Monday, May 07, 2007

DR MASYITAH MENGHINA HUDUD : UMNO/BN BERJAYA MENGIKUT JEJAK LANGKAH PENJAJAH

DR MASYITAH MENGHINA HUDUD : UMNO/BN BERJAYA MENGIKUT JEJAK LANGKAH PENJAJAH

Memang bahaya berada didalam perjuangan UMNO/BN. Seorang yang dikenali berimej baik, menjadi orang yang buruk dari segi kelakuan dan keilmuan.

Semasa pilihanraya kecil ijok baru-baru ini, sebuah vcd dari pihak BN telah sampai ketanganku. Melihat isi kandungan vcd tersebut, mengejutkan, Dato’ Sri Anuar Ibrahim yang dikenali sebagai seorang yang berimej paling bersih didalam UMNO dulu, telah menari dengan seorang wanita yang tidak dikenali dalam satu majlis berlatarkan lagu “kopi dangdut”.

Apabila aku membuka internet, aku membuka laman “youtube.com” lalu menaip kalimah “anuar menari”, lalu terkeluarkan satu keratan video anuar di Dun Ijuk yang sedang menari diatas pentas sebelum memulakan ceramahnya didalam pilihanraya kecil tersebut.

Melihat keratan video tersebut, pemikiranku melayang memikirkan tentang kejayaan UMNO/BN merosakan seorang yang berimej bersih tersebut sehinggakan kekotoran yang dibina oleh UMNO/BN masih melekat kepada diri Anuar Ibrahim walaupun beliau sudah keluar dari UMNO/BN sekalipun.

UMNO/BN tidak sekadar mengotorkan imej Anuar Ibrahim sahaja, tetapi kini, seorang yang bergelar ustazah iaitu, Dr Masyitah telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak mengejutkan umat Islam seluruh Malaysia, iaitu ucapan beliau yang memandang remeh terhadap perlaksanaan hukum hudud[1].

Memikirkan beliau seorang yang bergelar “Doktorah”, hasil pengajiannya dalam bidang pengajian islam di Universiti Kaherah, Mesir, agak pelik boleh mengeluarkan kenyataan sebegini dangkal, disamping kenyataan sebegini adalah kenyataan yang sudah dibawah kategori manusia yang mempertikaikan rububiyyah Allah SWT, yang pengkondem tersebut boleh diisytiharkan “murtad”.

Mungkin inilah kejayaan islam Hadhari kepimpinan Pak Lah, yang berjaya merosakan seorang agamawan yang dikenali seluruh Malaysia, seperti Dr Masyitah Ibrahim.

HUKUM HUDUD : KEWAJIPAN YANG DIIJMAKKAN ULAMA

Hudud merupakan salah satu undang-undang “uqubah” Islam yang wajib dilaksanakan di sesuatu tempat yang dikuasai oleh umat Islam. Perlaksanaannya telah diwajibkan oleh Allah SWT dan Nabi SAW disamping dikuatkan melalui ijmak ulama.

Merujuk kepada kitab “’Uqubah Al-‘idam” karangan “Dr Muhammad Said Al Syaddar Al-Ghamizi”, seorang pensyarah di Universiti Al-Imam Muhammad bin Suud Al-Islamiyyah. Beliau menyatakan bahawa “Uqubah Islamiyyah” terbahagi kepada dua, iaitu seperti berikut;

a. “’Uqubah yang ditetapkan daripada Syarak, tiada ruang untuk berijtihad dengannya.
b. ‘Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad membataskannya.

Pada ‘Uqubha yang ditetapkan oleh syarak, yang tiada ruang bagi pemerintah berijtihad ini terbahagi kepada dua, iaitu Hudud dan Qisas.

Adapun ‘Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad, dikenali sebagai undang-undang ta’zir[2].

Hukum Hudud ini pula di bahagikan kepada beberapa perkara, iaitu zina, qazaf (menuduh orang berzina), mencuri, mabuk, merompak, murtad dan bughah[3].

Barangsiapa yang melakukan jenayah-jenayah yang tersebut ini, maka diwajibkan kepada pemerintah melaksanakan hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran dan Al-Hadis SAW.

PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM ADALAH WAJIB

Melaksanakan undang-undang Islam, antaranya hudud adalah sesuatu yang wajib. Kewajipannya telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya;
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”

(Surah Al-Maidah : 44)

Juga firman Allah lagi;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 45)

Juga firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”

(Surah Al-Maidah : 47)


Daripada ketiga-tiga ayat ini, iaitu surah al-maidah ayat 44, 45 dan 47 ini, Profesor Mahmud Saedon menyatakan;

“ayat-ayat ini menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan syariat Islam akan tergolong dalam salah satu daripada kumpulan yang ditegaskan oleh Allah iaitu; Kafir, jika keengganan untuk melaksanakan hukum Allah, ini kerana, keingkaran dan tidak beriman terhadap kebenaran undang-undang islam. Jika hanya menyeleweng daripada hukum atau undang-undang Islam tetapi tidak mengingkari atau mendustakannya maka mereka akan tergolong dalam golongan fasiq dan zalim. Oleh yang demikian, patuh kepada Islam dan syariahnya merupakan tuntutan agama”[4].

Dari kenyataan ini menyatakan bahawa, undang-undang islam yang terdiri daripada hudud, qisas, ta’zir dan sebagainya, wajib dilaksanakan. Mengambil sikap tidak mahu melaksanakan undang-undang islam ini, maka mereka boleh diisytihakan, samada zalim, fasiq dan kafir.

Alangkah kufurnya bagi mereka yang telah menafikan kewajipan melaksanakan undang-undang islam ini, yang dalam masa yang sama, bukan sekadar mereka tidak melaksanakannya, tetapi mereka membandingkan undang-undang Allah itu dengan undang-undang ciptaan mereka. Tindakan sebegini merupakan syirik dari sudut rububiyyah Allah yang menyebabkan pembanding tersebut diisytihar sebagai murtad.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan”

(Surah Al-‘Araf : 40)


UNDANG-UNDANG ISLAM SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH DI TANAH MELAYU

Jika membaca sejarah tanah melayu sebelum merdeka, didapati bahawa undang-undang islam pernah terlaksana sebelum kedatangan penjajah ke tanah melayu. Bahkan, semasa di awal penjajahan british, ada beberapa undang-undang Islam yang masih terlaksana, kemudian di hapuskan undang-undang tersebut sedikit demi sedikit.

Dakwaan ini didasarkan kepada kenyataan dua orang hakim british di awal penjajahan tanah melayu yang bernama “Hakim acton” dan “hakim Thomas” yang menegaskan bahawa undang-undang islam bukanlah undang-undang asing di negeri-negeri melayu, tetapi ia adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negeri[5].

Begitujuga, didapati bahawa di zaman kesultanan melayu lama, undang-undang Islam terlaksana di tanah melayu. Bukti yang mengukuhkan dakwaan ini adalah didapati di Melaka memakai “hukum kanun melaka” yang didakwa oleh para pengkaji sejarah bahawa “hukum kanun melaka” pada dasarnya berasaskan undang-undang islam[6].

Hukum kanun melaka tersebut mula di amalkan pada zaman pemerintahan sultan Muhammad Shah iaitu pada tahun 1421 Masihi hingga 1444 Masihi, kemudian dilengkapkan pengamalannya pada zaman kegemilangan kesultanan melaka iaitu di zaman pemerintahan sultan Muzaffar shah pada tahun 1445 Masihi hingga 1458 masihi[7].

Didalam “hukum kanun melaka” tersebut dinyatakan disana terdapat beberapa undang-undang islam yang di amalkan di melaka ketika itu, antaranya hukum kesalahan murtad pada fasal 36, kesalahan jenayah pembunuhan di fasal 39, kesalahan zina di fasal 40, kesalahan qazaf di fasal 41, kesalahan minum arak di fasal 42 dan banyak lagi[8].

Begitujuga di Pahang, didapati di sana terdapat “hukum kanun pahang” yang disusun pada zaman pemerintahan sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah, iaitu antara tahun 1592 hingga 1914. Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah merupakan satu-satunya sultan pahang yang berasal dari melaka[9].

Didalam hukum kanun pahang tersebut, dinyatakan undang-undang islam yang terlaksana, antaranya hukum hudud kepada kesalahan membunuh, mencuri, menyamun, menceroboh dan sebagainya di fasal 4, 5, 6, 7, 8, 22, 46, 47, 48, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 63, 70, 72, 74, 79, 84, 86, 90, 92 dan 93[10].

