Friday, May 25, 2007

SIAPAKAH PROFESIONAL PAS SEBENAR?

SIAPAKAH PROFESIONAL PAS SEBENAR?

Mengikut kamus Bahasa, definisi professional adalah “yang berkaitan dgn (bergiat dalam) bidang profesion (seperti undang-undang, perubatan dll) ”

Dari definisi ini, difahami bahawa sesuatu tugas yang di laksanakan oleh seseorang dengan baik dan mengikut aturan-aturannya, maka pelaksana itu dikenali sebagai orang yang professional.

Dari definisi ini juga didapati bahawa professional bukanlah satu kalimah yang diberikan kepada orang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang agama, bahkan seseorang yang belajar dalam bidang pengurusan pun kadangkala tidak professional dalam pengurusannya.

Justeru itu, tidak timbul kalimah pertembungan antara golongan Profesional dengan ulama, seperti yang didakwa oleh sebilangan mereka yang “berwayer putus”.

Padaku, lahirnya pemikiran yang membezakan antara ulama dan professional, ianya bermula dari pemikiran ABIM dan JIM. Sebelum ini, didengari satu usaha yang dipanggil “memprofesionalkan ulama” dikalangan kepimpinan ABIM. Begitujuga, kalimah “Protaz”, gabungan dari kalimah “professional” dan “Ustaz” yang dicetuskan oleh golongan “IRC baru”, yang sebenarnya pemikiran ini datang dari JIM.

Pertembungan antara ulama dan professional tidak pernah timbul dikalangan PAS. Ini disebabkan kepimpinan PAS terdiri dari ramai yang professional dalam bidang masing-masing, samada mereka datang dari dewan ulama ataupun tidak, tetapi, pertembungan ini mula di ketengahkan dikalangan ahli dan kepimpinan PAS.

PERTEMBUNGAN PROFESIONAL-ULAMA TIDAK PERLU TIMBUL

Kelahiran “golongan kiri” telah memberi satu gambaran dalam PAS, seakan-akan PAS sebelum ini hanya diterima oleh orang-orang kampong yang kononnya tidak professional. Mereka juga mendakwa bahawa kehadiran mereka adalah punca penerimaan masyarakat terhadap perjuangan PAS ini.

Maka dengan demikian, mereka mula menyatakan bahawa kepimpinan parti perlu terdiri dari kalangan mereka yang “professional”, sehinggakan lahirlah “suara-suara hitam” yang ingin meletakan Presiden dan Timbalan presiden, terdiri dari kalangan mereka yang didakwa “professional” dan mereka yang dianggap “ulama” perlu memegang jawatan “balachi”.

Apa yang perlu diperhatikan, tahun yang lalu banyak mengajar perjuangan ini supaya berfikir kehadapan bagi menampakkan jemaah islam ini sebagai satu jemaah yang membawa mesej Islam yang jelas, disamping dapat mengkuatkan di semua sudut perjuangan agar Islam dapat memerintah di Negara secular ini.

Mungkin ini satu andaian yang tidak tepat, tetapi andaian ini perlu difikirkan bersama agar kelemahan yang sedang dan akan berlaku dapat di hapuskan dalam perjuangan mendaulatkan islam ini.

Sejarah telah membuktikan bahawa, PAS tidak pernah menafikan peranan ulama dan professional dalam memenangkan islam. Dr Zulkifli mohammad yang sering di puji oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (ketua dewan Ulama PAS Pusat) dalam beberapa siri ceramahnya, merupakan seorang yang bukan dikenali sebagai ulama. Beliau pernah memegang tampok kepimpinan parti islam ini yang banyak mencatatkan sejarah besar dalam Negara ini.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengasingkan golongan yang tidak ulama untuk memegang kepimpinan jemaah, tetapi apa yang dibimbangi adalah lahirnya “pemikiran berhaluan kiri” yang sedang menyerang fikrah PAS dari dalaman yang kebanyakkan pembawa-pembawanya adalah mereka yang didakwa dan mendakwa diri mereka sebagai professional (walaupun mereka berkelulusan al-azhar dalam bidang agama sekalipun).

SIAPAKAH PROFESIONAL PAS YANG SEBENAR

Berdasarkan definisi yang dinyatakan di atas, secara kesimpulannya, professional bukanlah satu pengistilahan yang diberikan kepada mereka yang berpendidikan yang tidak agama, tetapi professional yang sebenar adalah mereka yang dapat menunaikan tugas-tugasnya berdasarkan profesionnya sendiri.

Maka dengan demikian, seorang ulama yang diberikan sesuatu portfolio, lalu dapat di tunaikan tanggungjawabnya dengan baik, maka ulama itu sudah cukup untuk dikenali sebagai “professional”.

Adapun mereka yang sememangnya berkepakaran dalam sesuatu profesion, tetapi tidak berjaya melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan profesion tersebut dengan baik, maka orang tersebut tidak layak dipanggil sebagai professional.

