TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM :
LUAHAN HATI DARI SEORANG AHLI JEMAAH ISLAM
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Muhammad merupakan seorang tokoh yang tidak asing dikalangan rakyat Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang ulama yang dikenali dunia, disamping merupakan seorang tokoh politik Islam Malaysia yang dihormati oleh kawan dan lawan.
Dalam akhir 70 an dan awalan 80 an, nama “Haji Hadi” telah bergema di Malaysia, dikala ulama-ulama pondok ketika itu mengajar di pondok-pondok mereka berkenaan hukum-hakam ibadat, tetapi kelainan yang dibawa oleh Tuan Guru apabila beliau telah membawa satu fikrah Islam yang selayaknya diterapkan dalam jiwa umat Islam, iaitu fikrah “Islam dan pemerintahan” tidak selayaknya di pisahkan.
Pemikiran ini telah menggugat pemikir-pemikir dan pendokong-pendokong fahaman secular yang bertapak didalam kerajaan, walaupun pada asalnya fikrah islam ini digemakan oleh tuan Guru sekadar di Masjid Rusila sahaja.
Rusila yang merupakan sebuah desa yang tidak dikenali sudah menjadi satu desa yang diserbu oleh ribuan rakyat terengganu dan rakyat luar terengganu pada setiap hari jumaat untuk mendengar kuliah tafsir dan khutbah jumaat, yang menjadi mimbar untuk Tuan Guru menyampaikan fikrah Islam beliau.
“HAJI HADI” DAN “RUSILA” : DUA NAMA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN
Pernah seorang wartawan yang berasal dari terengganu menceritakan kisah pertemuannya dengan seorang wartawan dari luar Negara, yang mana, dalam pertemuan tersebut, wartawan luar Negara itu bertanya kepadanya tentang dari mana asalnya, dia menjawab, “berasal dari terengganu, Malaysia”. Mendengar jawapan tersebut, wartawan luar Negara tersebut terus bertanyakan jarak antara rumahnya dengan Rusila.
Tujuan wartawan luar Negara itu bertanyakan tentang Rusila adalah untuk meminta bantuan dari wartawan terengganu itu membawanya berjumpa dengan tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, seorang tokoh ulama dan tokoh politik Islam yang mempunyai ucapan yang berani, tegas dan pintar[1].
Kisah ini mengambarkan betapa hebatnya “aura” yang ada kepada seorang tokoh hebat yang bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, sehingakan Rusila merupakan sebuah desa yang tidak dikenali menjadi desa “rujukan” atau “universiti” dalam memahami politik Islam di dunia.
TAHUN 1999 : TAHUN PEMBUKTIAN KEMAMPUAN TUAN GURU
Setelah selesai berlalunya pilihanraya umum pada tahun 1990, SPR mengisytiharkan bahawa negeri Kelantan sudah berjaya dimenangi oleh PAS. Lalu seluruh kepimpinan parti PAS bersetuju untuk “menabalkan” Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang ketika itu memegang jawatan Dewan Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sejarah kemenangan islam di Malaysia berulang kembali, apabila Terengganu telah dikuasai oleh PAS pada tahun 1999, yang ketika itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dilantik secara rasminya menjadi Menteri Besar Terengganu.
Kepimpinan tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat di Kelantan telah membuktikan bahawa Islam mampu memerintah dan berjaya memberi kebajikan kepada rakyatnya.
Antara tindakan yang dilakukan oleh Tuan Guru bersama exco-exco kerajaan negeri ketika itu adalah menghapuskan Tol di Kuala Terengganu, menghapuskan cukai pintu di seluruh negeri terengganu, memberikan hak tanah kepada mereka yang memerlukan dengan menghidupkan sistem “ihya Al-Mawat” dan banyak lagi.
Tindakan Tuan Guru itu menyebabkan pemerintahan Islam berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Terengganu, negeri terengganu diselubungi keberkatan sehinggakan orang-orang cina yang tidak beragama Islam sendiri mengakui kehebatan kepimpinan Islam dibawah pentadbiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.
“HAJI HADI” LEBIH LAYAK BERBANDING “ANUAR IBRAHIM”
Pilihanraya kecil Dun Ijok membuktikan bahawa Anuar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini dinilai dengan tindak tanduk Anuar Ibrahim sendiri yang mempunyai karisma kepimpinan yang berimej “kurang bersih”, disamping perjuangannya tidak berasaskan kepada Islam.
