Monday, May 07, 2007

ANTARA KELUASAN ISLAM DAN SENTIMEN ALIRAN : RESPON DARI TULISAN MUFTI PERLIS

ANTARA KELUASAN ISLAM DAN SENTIMEN ALIRAN : RESPON DARI TULISAN MUFTI PERLIS

Dua tiga menjak ini, kenyataan mufti perlis agak boleh diterima ramai. Bermula dengan kenyataan beliau berkenaan ekonomi orang islam, perlaksanaan hukum hudud dan sebagainya. tahniah diucapkan !!!

Baru-baru ini, mufti perlis menulis satu tulisan yang agak boleh diterima oleh aku sendiri, iaitu tulisan yang bertajuk “hukumlah dengan keluasan Islam bukan sentimen”.

Didalam tulisan tersebut, mufti perlis lebih memfokuskan kepada pihak-pihak yang “berpolitik kepartian”; yang pada pandanganku, sebelum ini, mereka banyak mengkritik pandangan-pandangan mufti perlis, seperti pandangan beliau berkenaan “intipan” dan sebagainya.

Secara peribadi, setelah membaca segala ulasan dari pihak mufti perlis, aku agak boleh menerima kenyataan mufti dalam isu larangan intipan yang dikemukakan oleh mufti. Ini kerana, mufti perlis bukan menafikan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar, tetapi kritikan mufti adalah kepada “cara pemastian” terhadap mungkar yang dilakukan oleh pihak jabatan agama.

Aku lebih melihat, pandangan tersebut tidak lebih sekadar perdebatan khilaf di kalangan ulama yang boleh di tasamuhkan atau ditoleransikan, iaitu pandangan ulama yang mengizinkan dan pandangan ulama yang tidak mengizinkan. Tetapi apa yang aku agak tidak boleh terima dari cara mufti perlis adalah, sikap mufti perlis yang mendakwa bahawa cara dikemukakan oleh pihak lain tidak dianggap sebagai daripada agama. Aku merasakan, inilah sentimen yang patut di “campak buang” dari jiwa mufti perlis.

Begitujuga isu “bin dan binti” kepada saudara baru, yang dikemukakan oleh pihak mufti perlis. Padaku, kenyataan mufti perlis tersebut adalah “ciplak” dari kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam akhir tahun 90 an. Aku masih ingat, sewaktu pengajianku di Pondok Lubuk tapah, Pasir Mas, Aku selalu mendengar ceramah dan kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. aku sendiri mendengar kenyataan Tuan Guru yang mencadangkan supaya saudara baru yang memeluk Islam agar tidak dibinkan dengan bin “Abdullah”. Banyak alasan yang dikemukakan oleh Tuan Guru, antaranya adalah nama bagi Omar bin Al-Khattab yang nama tersebut merupakan nama beliau semasa berada dalam jahiliyyah kufur lagi. Tetapi, aku agak tidak boleh terima, apabila mufti perlis meletakan hukum wajib terhadap kenyataannya.

Mungkin mufti perlis perlu membezakan dalam kenyataannya tentang perbezaan antara “wajib” dan “mewajibkan” ketika mengemukakan satu pandangan yang berasaskan kepada ijtihadi. Ini kerana, didalam manhaj ifta’, kedua-dua kalimah tersebut mempunyai perbezaan yang amat ketara, tetapi di kaburi sebahagian dari manusia.

ISU SALAFI DI MALAYSIA ADALAH ISU SENTIMEN ALIRAN

Isu sentiment aliran salafi ini sudah lama diperdebatkan di Negara ini, iaitu bermula dalam awalan tahun 50 an. Lalu isu tersebut telah lenyap ditelan zaman disebabkan umat Islam ketika itu sudah menyedari peri ketidak pentingnya isu tersebut dibangkitkan.

Tetapi, amat menyedihkan bahawa isu sentiment aliran ini dikemukakan balik oleh golongan-golongan tertentu. Pada asalnya, isu ini dianggap sebagai isu terpencil, tetapi apabila isu ini dibawa oleh seorang yang berjawatan mufti, maka isu yang sekecil ini sudah dianggap sebagai isu yang besar.

Bermula dari isu tahlilan, syukuran dan sebagainya, sehinggakan datang satu ulasan yang mendakwa bahawa aliran salafi sahaja adalah aliran yang ke syurga dan aliran yang lain tidak akan ke syurga (ke mana agaknya?)

Walaubagaimanapun, secara realitinya, sebelum mufti perlis dilantik menjadi mufti, mufti pernah duduk sepentas bersama Dr Aziz Hanafi dalam isu aliran ini, yang hakikatnya tidak lebih kepada isu khilafiyyah. Setelah meneliti hujjah dan ulasan dari pihak mufti dan Dr Aziz, didapati bahawa mufti ketika itu agak menerima dari hujjah dari Dr Aziz, walaupun mufti sendiri mengakui bahawa mufti dan Dr Aziz mempunyai aliran yang berbeza.

Maka dengan demikian, apakah sebab mufti perlis mendakwa bahawa aliran mufti sahaja dianggap sebagai aliran “ittiba’ as-sunnah, seakan-akan aliran yang dianggap khalaf sudah tidak di anggap sebagai “ittiba’ as-sunnah”.

Justeru itu, pembangkit isu sentiment ini hakikatnya adalah mufti sendiri, bukan pihak yang lain.

KHALAF DAN SALAFI MEMPUNYAI SATU HADAF

Didalam tulisanku yang lalu, aku pernah menulis berkenaan sejarah kelahiran pengistilahan “salafiyyah dan Khalaf”, iaitu ianya bermula di zaman selepas kematian Imam Ahmad bin Hanbal yang kuat menyerang golongan muktazilah.

