menyebabkan beliau menulis tulisan-tulisan yang memelikkan ini?

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Saheh al-Bukhari : 4/1630 hadis no : 4214.
[2] As-Sunnah : 2/521: hadis no : 1096.
[3] Tafsir Ibni Kathir : 3/154.
[4] Perlembagaan persekutuan : m/s 11
[5] Lihat buku “kewajipan menguasai enam fiqh bagi pendakwah Islam di alaf baru” dari m/s 215 hingga 236.

3 comments:

Adelaidiyy said...

enta ni faham benar fiqh la ye?

ke syok sendiri ?

Adelaidiyy said...

ihtimalaat enta hanya khayalan enta.

Zaahir kena utamakan ke ihtimal?

Enta nak baca buku2 al qaradawi baca semua sekali. Janganlah baca satu dua kemudian mendabik dada faqiih.

shazerri said...

Tahniah akhi bakistani...yang x setuju dengan saudara tue tidak syak lagi mereka setuju dengan ulama yang tak ada peribadi ulama seperti asri zainal abidin...klu setakat nak debat dengan Astora Jabat bolehla...apa nya sheikh bakistani dah ok lah tue dia mengaji pondok dia dah sampai ke pakistan dia dah samapi ke mesir.maksud aku dia seoarang yang mengembara menuntut ilmu.bukan sembang kosong ,klu aku yang lepasan nilam puri dan um induk dan celup pondok sekali sekala aku mengakulah jahil.yang suka komen bagi soalan pelik tue cuba nyatakan setakat mana ko belajo?certia pada sheikh bakistani....cerita nak tengokk..cerita la..bukan nak riak atau bermegah tp buktikan apa kebolehan kamu dulu pastue kamu komen lah sesiapa sahaja jika patot