Secara peribadi, aku tidak merasakan perbezaan antara kepimpinan UMNO dan Keadilan pimpinan Anuar Ibrahim. Perbezaan antara kedua-duanya, bukanlah antara “baik” dan “buruk”, tetapi perbezaannya antara “buruk” dengan yang “lebih buruk”.
Pemerintahan UMNO/BN dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Semuanya bermula dari pengamalan “kronisme”. Semuanya ini tidak mustahil berlaku didalam PKR dikala mereka memerintah.
Ini kerana, selagi mana sesuatu dasar perjuangan itu tidak di asaskan kepada Islam, selama itulah keadilan tidak dapat dilaksanakan. Disamping juga, dihari berlakunya pilihanraya kecil di Dun Ijok baru-baru ini, rata-rata petugas dari PKR lebih mengambil sikap menjadi “pengawal peribadi” anuar Ibrahim dan pemimpin PKR berbanding bekerja untuk menjadi perayu undi dan sebagainya.
Jika kita melihat kepada sejarah, semasa Anuar Ibrahim di dalam UMNO pun, beliau sentiasa menghina tindak tanduk PAS yang mahu melaksanakan undang-undang islam. Beliau menghina kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan diawal pemerintahan PAS di sana dan sebagainya.
ini menyalahi tindak tanduk Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang lebih mempunyai kelayakan dari sudut keilmuan dan kewarakan dalam pemerintahan beliau semasa Negeri terengganu di “tangan PAS”
PENUTUP
Apabila ada “suara-suara” yang mengagungkan Anuar Ibrahim dan ingin “menabalkan” beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dikala Barisan Alternatif memerintah Malaysia, diri ini agak tidak boleh menerima kenyataan suara-suara tersebut.
Sebagai orang berkeahlian PAS, aku perpandangan, tidak selayaknya orang-orang PAS mengagungkan kepimpinan Anuar Ibrahim yang beliau sendiri tidak mempunyai akhlak pemimpin Islam yang selayaknya dicontohi.
Lihatlah bagaimana Anuar Ibrahim menari di Pentas di malam ceramah beliau di Ijok tempoh hari. Sebagai seorang yang mahukan Islam menjadi dasar perjuangan, aku agak merasa berdosa menghadiri majlis sebegitu.
Jika tidak kerana menjatuhkan UMNO/BN merupakan satu tanggungjawab, nescaya aku sendiri tidak akan menjadi petugas untuk menjatuhkan UMNO/BN di Ijok baru-baru ini.
Maka dengan ini, wajib kepada ahli-ahli PAS meletakkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai perdana Menteri Malaysia yang akan datang, bukan Anuar Ibrahim.
Apakah antum semua tidak mempercayai kebolehan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memerintah Malaysia, sedangkan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang di terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah membuktikan kejayaan perlaksanaan Islam memberi kebajikan kepada manusia seluruhnya.
Buka hati, buka minta, cermin diri. Cerminlah mengikut kacamata Islam, bukan pandangan hawa nafsu yang buta dari petunjuk.
Sekian
Wallahu ‘Alam
p/s :
sekadar pandangan peribadi.
Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com
[1] Cinta Haji Hadi : m/s 12-13.
Wednesday, May 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
assalamualaikum ustaz.. tahniah.. akhirnya entri ini telah membidas hujah ustaz sendiri dalam entri sebelumnya tentang tahaluf siasah yang diperkatakan ustaz.
namun, nampak seolah-olah ustaz tidak mendalami sangat soal politik PAS sedalamnya. terengganu ditadbir PAS pada tahun 1999 sebenarnya atas dasar sentimen apa, jika bukan isu anwar ibrahim. Dan terengganu tidak diperintah oleh PAS kembali pada tahun 2004 atas sentimen apa, jika bukan sentimen anwar yang menghilang dan naiknya sentimen pak lah.
saya amat bimbang entri mengagungkan haji hadi oleh ustaz dalam blog ini akhirnya akan diketawakan sendiri oleh rakan2 lain dalam PAS apabila telah ada suara-suara untuk menggantikan presiden baru pada orang muda dan menyeru haji hadi beralih ke dewan ulama.
apabila saya membaca entri ini, barulah saya faham kenapa ustaz begitu yakin dengan teori tahaluf siasah yang ustaz perkatakan, malah ustaz pernah menyatakan pada saya bahawa kerjasama PAS dengan DAP adalah satu dakwah.
selepas baca entri ini, barulah saya tahu, ustaz tidak punya pengetahuan cukup dengan pakatan barisan alternatif yang dulu ataupun kini.