Setelah kematian Imam Ahmad, perjuangannya diteruskan oleh anak-anak murid beliau dan sehinggakan lahirnya satu kelompok yang memperjuangkan perjuangan yang sama (menentang muktazilah), tetapi menggunakan methodology yang berbeza, iaitu golongan asyairah yang dikenali sebagai golongan khalaf.

Maka dengan itu, jika dihayati kepada perjuangan salafi dan khalaf di zaman dahulu, di Negara ini, agak tidak perlu diperdebat sehinggakan lahir kelompok-kelompok yang bersentimenkan salaf dan khalaf.

Tetapi, perdebatan yang paling utama di lakukan adalah usaha untuk menghapuskan pemikiran “muktazilah moden” yang sedang memerintah di Negara ini.

Jika dilihat kepada fikrah menentang muktazilah moden ini, didapati bahawa perdebatan tersebut bukan lagi dikira sebagai perdebatan yang berkaitan dengan sentiment, tetapi perdebatan ini sudah berada dalam perlaksaan hukum Islam yang sememangnya dilihat sebagai agama yang mempunyai keluasan (bukan bermaksud liberal).

PENUTUP

Islam adalah agama yang bukan sekadar diambil sebahagian dan dinafikan haknya dari sebahagian yang lain. Penafian hak al-Quran bukan dilihat dari sudut “tidak memperkatakan tentangnya”, tetapi penafian yang perlu diambil kira adalah apabila ada kelompok yang menafikan perlaksanaannya.

Setelah kejatuhan kerajaan osmaniyyah di turki pada tahun 1924, penafian undang-undang islam telah kuat dinafikan haknya. Penafian tersebut bukan sahaja datang dari kalangan “juhala’”, tetapi sudah dinafikan haknya oleh golongan agamawan.

Maka dengan demikian, perlu memikirkan tindakan yang boleh mengembalikan balik khalifah Islam yang sudah jatuh semenjak 1924 itu, bukannya memikirkan kepentingan sentiment aliran semata-mata, yang menyebabkan kemenangan Islam dengan kesatuan fikrah telah dihancurkan dengan “fikrah-fikrah pelambat” kemenangan.

Jika mufti menyatakan “hukumlah dengan keluasan islam, bukan sentiment”, maka kenyataan tersebut perlu di nilai dari pihak mufti sendiri yang lebih menilai sesuatu itu berdasarkan kepada sentiment aliran.

Sekian

Wallahu ‘Alam

p/s : Kenalilah musuh islam di Malaysia yang sebenar !!!!

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

4 comments:

Adelaidiyy said...

Bacalah ayat al qur'an seluruhnya nanti enta akan ketemu ayat berkenaan dengan memanggil anak-anak kepada bapa-bapa mereka.

Adelaidiyy said...

- و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ الْمُعَلِّمُ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ أَنَّ أَبَا الْأَسْوَدِ حَدَّثَهُ عَنْ أَبِي ذَرٍّ
أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلَّا كَفَرَ وَمَنْ ادَّعَى مَا لَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Adelaidiyy said...

وَاتَّفَقَ الْعُلَمَاء عَلَى تَحْرِيم اللَّعْن فَإِنَّهُ فِي اللُّغَة الْإِبْعَاد وَالطَّرْد ، وَفِي الشَّرْع الْإِبْعَاد مِنْ رَحْمَة اللَّه تَعَالَى ؛ فَلَا يَجُوز أَنْ يُبْعَد مِنْ رَحْمَة اللَّه تَعَالَى مَنْ لَا يُعْرَف حَاله وَخَاتِمَة أَمْره مَعْرِفَة قَطْعِيَّة . فَلِهَذَا قَالُوا : لَا يَجُوز لَعْن أَحَد بِعَيْنِهِ مُسْلِمًا كَانَ أَوْ كَافِرًا أَوْ دَابَّة إِلَّا مَنْ عَلِمْنَا بِنَصٍّ شَرْعِيٍّ أَنَّهُ مَاتَ عَلَى الْكُفْر أَوْ يَمُوت عَلَيْهِ كَأَبِي جَهْلٍ ، وَإِبْلِيس . وَأَمَّا اللَّعْنُ بِالْوَصْفِ فَلَيْسَ بِحَرَامٍ كَلَعْنٍ الْوَاصِلَة وَالْمُسْتَوْصِلَة وَالْوَاشِمَة وَالْمُسْتَوْشِمَة وَآكِل الرِّبَا وَمُوكِله وَالْمُصَوِّرِينَ وَالظَّالِمِينَ وَالْفَاسِقِينَ وَالْكَافِرِينَ وَلَعْن مَنْ غَيَّرَ مَنَار الْأَرْضِ وَمَنْ تَوَلَّى غَيْر مَوَالِيه وَمَنْ اِنْتَسَبَ إِلَى غَيْر أَبِيهِ وَمَنْ أَحْدَث فِي الْإِسْلَام حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا وَغَيْر ذَلِكَ مِمَّا جَاءَتْ بِهِ النُّصُوص الشَّرْعِيَّة بِإِطْلَاقِهِ عَلَى الْأَوْصَاف لَا عَلَى الْأَعْيَان





kalam AN NAwawi dalam Syarah Muslim

Adelaidiyy said...

Masalah besar orang hizbiyy ialah suka komen tanpa ilmu dan mendahului 'Ulamaa'.

Utamakanlah kalam Allah dan Rasuul dari kalam Parti



وفي الصحيحين عن سعد بن أبي وقاص وأبي بكرة أنه قال: " من ادعى إلى غير أبيه وهو يعلم فالجنة عليه حرام