Berbagai-bagai lagi bukti yang kukuh untuk menyatakan bahawa undang-undang islam pernah terlaksana di tanah melayu, antaranya terdapat “undang-undang pelabuhan kedah (1893 M)”, “undang-undang Tembera Dato’ Seri Paduka tuan (1667 M)”, “Undang-undang Johor”, “undang-undang sembilan puluh sembilan di perak”, “Undang-undang Terengganu”, “Undang-undang Kelantan” dan sebagainya.[11]

Dari pembuktian sejarah ini menyatakan bahawa undang-undang Islam, iaitu yang terdiri dari hudud, qisas dan ta’zir, pernah dilaksanakan di tanah melayu, tetapi setelah kedatangan penjajah selama lebih kurang 500 tahun, bermula dari Portugis, Belanda, Inggeris dan jepun, maka segala undang-undang Islam tersebut berjaya di hapuskan didalam sistem pemerintahan di Negara ini.

Walaupun boleh dikatakan semua penjajah memperkenalkan undang-undang mereka, namun demikian, hanya penjajah Inggeris yang jelas meninggalkan kesan besar kepada sistem undang-undang di Negara ini[12].

Apa yang menyedihkan, setelah kemerdekaan pada tahun 1957, golongan yang memerintah adalah mereka yang beragama Islam, yang memungkinkan mereka akan mengembalikan balik perlaksanaan undang-undang islam yang telah dilupuskan oleh Penjajah. Tetapi, amat menyedihkan, UMNO/BN yang memerintah tanah melayu semenjak merdeka, bukan berusaha kearah perlaksanaan undang-undang islam, tetapi berjaya melahirkan individu-individu muslim yang menghina undang-undang islam dengan pelbagai alasan dan ulasan.

HUDUD DAN KELANTAN : KESUNGGUHAN PAS MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Di awal pemerintahan Islam PAS di Kelantan, iaitu setelah kemenangan PAS di kelantan pada tahun 1990. Pihak kerajaan PAS telah menyediakan enekmen rang undang-undang hudud di Kelantan, tetapi perlaksanaannya dinafikan oleh pihak kerajaan pusat.

Ini dibuktikan dengan kenyataan surat rasmi YAB Perdana Menteri yang dikeluarkan kepada Menteri Besar Kelantan, rujukan surat : MB (KN)(S)16/6/(26) bertarikh 8 Jun 1994: dengan kandungan suratnya seperti berikut;

“Jika PAS cuba juga untuk menguatkuasakan undang-undang hudud yang diciptanya… kerajaan pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kerajaan PAS”[13].

Begitujuga, selepas dari itu, berbagai-bagai lagi kenyataan dari pimpinan UMNO/BN yang menghina hudud yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan Islam PAS di Kelantan tersebut.

MENGAPA PAS TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD TANPA KEBENARAN KERAJAAN PUSAT?

Sesuatu hukum memerlukan “muqaddimah al-wujub” atau dikenali sebagai syarat wajib perlaksanaan sesuatu hukum.

Sesuatu hukum tidak boleh dilaksanakan sekiranya tidak mencukupi syarat-syaratnya. Ini dimisalkan seperti jihad yang tidak boleh dihukumkan fardhu ain dikala syarat-syarat untuk pengisytiharannya tidak dipenuhi.

Begitujuga hukum hudud. Ianya memerlukan beberapa syarat yang wajib dipenuhi oleh pihak kerajaan kelantan yang kesemua syarat-syarat tersebut berada dibawah kekuasaan kerajaan pusat. antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut;

a. sultah (kekuasaan)
b. pelaksana
c. tempat perlaksanaan
d. dan berbagai-bagai lagi syarat[14].

Tindakan kerajaan Kelantan memohon kebenaran dari pihak kerajaan pusat untuk perlaksanaan undang-undang hudud adalah untuk memenuhi syarat-syarat tersebut, iaitu mendapat kekuasaan melaksanakannya, mendapat kebenaran dari pihak kerajaan pusat untuk menggunakan kuasa polis dan tentera sebagai pelaksana hukum, mendapat penjara dan sebagainya, sebagai tempat perlaksanaan hukum hudud dan sebagainya.

Tetapi amat menyedihkan, syarat-syarat ini telah dinafikan oleh pihak kerajaan pusat dibawah kepimpinan UMNO dan BN, sebagai bukti kukuh bahawa mereka adalah kelompok secular di Negara ini yang sedang melawan islam.