bau busuk permainan politik baru ustaz hidu di ijok rupanya.
bukan umno/bn saja perlu dibaiki, malah pas/pkr/ba pun sama.. ada tangan-tangan 'politikusarap' yang bermain mencorak dan mendramakan setiap episod.akhirnya pejuang-pejuang ikhlas menyokong melulu, dan saya tidak segan untuk katakan ustaz telah melulu menyebut tahaluf siasah dengan PKR dulu ,malah promosi untuk mengundi PKR pula.
akhirnya saya masih berdiri kukuh bahawa yang kita perlu bersihkan dan lawan adalah POLITIKUSARAP iaitu orang yang berpolitik sebab 'politik' (baca:kuasa). ramai orang beranggapan lawan politikusarap adalah menjadi antipolitik.maka saya dituduh sebagai anti politik.
padahal melawan POLITIKUSARAP adalah dengan menaikkan figur-figur syumul islam yang boleh memberi contoh teladan.
sudah bersediakah haji hadi menjadi contoh teladan? ramai orang masih belum lupa amanat haji hadi yang memecahbelahkan orang melayu dulu, dan masih belum lupa saya melihat haji hadi memeluk lim kit siang dikala haji hadi membenci mahathir.
apa-apa pun haji hadi punya ilmu agama yang tinggi, mahir juga dalam selok belok ICT, tetapi belum boleh melepasi kriteria seorang umara yang cekap mentadbir masyarakat berbilang kaum di malaysia dan orang melayu yang majoriti jahil.
orang muda yang cintakan islam mesti persiapkan diri menjadi figur-figur syumul islam, supaya gerakan melawan politikusarap akan tercapai suatu hari nanti. politikusarap menjadi semakin bengong dan terus bengong. mereka takkan kuat sampai bila-bila. asal saja kita ada generasi syumul islam ditonjolkan ke tengah masyarakat, zaman peralihan politik akan berlaku.
KOMENTAR DARI TULISAN SAHABAT-SAHABAT “PENGKOMEN”
Terima kasih kepada saudara “pengkomen utama” blog “laptopdarulfiqh”.
Ada beberapa komentar saudara yang ana amat merasakan ianya berharga, di samping, ada beberapa komentar saudara yang perlu ana buat penjelasan lagi.
Hakikatnya, Isu anuar menyebabkan keuntungan kepada PAS untuk membuktikan kemampuan PAS memerintah di terengganu. PAS menjadikan isu anuar cara untuk mendapat keuntungan, bukan PAS terus wala’ kepada anuar.
Tulisan ana yang lepas tidak bercanggah dengan ulasan ana pada kali ini. Ini kerana, tulisan lepas ada lebih memfokuskan kepada sejauhmana tindakan tahaluf antara PAS bersama anuar, adakah ianya bercanggah dengan syariah atau tidak..
Tahaluf bukan bermakna kita memberi wala’ kepada golongan yang kita tahaluf.. PAS menjadikan keadilan pun sebagai sasaran dakwah. Maka sebab itu, tidak hairan dalam semangat tahaluf tersebut, ramai pimpinan tertinggi keadilan yang sudah menjadi ahli PAS, antara Saifuddin Nasution, Syaari sungip, Ketua bahagian Keadilan tumpat (tak ingat nama) dan sebagainya.
Ini mennandakan bahawa, tahaluf yang pas amalkan dengan keadilan menghasilkan keuntungan dakwah.
Walaubagaimanapun, dalam tahaluf yang dilakukan tersebut, ada sebilangan ahli PAS yang “pening”, sehinggakan mereka menganggap Anuar Ibrahim melebihi dari Tuan guru Haji Abdul Hadi.
Maka dengan sebab itulah, tulisan sebegini lahir dalam blog ini.
TOK GURU SEBAGAI PRESIDEN ?
Ana mengetahui sebilangan dari ahli parti yang hendak memposisikan Tok guru sebagai Mursyid al-am, disamping hendak meletakan ustaz Nasa sebagai Presiden dengan alasan “perubahan dalam kepimpinan PAS”.ini mainan golongan oportunis dalam PAS.
Memang ana seorang muda yang masih berumur 25 tahun, agak mentah untuk memahami situasi ini. Tetapi secara pribadi, ana mengenali beberapa individu-individu oportunis didalam PAS, yang mereka mendakwa mereka adalah pembawa perubahan, tetapi sebenarnya, mereka hendak melepaskan geram mereka kepada anuar Ibrahim melalui wadah PAS, dan berbagai-bagai lagi perancangan mereka atas tindakan mereka sendiri.