Di zaman pemerintahan Islam di terengganu, iaitu bermula dari tahun 1999 hingga 2004, sebilangan jawatan-jawatan penting dalam negeri di pegang oleh mereka yang bergelar “ulama”. Ada sebilangan dari mereka yang memegang beberapa buah syarikat dibawah kerajaan negeri, yang menanggung hutang ratusan ribu di zaman pemerintahan barisan Nasional dahulu.

Seorang ulama dari Terengganu telah dilantik menjadi pengarah untuk menguruskan syarikat tersebut. Disebabkan ketegasan beliau dan perinsip Islam dalam pengurusan yang dipegang oleh beliau, syarikat yang dahulunya menanggung hutang yang banyak dapat di selesaikan segala hutang-hutangnya dan berjaya menyimpan kewangan yang kuat dalam syarikat itu.

Kejayaan yang membanggakan itu menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin UMNo/BN terengganu terpegung sehinggakan Yusuf Nor berkata “Harun bukan belajar sampai Amerika pun, tapi syarikat dibawah kawalan beliau bukan sekadar berjaya membayar hutang, tetapi berjaya menyimpan kewangan yang banyak”

Jika diperhatikan kejayaan ini, didapati bahawa keprofesionalan itu tidaklah di berikan kepada mereka yang mempunyai pendidikan dalam bidang pengurusan semata, tetapi seorang yang bertaraf “ulama” di terengganu berjaya membuktikan keprofesionalannya dalam menguruskan syarikat.

Keadaan ini amat berbeza dengan tindakan sebilangan dari mereka yang mendakwa sebagai “professional” tetapi mereka sendiri berjaya meninggalkan hutang yang banyak dalam menguruskan sesuatu urusan. Ini amat jelas berlaku di beberapa buah negeri, seperti selangor dan Kedah.

PENUTUP

Secara peribadi, aku merasakan bahawa kelahiran pengistilahan pertembungan antara “ulama” dan “Profesional”, bukanlah satu istilah yang didatangkan oleh mereka yang sememangnya memahami budaya PAS. tetapi, kehadiran istilah ini adalah dari mereka yang “berhaluan kiri” yang sebenarnya mereka adalah golongan yang berusaha hendak menghancurkan dalaman PAS pada awal tahun 70 an dahulu.

Maka dengan demikian, dakwaan yang menyatakan bahawa istilah ini datang dari golongan musuh-musuh PAS, secara peribadi aku nyatakan bahawa kedatangannya itu dari musuh-musuh dalaman PAS, bukan dari luaran PAS yang sememangnya bermusuh dengan PAS.

Justeru itu, berfikirkan sedalam-dalamnya untuk memastikan kekuatan PAS dapat di kembalikan balik, agar kejayaan mendaulatkan islam tidak akan melahirkan fitnah kepada Islam itu sendiri.

Sekian

Wallahu ‘Alam

P/s : sekadar pandangan dan ulasan peribadiku yang lemah ini

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

5 comments:

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum.

Masalah golongan ulama dan profesional adalah masalah yang ketara sekarang dalam PAS. Ini rasanya tidak berlaku dalam peringkat tertinggi kepimpinan. Bagaimanapun berlaku di peringkat cawangan mahupun kawasan.

Di peringkat kawasan/cawangan sering berlaku kurangnya tenaga ulama, bahkan golongan "ulama muda" yang dahulunya berkobar2 meniupkan api perjuangan Islam di medan pengajian tinggi meniup padam api tersebut.

Maka tidak dinafikan mereka yang mendapat tarbiyah secara langsung di peringkat pengajian dari kalangan "bukan ulama" yang terkehadapan dalam memimpin gerakan mahasiswa sehingga tamat pengajian, dan ramai masih istiqamah dengan kerja-kerja tersebut. Namun golongan ulama muda terus senyap entah ke mana.

Mungkin perkara ini jarang berlaku di "negeri-negeri agama" seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tapi ketara di negeri-negeri lain.

Kajian terperinci perlu dilakukan oleh Dewan Ulama supaya menghantar glongan-golongan ulama sebagai "mursyid atau murabbi" dalam kawasan/cawangan masalah dalam memandu perjuangan ini.

Ini belum lagi dilihat situasi di dalam usrah, mereka rata-rata masuk usrah nak hentam UMNO, bukan nak tambah ilmu.

Aku rasa, selepas ini PAS dalam masa yang sama kena buat "pemutihan" kembali.

Tidak dinafikan, golongan-golongan yang dahulunya dari UMNO, JIM, ABIM dan lain2 masih terbawa-bawa rentak mereka apabila di dalam PAS.