PENUTUP

Ada sebilangan dari umat Islam hari ini menyatakan bahawa undang-undang hudud bukanlah penentu sebagai sesebuah Negara itu Negara islam atau tidak. Mereka mengemukakan berbagai-bagai alasan dan ulasan bagi menguatkan hujjah mereka. Sehinggakan sebilangan dari mereka menukilkan kata-kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi bagi menguatkan pemikiran sempit mereka itu.

Memang tidak dinafikan, hudud bukanlah sebagai penentu kepada sesebuah Negara itu adalah Negara islam atau tidak, tetapi apa yang paling penting adalah, sesebuah Negara Islam itu, pasti akan ada usaha kearah perlaksanaan undang-undang Islam tersebut?

Maka dengan sebab itulah, kelantan dibawah kepimpinan PAS adalah sebuah negeri yang boleh diisytihar sebagai kerajaan islam, tetapi tidak boleh diisytihar dengan pengisytiharan yang sama kepada kerajaan dibawah kepimpinan UMNO/BN.

Jika dalam masa yang tidak sampai 20 tahun, Rasulullah SAW berjaya “memperlembagaankan” undang-undang Islam, terdiri dari hudud, qisas dan ta’zir di Madinah, walaupun ketika itu di Madinah tidaklah seratus peratus rakyatnya beragama islam. Maka mengapa Malaysia yang sudah merdeka hampir 50 tahun, bukan sekadar tidak melaksanakan undang-undang Islam, bahkan tidak terniat pun untuk melaksanakan undang-undang Islam ini.

Bukan sekadar itu sahaja, Malaysia di bawah kepimpinan UMNO/BN telah berjaya melahirkan golongan agamawan yang sudah berani mengkondem undang-undang islam yang dinyatakan kewajipan perlaksanaanya oleh syarak.

Setelah diperhatikan secara mendalam, dapatilah bahawa UMNO/BN yang bertopengkan Islam Hadhari pada hakikatnya adalah anak-anak didik penjajah yang sememangnya lebih melawan islam berbanding dengan penjajah-penjajah terdahulu.

Maka dengan demikian, tidak hairanlah lahirnya insane-insan seperti Dr Masyitah yang dahulunya seorang agamawan, pendakwah bebas yang dikenali ramai, tetapi kini berani menghina Islam dengan menghina hudud dan sebagainya.

Sekian

Mari bersama-sama melawan UMNO/BN yang sesat menyesatkan itu !!!

Wallahu ‘Alam

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com










[1] http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g
[2] ‘Uqubah Al-‘Idam : 22-23.
[3] Fiqh As-Sunnah : 2/501.
[4] Al-Ahkam (jilid 5) penghakiman dan kepeguaman : m/s 3.
[5] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : m/s 15.
[6] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : m/s 4.
[7] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : m/s 4.
[8] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : m/s 6.
[9] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : m/s 6
[10] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : m/s 7.
[11] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : dari m/s 8-15.
[12] Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia : sebelum dan menjelang merdeka : m/s 19.
[13] Pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat : m/s 97.
[14] ‘Uqubah Al-‘Idam : lihat dari m/s 255 – 277.

3 comments:

mfrstudio said...

tajuk entri ini saja sudah ada sentimen.. jika ustaz menyokong tulisan mufti perlis wajar sekali ustaz dapatkan penjelasan dari dr mashitah.. dan saya percaya ustaz jenis yang melaporkan dengan merujuk sumber kedua atau ketiga.

perlaksanaan hudud bukan semudah 'kun fayakun', jadi maka jadilah.

di malaysia saja, jika PAS benar-benar menjadi kerajaan, mampukah PAS laksanakan hudud tanpa melalui proses 'berperingkat'?

di kala ekonomi malaysia dikuasai oleh kapitalis bukan islam, pengaruh undang-undang juga boleh dimainkan oleh pihak kapitalis untuk merencanakan huru hara. berbekalkan penyokong kapitalis dunia terbesar adalah amerika, mewartakan hudud secara paksa setelah PAS menjadi kerajaan merupakan poin penting yang ditunggu oleh pihak kapitalis untuk meranapkan terus kuasa politik org islam dan sosio ekonominya seterusnya proses penghapusan etnik akan dijalankan dgn jayanya. dengan org islam terkial-kial tanpa barisan teguh apatah lagi org mudanya tak ada jiwa agama, org dewasanya pula gila harta dan gila betina, bangsa melayu di malaysia adalah paling mudah dihapuskan jika dimahu oleh kapitalis.