Maka dengan sebab itu, mereka mengemukakan ustaz nasa yang agak mempunyai tindakan yang liberal terhadap golongan oportunis ini.
Walaubagaimanapun, pada ana, apabila saudara Roslan SMS menulis tentang percalonan Tuan Guru Haji Harun Taib menjadi Timbalan Presiden, golongan oportunis ini sudah menjadi kelam kabut dan pening kepala.
Sekiranya kemenangan Tuan guru Haji Harun taib atas jawatan tersebut, maka segala usaha “memperkotak katikkan” ustaz Nasa akan terbongkar, dan usaha mereka hendak membalas dendam terhadap anuar ibrahim melalui PAS akan terbantut.
Pada ana, melawan UMNO/BN adalah kewajipan, maka sebab itu, PAS mengambil sikap bertahaluf dengan Keadilan atas perkara yang boleh bertahaluf. Adapun dalam soal dasar, PAS dengan pendiriannya. Maka dengan sebab itu, apabila DAP melenting, PAS mempersilakan kepada mereka untuk keluar dari pakatan tahaluf.
AMANAH TOK GURU DAN LIM KIT SIANG
Ini menandakan PAS adalah parti Islam, bukan sentimen kebangsaan seperti perjuangan UMNO. Tok guru membaca hadis bagaimana pergaulan Rasulullah SAW bersama dengan non muslim di zaman Baginda.
Baginda SAW tidak pernah melarang berjabat tangan, peluk dan sebagianya kepada non muslim.
Apabila perkara tersebut harus, maka memeluk Lim Kit Siang dalam harapan mereka bersama dengan Islam amat digalakan.
Kejayaannnya dakwah kepada non muslim atas wadah PAS ini sudah terserlah, Tuan Guru Haji Harun taib pernah bercerita tentang kemampuan PAS memberi keadilan kepada semua rakyat terengganu, tidak kira muslim atau non muslim.
Ini dibuktikan semasa kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 yang lalu, golongan yang berdemonstrasi untuk mempertahankan kerajaan PAS terengganu ketika itu adalah mereka yang berbansa cina. Ini menandakan bahawa, dalam pemerintahan PAS selama hampir 5 tahun itu membuktikan bahawa Non Muslim boleh menerima kepimpinan PAS di bawah pimpinan tok guru.
Begitujuga dalam isu “amanah Haji Hadi”. Sememangnya benar kenyataan dalam amanah tok guru tersebut. sememangnya melawan UMNo bukan kerananya dirinya UMNO, tetapi melawan UMNO kerana UMNO meneruskan perjuangan penjajah.
Jika perpecahan orang melayu dipersalahkan kepada ucapan tok guru, kenapa tidak menyalahkan perpecahan perpaduan arab disebabkan dengan dakwah nabi SAW.
Ana bimbang dengan tindakan anta menyatakan “perpecahan melayu disebabkan kenyataan tuan guru” ini kerana, kenyataan sebegini sering diungkapkan oleh Abu Lahab di zaman Nabi SAW.
BERSEDIAKAH TOK GURU?
Pada ana, tok guru mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Orang akan memandang Tok guru tidak mampu, disebabkan mereka melihat dari kacamata pemerintahan ala british, yang dilakukan sekarang oleh UMNO/BN dan Keadilan.
Cuba lihat kemampuan dari sudut kacamata Islam. Keterbuktiannya adalah semasa memerintah terengganu. Kita tidak bincang tentang bagaimana PAS dapat menang di Terengganu, tetapi perbincangan kita, bagaimana terengganu dibawah kepimpinan PAS dapat memberi kebajikan kepada rakyat, tol berjaya di hapuskan, cukai pintu berjaya di lupuskan, dan sebagainya. walaupun ketika itu, mendapat sekatan kewangan dari kerajaan pusat sekali pun.
Ini membuktikan bahawa, tok guru haji hadi mempunyai persediaan yang cukup untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Jika dalam keadaan terengganu mendapat tekanan dan sekatan kewangan dari kerajaan pusat, terengganu dibawah kepimpinan Tok guru dapat menghadapinya dengan baik, bahkan memberi keuntungan kewangan pula kepada terengganu, inikan pula tok guru menjadi Perdana menteri yang sememangnya tidak mempunyai apa-apa sekatan dari pihak kerajaan pusat terhadap kewangan dalam menguruskan Negara.