Cadangan aku kepada PAS pada muktamar kali ini, cuba kita lihat keberkesanan PASTI? PASTI boleh dikatakan satu institusi yang paling berjaya telah diusahakan. Ini menunjukan institusi kebajikan berbentuk seperti ini mendapat perhatian dalam masyarakat, terutama situasi sekarang dengan lambakan masalah sosial yang berlaku.

Kita juga perlu kehadapan dalam mewujudkan ruang-ruang yang boleh dekat kepada masyarakat. Sebagai contoh NISA sudah melakukan dengan baik aktiviti mereka.

Pusat kebajikan seperti hospital, rumah kebajikan seprti Raudhatul Sakinah, institusi pengajian ilmu Islam khusus kepada Muallaf dan non-muslim.

Kita war-warkan kita menawarkan institusi pengajian ilmu islam kepada non-muslim. Nampak janggal tapi aku yakin ianya mendapat sambutan. Terutama selepas tragedi 11 september. Lihat sahaja apa yang berlaku di britain, prancis bahkan Amerika yang menerima kemasukan muallaf yang ramai.

Ianya pun sudah dibuktikan oleh Ikhwanunl Muslimin di Mesir dengan kerja-kerja kebajikan tersebut. Cuma silap percaturan politik di saat-saat akhir, ikhwan terperangkap.

Sejarah telah membuktikan segalanya.

Wallahua'lam

mfrstudio said...

mungkin generasi baru mudah sgt melihat diri mereka berbeza, apatah lagi apabila sesetengah org muda dlm pas merasakan merekalah pembawa kebangkitan pas utk berikan pas kemenangan bukan lagi atas dasar 'rakyat marah kerajaan' atau 'melayu kecewa dgn umno', tetapi memberikan kemenangan atas dasar 'pas mampu memerintah dgn lebih baik'. Dan itulah yg cuba dipamerkan oleh 'golongan kiri' yg dianggap oleh ustaz one g sbg musuh dalaman pas, akan tetapi dari kaca mata mereka, mereka mendakwa mereka menguatkan pas dari tohmahan bahawa pas parti org blaja agama, atau parti org kampung yg marah-marah sahaja.juga mereka ingin bawa nilai 'prestij' dlm pas supaya masyarakat melayu atau bukan melayu tidak lagi memandang pas parti yg byk ceramah sahaja tetapi punya kualiti dalam menguruskan negara.

membaca tulisan ibnu ali dan ustaz one g tentunya dapat dilihat kalian tidak ingat jasa abim atau jim hatta irc dlm pas sendiri. Allahyarham ustaz fadzil noor dan Tg hj hadi antara bekas ABIM dan pernah mendapat tarbiyah ABIM sezaman dgn anwar ibrahim.

Juga sejarah dewan ulama hatta jawatan mursyidul am tidak pernah ada di zaman awal penubuhan pas oleh ustaz fuad dahulu.

dalam keadaan saya melihat unsur prejudis sgt kental dlm jiwa ustaz one g dlm artikelnya ini terhadap org 'abim' 'jim' yg digolong sbg golongan kiri musuh dalaman pas ini, saya juga telah lama melihat era kepimpinan ulama (mungkin bermula dgn kepimpinan nik aziz,hj hadi dan arwah fadzil noor) untuk menggerakkan gerak kerja dan keputusan parti pas akan beralih kepada pemain-pemain politik yg lebih handal yg mendakwa diri mereka 'profesional' yg datangnya dari pelbagai sudut fikrah, termasuklah ahli-ahli PKR yg bercampur aduk dlm jentera pas, yg kdg kala menganut fikrah liberalisme terlampau.

mungkin fathi aris omar dan pengendali web pas-reform ada jawapannya.

mfrstudio said...

PAS REFORM

webmaster said...

Ustaz One G...ada orang terasa tu...Ana sarankan Ustaz mengambil pendekatan yang lebih sederhana dalam menangani arus perubahan kepimpinan. Ana memang tak setuju kalau ada perubahan Timbalan Presiden dalam muktamar kali ni. Kalau ada pertandingan jugak, tak mustahil muktamar yang akan datang ada pertandingan untuk jawatan Presiden pulak. Kepada sahabat2 bekas ABIM dan JIM, ana nasihatkan antum supaya larutkan diri sebagai ahli PAS. Bukan lagi ahli ABIM atau JIM. Tak mau lagi dengaq bunyi ABIM-PAS atau JIM-PAS...Wala' haruslah diberi kepada satu kepimpinan sahaja. Tak harus ada dua-tiga wala'.

Syaikh Al-Bakistani said...

isunya bukan ABIM dan JIM, tetapi isunya adalah, orang yang hendak bawa fikrah JIM dan ABIM dan hendak men JIM kan dan MenABIMkan PAS...

kalau orang ABIM dan JIM masuk PAS, kemudian mereka ikut cara PAS dan sebati dengan cara PAS, tidak mustahil, kita akan nobatkan dia sebagai Presiden PAS akan datang

sekian