ramai pihak sedang berusaha untuk menaikkan hudud dalam undang-undang syariah malah sivil malaysia. proses meminda beberapa kali hukuman ke atas jenayah berat memang diusahakan untuk melalui proses evolusi ke arah hudud. strategi ini amat difahami oleh barisan peguam islam.

malah hari ini fasa kedua untuk membuang anggapan mahkamah syariah sebagai mahkamah kelas kedua sedang giat dilakukan.

kita akui.. dalam kerajaan ramai sekularis. mereka yang islam yang berfikiran sekularis pun tak boleh dipersalahkan seratus peratis kerana mereka tidak didedahkan pada ilmu islam.

banyak usaha sedang giat dilakukan dalam kerangka strategi halus untuk memperkasakan pendidikan islam kita supaya dapat menyokong usaha mengevolusi sistem kehakiman negara tadi. dalam bidang ekonomi juga kita dalam kerangka mengevolusikan sistem perbankan islam dan produk halal.

pasti org bertanya mengapa hal itu tak didedahkan secara terang? jawapannya yang tadi.. kita merancang, sekularis,kapitalis musuh islam juga merancang. ramai org melayu jahil sekarang pun jadi buah catur kapitalis untuk melengkapkan projek impian kapitalis dan sekalian musuh islam.

anak-anak muda kita dah byk jadi buah catur mereka. lalu kita juga perlu kuat. tapi di mana buah catur untuk kita?

itu yg dimaksudkan ustazah mashitah, sebagai proses menuangkan air untuk hilang keladak. jika betul kita nak tolong perjuangan evolusi ini, kita harus support:

1)memperkasakan anak-anak muda dengan jiwa islam dan lengkap dengan kekuatan dalam setiap bidang secara terancang.
2)memperkasakan projek ekonomi umat islam supaya kapitalis menjadi lemah.
3)bentuk dan munculkan figur-figur syumul islam ke tengah masyarakat supaya politikusarap akhirnya tak dapat lagi publisisti dan pengaruh kerana diri mereka telah dilihat tak hebat.
4)jika nak hudud cepat terlaksana, bantu majlis peguam islam dalam perjuangan menaikkan undang-undang syariah menjadi pertama di malaysia.boleh berbincang dengan mereka bagaimana gerak kerja dan strategi mereka.

samsurf said...

kerajaan ke arah melaksanakan hukum hudud ke? astagfirullah..selama ini saya ingat kerajaan tak akan mengambil hukum islam. saya silap.

Marilah kita bergabung wahai umat islam, Parti itu ini tak usahlah bergaduh. Tak payahlah kita berparti-parti yang akhirnya akan memecah-belahkan. Marilah kita bersatu dalam melaksanakan syariat islam.

Anonymous said...

Maaflah, nak mencelah sikit. Pada pandangan saya, Syiar Islam tertegak hasil dari runtuhan Jahiliyyah. Apa guna kita berdiri dibelakang pemimpin yang konon katanya nak menjalankan syariat Islam, tapi perbuatan dan percakapan tidak kearah itu.

Sesungguhnya orang KAFIR itu tak pernah reda dgn Islam. kebanyakan mereka yang masuk Islam malah lebih memahami Islam (sampai tahap menjadi pendakwah yang hebat) adalah mereka yang kagum dengan kehebatan Islam itu sendiri. Bukan kerana toleransi yang tidak bertempat dan melampau sampai boleh dipersendakan oleh orang kafir.

Dari apa yang saya lihat dari sedutan video 'ceramah Islam Hadhari' oleh Dr Masyitah itu jelas MENGHINA Islam. Mempersendakan hukum tuhan. Botol kalau dicurah air memang boleh bersih. TAPI adakah daki-daki dalam nya hilang? tidak! Kene gosok jugak pakai berus. Buang kotoran tu betul-betul sampai hilang warna, bau dan rasa. Baru masukkan air. Tak membazir airkan? Allah benci pada orang yang membazir. Cuba try test tengok. Jangan cakap ikut sedap mulut.

Yakinlah, Allah tidak akan membiarkan umatnya yang ingin membawa hukum tuhan dipermainkan oleh golongan kafir, munafiq dan fasik. Tidak yakin akan hukum tuhan.

Persoalannya, adakah pemimpin la ni sungguh-sungguh nak bawak Islam??? Makin bercambah hiburan maksiat adalah.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN HUKUM ALLAH!

Kalau kita nak beli ikan yang elok, kita tengok pada matanya. Kalau kita nak pilih pemimpin yang elok, tengok akhlaknya...

Wallahu A'lam