BUKAN MEMUJI TOK GURU, TETAPI MENGGAMBARKAN KEMAMPUAN
Tulisan ana, bukanlah hendak memuji tok guru setinggi-tinggi langit. Tetapi tulisan ini adalah hendak menyatakan tentang kemampuan Tok guru untuk mengurus Negara mengikut kacamata Islam.
Tulisan ini untuk membuka mata beberapa pemerhati-pemerhati yang memandang seakan-akan tok guru tidak mampu menjadi perdana Menteri, seakan-akan, mereka beranggapan bahawa golongan yang boleh memerintah adalah orang yang belajar di Negara-negara barat sahaja.
Berbanggakan kita mempunyai tokoh ahli politik Islam seperti tok guru !!
SEKIAN
ok, terima kasih kerana merespon. saya menerima jawapan ustaz secara berlapang dada dan akan menunggu entri-entri ustaz yang seterusnya supaya segala perkara menjadi jelas lagi tentang pendirian dan corak strategi politik ustaz.
cuma yang bab memecahbelahkan org melayu nak disamakan dengan arab berpecah kerana rasulullah sebar islam adalah tak patut. malah seolah-olah menggambarkan pemikiran saya hampir pada tindakan abu lahab juga tak patut.
saya tak tahu ustaz ni memang betul-betul merasai zaman amanat haji hadi atau tidak, tapi kalau ustaz tahu apa yang saya katakan tentang perpecahan melayu itu tentu ustaz akan ingat bagaimana ahli pas memboikot masjid yang dibina kerajaan dan diimamkan oleh imam ahli umno. kemudian sembelihan org umno didakwa tidak halal kerana yang menyembelihnya tak cukup islam. kenduri kendara juga diboikot. isteri dan suami bergaduh dan rumahtangga kacau bilau kerana suami penyokong pas dan isteri penyokong umno.ini yang saya katakan perpecahan melayu kerana kedua-duanya islam tetapi satu pihak sudah tidak mengiktiraf islamnya saudara yang satu lagi atas sebab amanat haji hadi.
apa-apapun zaman itu dah berakhir. setelah haji hadi berpeluk dengan lim kit siang, hari ini org pas dah tak begitu sangat walaupun ada juga yang masih kental tidak mengiktiraf islamnya org islam yg lain kerana tak sokong pas.mereka anggap siapa yang menentang pas adalah menentang islam, siapa yang menentang islam adalah kafir. maka seluruh orang yang bukan ahli pas dan tidak mengundi pas apatah lagi menjadi ahli umno telah kafir dan sembahyang belakang org kafir tidak sah hukumnya. begitulah serba sedikit apa yang saya maksudkan perpecahan melayu tadi.
walaupun tak berniat mahu mengungkit hal yang telah berlalu di mana ramai yang ada di zaman amanat haji adi dah pun dewasa dan tua sekarang, dan tak perlu dipanjangkan buat generasi baru pula, tapi selagi haji hadi bertindak berbelit-belit maka tok guru ini akan lebih dilihat sebagai politikus semata-mata.
shinobi juga bersetuju dengan pandangan itu... kenapa kita perlu mengagung2 anuar ibrahim? Apakah sebegitu dia? Apakah Pas sudah tiada 'Figure' yg mampu ditampilkan? Kenapa bukan Tuan Guru Haji Abdul hadi, Ust Nasa atau Dato Husam yang kita boleh sebut2 sebagai bakal PM...
Aku bimbang,.. dari segi track record.. anwar pernah mengkhinati perjuangan kita dulu dengan dia masuk UMNO.. Apkah mungkin PAS menjadi seperti Ikhwan Muslimin ketika mana berkompromi dengan Anwar Sadat... akhir Anwar Sadat sendiri yang memenjarakan dan mengangtung ahli Ikhwan di tali gantung.. Sekadar pandangan. Mungkin bercampur prejudis.. Maafkan daku..
Asslmkm...
Saya amat tertarik dgn hasil penulisan tuan empunya blog ini. Syabas kerana mempunyai hujah dan fahaman yang baik dalam perjuangan Islam khususnya di dalam gerakan PAS.
Saya juga tertarik dengan hujah tuan mhmd. f razi. Saya sendiri mendengar rakaman amanat Hj. Hadi yang asal. Walaupun saya kurang ilmu agama, tapi saya sendiri boleh menilai baik dan buruk ucapan tersebut. Menurut pemahaman saya, Tuan Guru tidak secara langsung (totally) mengkafirkan org.2 umno, tetapi menyatakan perkara2 yg menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Ini menurut pemahaman saya, jika salah tolong betulkan. Maka, didalam mana2 pergerakan di dunia, baik Umno/PAS/PKR dll, sudah pasti terdapat golongon2 yg ekstrem atau kadangkala melampaui batas, maka segala isu memboikot masjid, sembelihan org umno dll tidak harus dipersalahkan dari amanat tuan guru secara keseluruhannya.
Mengenai pemikiran seolah-olah menggambarkan abu lahab, bukanlah bermaksud tuan muhd. f razi seperti abu lahab. Tetapi pada zaman Rasullulah sendiri, penentang2nya adalah terdiri dari para ilmuan dan ulama' sendiri, yakni ulama' nasrani, yahudi dll. Rasulullah di anggap org yg memecahbelahkan umat sesama sendiri ketika itu kerana dakwah yg disampaikan. Walaupun mereka tahu kebenaran yg dibawanya, apatah lagi yang tidak tahu, maka penentangannya adalah sgt hebat. Jadi, pokok pangkalnya disini ialah kebenaran yg dibawa oleh seseorang pemimpin itu perlu diambil kira. Dan saya bersedia berpecah kaum dan bangsa demi mempertahankan syiar Islam secara KESELURUHANNYA. Cukuplah contoh Anuar Ibrahim yg menyertai Umno, mendakwa ingin membetulkan dari dlm, akhirnya dikhianati dan tersungkur di pintu penjara. Bukan Tuan Guru telah menyatakan dahulu, jika ingin membersihkan tong tahi, mesti bersihkan dari luar, jika dari dalam, tahi akan tercalit pada kita (lebih kurang begini pemahaman saya, namun kenyataannya yg sebenar saya tidak pasti). PAS pernah bersatu bersama Umno satu ketika dahulu, tetapi menemui kebuntuan dlm menegakkan syiar Islam, maka gerakan perjuangan yg berasingan dan istiqamah adalah wajar diwujudkan sekarang ini.
Mengenai tokoh yang sesuai dinobatkan menjadi perdana menteri, saya juga bersependapat dgn tuan punya blog ini, walaubagaimana pun, perjuangan PKR pimpinan Anuar Ibrahim tidak harus diketepikan. Bagi saya, tiada pemimpin yg maksum di dunia ini, tetapi jika kesalahan yg telah dilakukan selagi tidak melampui batas, maka saya akan terimanya. Yang penting ialah PERUBAHAN yang ingin di bawa.
Mengenai POLITIKUSARAP sebagaimana yg dinyatakan saudara, ini sudah diketahui umum. Didalam pergerakan PAS sendiri, terdapat juga yang tidak ikhlas didalam perjuangan, berkepentingan dll. Sedangkan di zaman Rasulullah sendiri, terdapat ramai kaum munafik yg menyertai gerakan Rasulullah, hinggakan tatkala berperang pun, masih ada kaum munafik yang menyertainya. Jadi mungkin saudara mempunyai idea2 bagaimana perkara ini boleh di bersihkan? Jangan sekadar membantah pendapat org lain, tetapi harus mempunyai hujah dan idea yg lebih baik utk menggantikannya. Adakah harus dilakukan revolusi dlm menegakkan syiar Islam seperti yg dilakukan oleh Ayatullah Khomeini di Iran, atau gerakan penentangan seperti Fidel Castro di Cuba utk membersihkan segala rasuah, salahguna kuasa di dlm kerajaan. PAS masih mengamalkan nilai2 demokrasi dan itu sangatlah dihargai demi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara kita.
Sekian.
syabas kerana menang pilihan raya utk BA.tp fikirkah anda jikalau intelektual yg berbeza ideologi bersatu?DAP pernah menyebut sekeras kerasnya yg negara islam tidak akan dibenarkan wujud!!PAS dengan negara islam yg memperkotak katikkan agama dengan menunding halal dan haram?bersekongkol dgn parti yg sememangnya menolak islam adakah hukumnya halal!PKR dgn manifesto yg tak logik di akal dan punca perpecahan kaum di malaysia serta gabungan yg boleh di ibarat kawan mkn kawan?ape rasionalnya pakatan BA?usah dibeza kan BA dengan BN..BN GILEKAN HARTA KUASA DAN AMALKAN MONOPOLI DLM SEMUA BIDANG!!!inikah politik malaysia yg kita agung2kan?mana maruah bangsa?agama yg dijunjung?mana?membiarkan bangsa lain ambil kesempatan ats perpecahan umat islam sendiri?REFORMASI YG TAK BERTEMPAT!!KEJADIAN TAHAN KENDERAAN DI KELANTAN?ISU MONOPOLI BN?INIKAH POLITIK MALAYSIA?semua sama sampah dan kurap dan kayap mainan politik malaysia..yg mundur terus kendur...yg hanyut menjadi dayus!!manifesto hanya sekadar sekadar sampah!!bersatulah demi agama bkn bersatu kerana nama!!islam hadhari disko bersepah2 kasino merata2.kemunduran pantai timur,kerosakan akhlak remaja islam!!terutama perantau kelantan!!tolonglah anda telah menang majoriti di kltn ubahlah pemuda anda...mereka kebanyakanyer adalah sampah di pasar seni!!pudu n etc..keadilan yg memang tak pernah adil dalam semua segi!!bisik kanan bunyi TI bisik kiri bunyi PU.jadilah mlaysia yg bermaruah bkn malaysia yg ternyata sia2..
syabas kerana menang pilihan raya utk BA.tp fikirkah anda jikalau intelektual yg berbeza ideologi bersatu?DAP pernah menyebut sekeras kerasnya yg negara islam tidak akan dibenarkan wujud!!PAS dengan negara islam yg memperkotak katikkan agama dengan menunding halal dan haram?bersekongkol dgn parti yg sememangnya menolak islam adakah hukumnya halal!PKR dgn manifesto yg tak logik di akal dan punca perpecahan kaum di malaysia serta gabungan yg boleh di ibarat kawan mkn kawan?ape rasionalnya pakatan BA?usah dibeza kan BA dengan BN..BN GILEKAN HARTA KUASA DAN AMALKAN MONOPOLI DLM SEMUA BIDANG!!!inikah politik malaysia yg kita agung2kan?mana maruah bangsa?agama yg dijunjung?mana?membiarkan bangsa lain ambil kesempatan ats perpecahan umat islam sendiri?REFORMASI YG TAK BERTEMPAT!!KEJADIAN TAHAN KENDERAAN DI KELANTAN?ISU MONOPOLI BN?INIKAH POLITIK MALAYSIA?semua sama sampah dan kurap dan kayap mainan politik malaysia..yg mundur terus kendur...yg hanyut menjadi dayus!!manifesto hanya sekadar sekadar sampah!!bersatulah demi agama bkn bersatu kerana nama!!islam hadhari disko bersepah2 kasino merata2.kemunduran pantai timur,kerosakan akhlak remaja islam!!terutama perantau kelantan!!tolonglah anda telah menang majoriti di kltn ubahlah pemuda anda...mereka kebanyakanyer adalah sampah di pasar seni!!pudu n etc..keadilan yg memang tak pernah adil dalam semua segi!!bisik kanan bunyi TI bisik kiri bunyi PU.jadilah mlaysia yg bermaruah bkn malaysia yg ternyata sia2...
Salam, saya bersyukur ke hadrat Allah kerana makin ramai bloggers yang mahu serius mengenengahkan pandangan. Apapun perbahasannya, jangan lupa satu dasar yang Islam gariskan iaitu selalu kita kembali kepada Allah dan Rasul. Semua para pejuang mendapat fadhilah dari keikhlasan perjuangannya dan ayuh kita serahkan pada Allah atas segala amal kita ini dan hanya mengharapkan redha Allah.Masa dan kerja yang ada pada kita amat bernilai dan jika gagal mengambil secara optima, maka perbahasan kita akan menjadi lagho. Dunia dan musuh makin laju berputar tapi kita masih di situ juga.Alangkah baiknya jika para pejuang ini saling membuka pintu untuk diisi dengan kebaikan bukan dengan keburukan. Mak kita akan kuat dengan kebaikan kerana ianya menghampiri kebenaran. Jangan juga para pejuang tersilap kaprah sehingga menjual informasi gratis/percuma kepada musuh Islam. Jika ada kesempatan sila ke www.aziim2008.blogspot.com atau www.hr9808.blogspot.com. Mungkin ada yang boleh kita mengambil manfaat darinya..Tq Mustapa
Salam utk semua, aku bkn pakar islam n politik...tapi yg aku nampak Melayu semakin me'layu'. Terlalu kuat berpolitik dan bila dah banyak cakap maka banyaklah FITNAH, CACI CERCA, HINA, DENGKI, KHIANAT dan mcm2 lagi..
Apa nak jadi ni..?? BN,PAS,PKR wooii.. bukak la biji mata n hati luas2.. pandang keliling apa org2 kafir tgh buat skrg. Mana yg dok terperap kat Klntan n Trg je tu keluar tgk nasib bangsa sendiri di KL, Jhr, Mlka n P.Pinang. Hebat ke Islam n Melayu hasil terpekik terlolong mengata sesama sendiri ??
Cuba fikir knapa Palestin, Afghanistan n Iraq tak habis2 bala? Jahat sgt ke @ kejam ke Allah sampai tak tolong langsung?? Lupa ke tsunami yg telan satu kaum bumi Acheh hanya bberapa minit walhal serambi Mekah Asia Tenggara... Sebab LUPA DIRI, BONGKAK, TAKBUR n RIAK..!! krn ada ramai pengikut n pengampu, jadi rasa Hebat pasal Iblis dok puji sampai mana Halal Haram dah kelam kelibut dibuatnya. Mana satu yg betul..??
Allah tak akan mengubah tapi kita sendiri yg kena muhasabah diri.. Aku cuma nak Islam Melayu satu shja. Pada aku, selagi org tu mengaku dia lagi hebat dlm apa hal pun, org tu tak guna.. sebab sahabat2 Rasul s.a.w yg 'confirm' ahli syurga takut n tak mahu jadi ketua krn beban n dosa yg tpaksa ditanggung, tapi skrg blumba2 korang nak jadi Yb, Mentri, PM... sebab korang GILA gaji, elaun n projek...
Kami tak buta, bsepah rakyat miskin, dtglah semua kasi makan mrk2 ni yg tak akan tadah tgn sebab malu...bukan mcm korang tak malu mintak jawatan atas alasan parti Islamlah, Kmerdekaanlah, Kadilanlah.. Kalau tlg sikit sibuk masuk akhbar masing2...riak..!!
Kalau rosak Islam n Melayu di Msia, korang btiga (BN, PKR n PAS) btanggungjwb !!! Anak cucu cicit kita akan myumpah hasil kerja tgn korang seperti apa yg blaku 400 thn dulu...lupa ke...!!!!!!!!!!!!
biar saya jelah jadi PM haha.....
islam sama islam gaduh
orang lain di tengah bersorak abes
lagi sa2.......
jgn menang sorak kampong tergadai udahle....
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Salam ukhuwwah buat penulis blog dan semua commentators.
Semoga semua dapat mematuhi adab-adab dalam berbeza pandangan. Ingatlah, kita sejujurnya tidak tahu bahawa adakah kita benar dalam hal-hal seperti ini, boleh jadi lain orang lain pandangan, mungkin semua betul dan mungkin juga semua salah. Melihat lensa sejarah, hatta dalam persoalan hukum,para sahabat berkhilaf pandangan dalam mentafsirkan nas, sekalipunmerekahidup bersamaNabi saw pada masa yang sama. Apatah lagi kalau nak dibanding kita dalam isu politik, yang mana kita bukanlah Tuhan yang dapat mengetahui semua yang telah terjadi dengan pasti. Sebagai hamba Allah, utamakanlah perbincangan yang menambah iman dan kebaikan, seandainya bila kita berbincang mengotori hati dan menghilangkan keikhlasan,maka barangkali lebih baik kita mengelak bercakap tentangnya. Dan kalau mahuberbicara,gunakanlah bahasa manis yang tidak mengguris hati sesiapa, lebih-lebih lagi saudara seagama yang cintakan Islam.
Wallahu a'lam.
Salam utk semua...usah dfikirkn sangat soal melayu yg harus kita lihat ada islam...kerana kekuatan peyatuan dah kemulian bangsa dengan agamanya islam diatas dpt menyatukan semua kaum kerana islam itu agama peraturan itu dtg dr islam bkn idologi sempet...sebegini... Bayangkan islam itu lemah mana bangsa melayu... Jd apa yg ulama sampaikan itu ada jln yg pernah dibawa oleh nabi walaupun kita tidak pernah berada dizaman itu tetapi bangsa dah ada wujub beribu tahun...pasal itulah allah turunkn nabi yg membawa islam itu sebagai petunjuk... Libreal itu wujud dari mana? Libreal lahir utk memecah belahkan umat islam yang bersatu dlm berbagai bangsa kaum suku dll. Sekian sejarah islam byk mengajar kita
Post a Comment